Badan kurus tulang besi tau, kau tau apa? Tapi batu bata aku tak terbelah dua, retak dan berkecai. Itu je satu point yang aku gagal. KaTa, terbaik keseluruhan, sparing 4/5. Aku tak capai standard. Aku frust sangat.
"Distraction. U tak fokus. I told u to leave your problems at the front door, find your inner peace"
"..and cut down your smoking habits"
"Master". Angguk, aku tunduk hormat.
Aku tak dapat join tournament yang bakal disertai pelatih-pelatih dan peserta-peserta terbaik dari Jepun. Goshin-Ryu & Shorin-Ryu unites. Aku sedikit stress. Even aku dah cuba sedaya upaya, even aku keluarkan segala yang aku ada, selagi tak diizinkanNya, aku tetap tak dapat apa yang aku mahukan. Aku cuba berfikiran positif dan menganggap bukan rezeki aku kali ini. Cuba kaji dan cermin semula diri dan terus tingkatkan prestasi. Dalam 10 orang, 4 orang yang tidak layak itu termasuk aku. Kami ditugaskan menjaga hq dan menguruskan hal-hal di sini.
Pagi ni batang-batang pisang belakang rumah jadi mangsa. Jantung pisang masak lemak cili padi pun sedap. Dammit.
CUTT !!
Sunday, September 9, 2012
Wednesday, September 5, 2012
seteru dalam gebor
Gua sengaja tekan minyak kat satu minah ni. Dalam benda-benda random. Case study? 2 in 1 la. Gua nak kenal hati budi dia. Frankly speaking, gua tak pernah berkenan nak kenal dia. Dia yang terhegeh-hegeh. Why not? Gua fikir. Gua juga insist nak ada kawan rapat wanita selain tenuk parsi. Pung-pang-pung gua rasa 3 kali gua dah kasi can dan gua kasi hint supaya beliau tidak berperangai gampang. Lama juga gua sabar dengan dia. Tak boleh pakai. Suka bawak mulut. Tak jujur. Tak loyal. Muka-muka. Bagi side gua, jenis gini gua takkan pegang lama. Enough is enough.
Kalau benda pasal maruah, memang boleh bawak bergaduh. Imma proud lil monk. Benda fitnah ni selalu je melanda hidup gua. Gua tak kacau pun life orang, tapi memang Tuhan tu nak tunjuk minah jenis gini supaya gua takde intention lagi untuk cuba berkawan dengan wanita. Yang tak memberi manfaat, yang tidak membawa kebaikan, attention whore, jenis ego, bodoh sombong dan..ahh..gua tak salahkan minah ni, gua pun bukan betul sangat, gua tau gua yang bersalah kerana cuba menjadi diri yang bukan gua. Sebelum gua keluarkan perangai gampang gua pula, gua decide sampai situ sahaja, gua taknak kenal dia lagi.
I am what u think i'm not. Do you fuckin care? Me neither :)
CUTT !!
Sunday, September 2, 2012
cari apa? nak sangat aku nulis? ambik.
Boneka
Mungkin aku ini kau anggap patung bernyawa,
Senyuman aku bisa buat kau bahagia,
Gembira duka aku drama-drama yang berwarna,
Kau terpesona,
Biar aib tetap menjadi bahan ketawa.
Kau mencoret jalan cerita,
Demi hati kamu, jenis sesama sendiri.
Mungkin benar telahan itu,
Jasad kaku, kau yang menggerakkan aku,
Tingkah laku perbuatan aku penuh pura-pura,
Tapi sayang, aku tiada berjiwa,
Aku tidak berkelana,
Kau yang bakal rasa pahitnya,
Kau yang bakal rasa pahitnya.
Hari raya bulan kemaafan my ass. Puihh.
CUTT !!
Mungkin aku ini kau anggap patung bernyawa,
Senyuman aku bisa buat kau bahagia,
Gembira duka aku drama-drama yang berwarna,
Kau terpesona,
Biar aib tetap menjadi bahan ketawa.
Kau mencoret jalan cerita,
Demi hati kamu, jenis sesama sendiri.
Mungkin benar telahan itu,
Jasad kaku, kau yang menggerakkan aku,
Tingkah laku perbuatan aku penuh pura-pura,
Tapi sayang, aku tiada berjiwa,
Aku tidak berkelana,
Kau yang bakal rasa pahitnya,
Kau yang bakal rasa pahitnya.
Hari raya bulan kemaafan my ass. Puihh.
CUTT !!
Friday, August 10, 2012
kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak datang sagu nya?
Grading test-Day 1
"Taikukoshodan!"
Kemas dan tangkas. Serius dan teratur. 3 mata. Bow. Green Belt.
"Heiyanshodan!"
Gugup tapi lancar. Pantas tapi tak tangkas. Eye contact, eye contact! 2 mata, 3 foul. Bow. Green belt.
"Heiyandidan!"
Inner strength. Powerful. Cekap, fokus. Full marks. Bow. Jump blue belt.
Keseluruhan lulus. Bukan senang tugas kasi markah. Tak suka juga nak failed kan orang sesuka hati. Kasi pass sebab cukup makan. Nasib baik ada disiplin. Tapi kalau tak perform dalam 3 minggu akan downgrade. Life pun macam tu jugak, bezanya manusia masih ada tolak ansur, akal fikiran. Kalau grading test, kirim salam.
"Taikukoshodan!"
Kemas dan tangkas. Serius dan teratur. 3 mata. Bow. Green Belt.
"Heiyanshodan!"
Gugup tapi lancar. Pantas tapi tak tangkas. Eye contact, eye contact! 2 mata, 3 foul. Bow. Green belt.
"Heiyandidan!"
Inner strength. Powerful. Cekap, fokus. Full marks. Bow. Jump blue belt.
Keseluruhan lulus. Bukan senang tugas kasi markah. Tak suka juga nak failed kan orang sesuka hati. Kasi pass sebab cukup makan. Nasib baik ada disiplin. Tapi kalau tak perform dalam 3 minggu akan downgrade. Life pun macam tu jugak, bezanya manusia masih ada tolak ansur, akal fikiran. Kalau grading test, kirim salam.
Test gua pulak lagi 2 minggu. Cuak :( tapi konfiden tu kena ada.
Jangan konfiden sangat.
CUTT !!
Thursday, August 9, 2012
teman
![]() |
| Shanghai Baby |
Ini jenis fiksyen oriental yang aku baca. Kalau orang tahu, mesti tak percaya tetapi fiksyen beginilah yang menghiasi rak buku aku. Lazimnya orang malaysia sangat sinikal pada produk timur; dari set penjagaan badan, barangan pakaian berjenama, gaya hidup, hatta bahan bacaan juga berpaksikan barat yang diagungkan. Rak buku kanak-kanak mana yang tidak ada dongengan Harry Potter? Disney's? Telah diset sedari kecil, dari negara 'orang kulit putih' semuanya hebat; walhal ada sesetengah tempat di negara mereka dari segi peluang pekerjaan dan taraf hidup jauh lebih mundur dari negara kita, Malaysia. Ya, akuilah kita adalah tinggalan yang masih dijajah pemikirannya.
Produk malaysia bagaimana pula? Lagu raya balik kampung 1Malaysia sudah diputarkan di corong radio, buku 1Malaysia? Hmm. Mungkin aku agak orthodoks dalam hal ini, tapi aku prefer buku-buku keluaran DBP kerana selain dapat memperbaiki bahasa dan perbendaharaan kata, kita juga dapat belajar tentang budaya sendiri.
Tidak juga aku menolak bacaan ringan lain dan semestinya kita perlu mendahulukan hasil tempatan. Jika ianya bagus dan seiring dengan masa, mengapa tidak?
Buku adalah budaya, bahasa jiwa bangsa.
CUTT !!
wey kau tengok sini, sini
Kalau nak difikirkan balik apa
yang mereka pakatkan berdua memang aku marah. Memang aku betul marah. Tapi life
is hard itself. Buat apa nak kasi susah lagi life masing-masing.
Tapi aku tetap dengan keputusan aku, selagi mereka tak confess, selagi
itu dalam hati ini terukir dendam. Aku bukan patung yang boleh diperalatkan. Mestilah
aku rasa diperkotak katikkan.
Aku harap menjadi teladan buat
semua. Jangan cuba nak reka pelan mempermainkan perasaan orang lain. Kalau dijejak,
sampai mati pun kau belum tentu hidup aman.
Kau nak tahu apa ego? Ini ego. Kau
nak tahu apa jahat? Ini jahat. Kau rasa aku sweet? Jangan mudah rasa selesa
kerana sekali aku berkeputusan, sekali amarah menguasai diri, nafsu bermaharaja
lela, aku dah tak pedulik dengan semua. Kau nak tahu apa emo? Ini bapak segala
emo. TRUST IS THE ISSUE, HONESTY. GOT IT? U SHOULD. Otherwise, you’re not worth
to be a friend of mine. BACK THE FUCK OFF.
Ok sebenarnya akaun aku telah
digodam.
CUTT !!
benci.
mengapa mesti aku jumpa lagi dia yang mengganggu lena tidurku tenang jagaku dia yang aku elakkan dari bertemu tetapi menjelma menjadi pelbagai bentuk air yang masuk ke bekas lalu aku tak betah bernafas dia dia yang aku benci muncul di depan mata semakin aku benci semakin menghampiri?
Aku benci kau! Pergi jahanammmm!!
CUTT !!
Aku benci kau! Pergi jahanammmm!!
CUTT !!
Friday, August 3, 2012
Wednesday, August 1, 2012
major belum master
“What? Psychology? Ape kau?
Apsal?”
Aku senyum-senyum sementelah
Proton Putra navy terbayang, “First, aku
dapat jumpe lecturer kacak tu lagi. Secondly, minatla pasal En. Zul pernah
failed kan aku subjek psikologi straight in a row dalam 1 tahun. Kau boleh?”
“Itu bukan minatlah weih, itu
balas dendam”
“Revenge is sweet rite? Haha”
“Kau buang masa la..continue
architecture la, surveying ke, masuk polis ke..”
“Kau nak belajar ni, mana ada buang masa nya?” Aku
renung langit.
“Lari tajukla, faham?”
Aku geleng kepala, dekatkan
sikit ke depan,
“Bagi aku can, untuk cari kaitan antara interior
design dan psikologi alam sekeliling”
Aku dengar keluhan.
“Habistu, cuti ni ko nak buat
apeni? Research? Baik masuk intake depan..”
“Aku nak try waitress Shakey’s
la. Staff meal dia boleh tahan”
“Laaaa…lagilah jauh!”
“Kau pergilah firm En. Osman
tu, dia panggil aku ke sana. Boring aku office attire ni. Haha.”
Dilla cuma menggeleng kepala.
- Tali gitar putus pun aku dah
meragau. Singgah kedai buku mana-mana tak hoii?
CUTT!!
Tuesday, July 3, 2012
lokasi cun, partners orait
Day 1
Melawat tapak
pejabat baru. Aku takut sebenarnya. Waktu menumpang pejabat teman sudah sampai.
Aku mesti berjalan sendiri. Terima kasih untuk perkhidmatan utilities dan jasa
baik, oh juga kopi setiap pagi.
Lokasi bagus,
tengah bandar maksudnya tak susah untuk dijejak dan senang mencari makan yang
dekat dan mencari barang keperluan. Sebenarnya kali ini tumpang lagi, tapi
berkongsi ruang (kongsi maksudnya, bayar). Kali ini juga penggunaan api+air+ip+blablabla
sendiri. Takut tak ter-manage, takut tak terbayar.
Ikut hati buat
dari rumah, makan, telefon, api+air semua percuma. Bad thinking sends you to
bad results lah. Rumah aku ramai, perah otak nanti boleh jadi bersilat. So aku
batalkan. Rumah untuk menonton bola bersama keluarga dan makan dan hari raya.
Bila sendiri, kena
lebih disiplin. Bangun macam biasa, masuk opis macam biasa. Eh, boleh ke?
Opis baru kena
pakai kipas dulu. Biar rasa panas sikit baru rajin. Kelak akan dengar,
“Lampu
tak guna tutup woi”. Hmm..
Bismillah…
CUTT !!
Friday, June 29, 2012
Friday, June 15, 2012
space and time (part 2)
“Negative space”, first crit
(critique) dari lecturer kacak aku. (refer tulisan merah ‘avoid’).
“How do u want to make use of this
space” dia tanya lagi. Mana aku tau? aku diamla.
“Macam mana nak buat construction?
Struktur pun tak capai piawaian?” aku diam lagi.
Space pun ada negative positif aku
fikir. Ingatkan dah tak perlu fikir pasal ion-ion lagi. Aku mengeluh. Aku tak
berapa faham sebenarnya.
Negative space dalam interior design
sebenarnya adalah ruang yang sepatutnya boleh digunakan tetapi kita bazirkan.
Maka, jadilah ia negative space. Seorang interior designer yang bijak mahupun
suri rumah yang mengatur ruang kediaman haruslah menitik beratkan tentang isu
‘negative space’ ini. Contoh negative space yang digunakan dengan betul adalah
seperti kat bawah :
![]() |
|
|
![]() |
| ruang terhad bawah cermin tingkap guna sebagai storage |
Ruang yang kita harus hati-hati
adalah ruang yang bersegi dan inilah kaitannya dengan masalah negative space
aku yang kat kokpit tu. Tengok gambar kat bawah ni.
Syok ah? Tak dapat kawal jet pejuang
pun aku dah dapat feel tu. Kat work space aku kawal cctv, baca buku, minum teh,
mengadap komputer, melukis, menyanyi, lepak layan movie? Then terpacul, what was
this woman do for a living eh?
Heh. I live my life, that’s what I
do.
Banyak-banyak soalan itu yang kau
tanya? Ape benda kau?
CUTT !!
space and time (part 1)
Ok, kemasukan aku ke maktab tentera
sg. Besi ditolak dengan alasan yang agak munasabah, keputusan PMR yang tak
cemerlang. 8A diperlukan untuk melayakkan diri sebagai calon-calon pemandu jet
pejuang. Dengan 6A 2B dan aku ditawarkan untuk belajar di asrama penuh serata Malaysia. Aku
menolak untuk ke mana-mana. Orang tua yang paling hampa. Tapi aku memang keras,
aku mahu belajar di sg. Besi. Aku bentak di dalam hati. Cita-cita aku.. Biarpun
kecewa, aku akhirnya redha dengan ketentuan Illahi.
“Bukan rezeki aku”.
Sepi.
Projek pertama di alam universiti : Personal
Living Space (according to your interest)
Apa beza diantara personal dan
privacy? Mestilah ada beza. Personal adalah lebih intimate dari privacy. Contoh
: Ruang privacy adalah bilik tidur, manakala ruang personal adalah bilik air.
Aku taknak bercerita pasal ruang sebenarnya ni, aku cuma nak korang lebih jelas
maksud ruang personal.
Wait,wait..aku sebenarnya nak cerita
pasal projek aircraft living space aku. Selalu tersasar.
Minat aku waktu itu, anything challenging
physically, mentally dan ia adalah pemandu jet pejuang. Livin a life as tentera
means ko takde masa lapang, aktiviti penuh from dusk to dawn. Kau sentiasa
bergerak aktif sama ada dari segi fizikal atau mental. Ye la, kau tentera udara
kan? Menjaga
keselamatan ruang udara adalah tugas kau. Again, it was only a dream. Aku tak
layak dan sekarang yang aku boleh buat adalah personal living space yang macam
dalam aircraft! Aku betul excited. Kokpit aku adalah working area aku. Bolehlah
aku buat kerja sambil berangan nanti hehe. So kat bawah adalah lakaran pelan
lantai ruang impian aku (semasa itu).
![]() |
| amacam? |
Sebenarnya boleh tahan juga idea aku
ni. Hehe.
Jangan suka sangat.
CUTT !!
Sunday, June 10, 2012
monday muhasabah
Bahawasanya,
hari ini aku belajar bahawa fitnah yang tertuju ke arah kita adalah disebabkan
sikap kita sendiri.
CUTT !!
Sunday, June 3, 2012
terlupa nak post
Pagi tadi
aku berniat mewujudkan komunikasi. Niat disalah tafsir. Aku pernah melalui usia
remaja. Memang susah mengendalikan komunikasi dengan remaja. Padahal aku biasa
dalam hal ini. Tetapi ini di dalam rumah. Situasinya berbeza dengan mereka yang
tidak kita kenali sejak kecil. Aku jadi berang, kata-kata kasar aku hamburkan.
Biarpun masih bijak mengawal emosi, hati aku tetap bergetar. Aku lawan.
Tidak
seperti pagi biasa, aku memandu ke tempat kerja dalam keadaan resah dan jiwa
yang tidak tenteram. 1 cara yang aku
fikirkan adalah hantar sms maaf. Aku lega. Biarpun tidak mendapat balasan aku
tetap lega. Nikmat meminta maaf dan memberi maaf itu amat besar nilainya. Aku
bersyukur. Tidak ada salahnya meminta maaf kepada yang lebih muda jika kita
rasa patut, demi kebaikan semua.
Aku ambil
masa buat kerja. Oh, tambah masa. Aku bimbang sebenarnya tentang keterlanjuran
bicaraku pagi tadi. Tapi ini nyata, aku harus terima hakikat dan hadapi. Aku
berkemas pulang. Terus ke bilik. Dia masuk, ceria, pura-pura tersalah masuk
bilik dan keluar semula. Di luar riuh bergembira. Aku lega lagi. Senyum dan
bersyukur. Aku capai buku Pengurusan Konflik. Tak ada
salahnya mengulang kaji.
Esok aku
nak ambik cuti panjang sikit.
CUTT !!
Monday, May 28, 2012
diamlah kau
Kekadang kan, aku ni ada banyak
persoalan yang timbul. Bukan aku mintak tau, dia timbul sendiri. Pop. Persoalan
yang aku rasa macam tak payah persoalkan pun kadang-kadang. Aku punya jenis
orang ni memang tak reti sangat nak terangkan macam mana, apa yang ada dalam
kepala ni, so ni aku taiplah ikut sedap je ok. Layanlah selagi engkorang boleh
layan. Aku pun kadang-kadang kalau tak terlayan, aku bilas dengan tidur sahaja.
Entah persoalan apa pulak yang muncul bangun tidur nanti.
Persoalan tu
kadang-kadang berbentuk tanda soal, berkaitan hukum alam, kenapa, apa,
bagaimana dan selanjutnya. Tindakan aku, kalau boleh google aku google lah,
kalau boleh pakai mesen kira, aku daillah tapi kalau memerlukan 2 hala, aku
mati kat situ. Belum ada lagi yang boleh aku ajak berbual. Mungkin juga topik
perbualan aku tu tak intelektual jadi diorang malas ambik serius. Bila aku
discuss persoalan kadang kala pucuk cerita pun tak faham. Ada tindak balas tak memerlukan kau cakap
apa-apa, cuma nak suruh kau angguk aje.
Mana regu aku?
Bukan mengiya, tak semestinya menidak, portable wikipedia juga bukan tetapi…ahh
ada bendala aku nak bebual ni tapi bila aku cerita lain engkorang suka cerita
lain. Paham tak aku ni nak bebual apa hah?!
Cakap-cakap kosong
pun boleh mendatangkan marah kadang-kadang tu. Amende entah.
CUTT !!
Monday, May 21, 2012
tak payah baca ni.bukan bahan ilmiah pon
Meletakkan kebergantungan nilai diri
berdasarkan jumlah pendamping. Peer pressure isn’t it?
Kes.1
Mereka yang rendah tahap yakin diri
selalu guna cara ini. Demi membuktikan diri berpengaruh, ada puak sendiri,
rasa menjadi sarkastik secara berkelompok itu mungkin mampu menaikkan tahap
konfiden. Cuba
letak sorang. Terkulat-kulat. This kind of human being is not human. Kau jumpa
orang-orang macam ni kau kena pandang sebelah mata je. No, bukan kejam but
mereka yang mahu diperlakukan sebegitu.
Kes.2
Banyak kali juga lalu depan mata, sorang
member cakap tak peduli sorang lagi kata kalau tak peduli itu sebenarnya memang
peduli. Ini memang gua faktab sekali. Gua memang tak pedulik benda remeh macam
ni tapi maksud peduli tu sebab benda ni semak. Kalau dia kata tak peduli,
maksudnya dia memang tak pedulila bodoh! Benda bodoh pun nak argue.
Kes.3
Baik-baik gua nak perati terus jadi
jengkel pulak. Muka lawa, status dalam komuniti boleh tahan juga, aihh cakap
nak menang saja. Ego tinggi, bongkak, si psiko yang gila nama. Fakofla gua
muntah terus.
Sebenarnya kau tak perlu nak please
setiap orang, tak perlu nak jadi hero/rokstar especially depan mata aku, jangan
harap kau dapat down kan aku dengan gaya begitu. Sometimes aku
akan sedih juga dengan perangai buruk mereka ni, most of the times aku rasa
kesian. Manusia sepatutnya saling menyokong, kita sama je semua. Kalau rasa
kurang kasih sayang belajarlah memberi pula. Tak beri mana nak dapat, kan?
Banyak lagi yang gua perlu belajar. Belajar
orang yang begini kadang kala mematangkan jugak. Manusia memang kompleks. Berhentilah jadi penyakit dalam masyarakat. Kasi senang sikit kerja aku boleh? FO.
"Insecure societies, are the most intolerant of those who are non-joiners" - kata seseorang
CUTT !!
Subscribe to:
Posts (Atom)






