Showing posts with label space and time. Show all posts
Showing posts with label space and time. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

perjuangan


Kalau dah namanya perjuangan tu manalah boleh selesai. Bila entah akan selesai? Never. Waktu sekarang ni ada orang sedang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara, ada orang berjuang untuk bangsa, ada orang berjuang untuk bahasa, ada yang berjuang demi kebenaran, ada yang berjuang demi keadilan, ada yang berjuang demi sesuap nasi, ada yang berjuang demi keegoan, ada orang berjuang untuk menghabiskan cuti panjang dengan holiday, ada orang berjuang untuk duduk di rumah layan wrestling, ada yang berjuang malam minggu pergi culik awek bawak berdating, ada yang berjuang menaip thesis, ada yang berjuang menghabiskan membaca buku yang segunung, ada yang berjuang kat medan perang, ada yang berjuang pergi rakam lagu, ada yang berjuang untuk berhenti menggunakan dadah, ada yang berjuang berenti isap rokok, ada yang berjuang tidur awal untuk bangun pagi ahad, ada yang berjuang kerja disaat yang lain seronok bercuti, ada yang berjuang “eh, kedai nasik goreng tu malam ni bukak tak?”, ada yang berjuang segala macam jenis perjuangan yang aku pun tak tahu apa yang masing-masing perjuangkan tetapi, dalam diri masing-masing tahu apa yang mereka sendiri perjuangkan.

Aku berjuang mencuri masa layan tengok muvi KIL yang diorang kata heroin dia serupa aku tu kikiki. Malam minggu, lupakan semua, aku layan kopi sambil bermalas-malasan J



Fuck cerita ni dah lapuk baru aku nak layan kahkah.







CUTT !!

Saturday, December 15, 2012

welcome again 15th December

thank you :)


Terkadang aku terfikir, kenapa hari jadi tak hari-hari? Kan boleh hepi-hepi 24 jam sehari dan menghayati setiap detik dalam 24 jam tu?

Dapat panggilan percuma, panggilan telefon, suara-suara gembira, text-text ucapan yang membawa senyuman sampai ke telinga, wajah-wajah ceria, kek, hadiah, makan-makan, jalan-jalan, semuanya kita hayati dari detik minit dua belas pertama sehingga berjumpa titik yang sepatutnya. Kita rancang segala yang tak dirancang...


Setiap minit berapa kali kita sedut oksigen? Kita lupa nikmat hari-hari yang Tuhan beri..
Tolong ingatkan aku :')





CUTT !!

Tuesday, September 25, 2012

jejak merdeka

Objek-objek tumpat yang terdampar
Bicara angin dan batu-batan
Lekas-lekas pulang
Jamahkan sebiji kurma
Buat penguat langkahmu,
Demi panji yang dijanji
Membenar cahaya dalam sukma bisu

Tiadalah malam tanpa bintang langitku
Tiadalah pudar cahaya pagiku
Tebas keringat lelah
Saat menyerah warkah,
Kala bumi dan ufuk saling menongkat
Aku di kaki bukit sana
Asing tapi megah dan gagah



wth aku taip ni...





CUTT !!

Friday, June 15, 2012

space and time (part 2)


“Negative space”, first crit (critique) dari lecturer kacak aku. (refer tulisan merah ‘avoid’).

“How do u want to make use of this space” dia tanya lagi. Mana aku tau? aku diamla.

“Macam mana nak buat construction? Struktur pun tak capai piawaian?” aku diam lagi.

Space pun ada negative positif aku fikir. Ingatkan dah tak perlu fikir pasal ion-ion lagi. Aku mengeluh. Aku tak berapa faham sebenarnya.

Negative space dalam interior design sebenarnya adalah ruang yang sepatutnya boleh digunakan tetapi kita bazirkan. Maka, jadilah ia negative space. Seorang interior designer yang bijak mahupun suri rumah yang mengatur ruang kediaman haruslah menitik beratkan tentang isu ‘negative space’ ini. Contoh negative space yang digunakan dengan betul adalah seperti kat bawah :



ruang terhad bawah cermin tingkap guna sebagai storage
 
Ruang yang kita harus hati-hati adalah ruang yang bersegi dan inilah kaitannya dengan masalah negative space aku yang kat kokpit tu. Tengok gambar kat bawah ni.



 
Syok ah? Tak dapat kawal jet pejuang pun aku dah dapat feel tu. Kat work space aku kawal cctv, baca buku, minum teh, mengadap komputer, melukis, menyanyi, lepak layan movie? Then terpacul, what was this woman do for a living eh?

Heh. I live my life, that’s what I do.






Banyak-banyak soalan itu yang kau tanya? Ape benda kau?









CUTT !!

space and time (part 1)


Ok, kemasukan aku ke maktab tentera sg. Besi ditolak dengan alasan yang agak munasabah, keputusan PMR yang tak cemerlang. 8A diperlukan untuk melayakkan diri sebagai calon-calon pemandu jet pejuang. Dengan 6A 2B dan aku ditawarkan untuk belajar di asrama penuh serata Malaysia. Aku menolak untuk ke mana-mana. Orang tua yang paling hampa. Tapi aku memang keras, aku mahu belajar di sg. Besi. Aku bentak di dalam hati. Cita-cita aku.. Biarpun kecewa, aku akhirnya redha dengan ketentuan Illahi.

 “Bukan rezeki aku”.

Sepi.

Projek pertama di alam universiti : Personal Living Space (according to your interest)
Apa beza diantara personal dan privacy? Mestilah ada beza. Personal adalah lebih intimate dari privacy. Contoh : Ruang privacy adalah bilik tidur, manakala ruang personal adalah bilik air. Aku taknak bercerita pasal ruang sebenarnya ni, aku cuma nak korang lebih jelas maksud ruang personal.

Wait,wait..aku sebenarnya nak cerita pasal projek aircraft living space aku. Selalu tersasar.

Minat aku waktu itu, anything challenging physically, mentally dan ia adalah pemandu jet pejuang. Livin a life as tentera means ko takde masa lapang, aktiviti penuh from dusk to dawn. Kau sentiasa bergerak aktif sama ada dari segi fizikal atau mental. Ye la, kau tentera udara kan? Menjaga keselamatan ruang udara adalah tugas kau. Again, it was only a dream. Aku tak layak dan sekarang yang aku boleh buat adalah personal living space yang macam dalam aircraft! Aku betul excited. Kokpit aku adalah working area aku. Bolehlah aku buat kerja sambil berangan nanti hehe. So kat bawah adalah lakaran pelan lantai ruang impian aku (semasa itu).

amacam?


Sebenarnya boleh tahan juga idea aku ni. Hehe.


Jangan suka sangat.


 




CUTT !!