Hmm..mungkin agak
susah nak terangkan sesuatu kepada seseorang itu jika dia dalam penafian atau
dalam bahasa omputehnya ‘in denial’. Tapi aku memang nak kena share
sesuatu dengan dia dan sesiapa sahaja
yang membaca ni. Sebelum aku mulakan sesi bual bicara dengan beliau, aku share
sikit kat sini.
Firstly aku nak
kasitau yang final projek yang aku pilih time study dulu adalah Cerebral Palsy.
Lecturer aku suruh aku fikir banyak kali kalau nak buat projek ni sebab kata
dia harapan untuk cemerlang adalah 50-50. Yelah, benda yang kita tak tahu, tak
pernah hadapi dan yang paling berisiko sekali adalah sebab takde siapa
experienced dalam tajuk ni jarang orang ambil kisah. Aku pun fikir banyak kali
jugak, tetapi kes cerebral palsy sebenarnya common, buat yang aku dah tahu dan
play safe maka ada harapan cemerlang atau cuba sesuatu yang tak pernah tahu
untuk pengetahuan dan pengalaman dan bersedia terjun gaung. Bukan perkara
main-main ni. Aku letak kaki kanan, kaki kiri aku dah ready untuk pujuk
pasangannya. Aku gamble dan aku berserah je time tu. Maka bermulalah ekspedisi
kembara aku mendekati dan megkaji segala tentang ‘cerebral palsy’ hingga ke
akar umbi. InsyaAllah. Aku syak lecturer-lecturer aku pun study sama time tu.
Kahkah padan muka.
Ok, apetu Cerebral
Palsy? Sama dengan Down Syndrome? Tak sama? Bukan itu aku nak share, itu kau
boleh google je dan wiki sementara masih berkesempatan menggunakan perkhidmatan
tu.
Hmmm…Camnilah.
“No two children
with cerebral palsy are alike” – Barron’s Keys To Parenting A Child WithCerebral Palsy
Jika ada antara
ahli keluarga atau sahabat handai dan rakan terdekat yang mana ada anak-anak
mereka diyakini Cerebral Palsy, tugas utama anda adalah (baca : slow talk)
makes them terima realiti dan ketentuan Illahi, cadangkan atau kalau rajin
listkan pusat-pusat terapi yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.
Cerebral Palsy bukan hukuman dari Tuhan atau suatu perilaku aneh dalam
masyarakat maka jangan takut dan malu untuk menghadapinya. Ia adalah ujian dan
kita patut bersyukur kerana ia akan membuatkan kita lebih menghargai hidup ini.
Gua memang failed
bab-bab nak terangkan fakta. Mengarut gua pandaila. Mihmih.. Sori. Eh, lain
kalilah!
CUTT !!