Showing posts with label lelaki dan perempuan. Show all posts
Showing posts with label lelaki dan perempuan. Show all posts

Monday, September 2, 2013

jangan tengok afc tlc dan chef wan

Aku rasa itu dipanggil ‘passion for sensation’.

‘Sepandai mana perempuan akhirnya ke dapur juga’. Aku tak rasa ada skeptical meaning behind kata-kata tu. Ianya memang benar.

‘Cara menambat hati lelaki  adalah melalui perutnya’. Aku rasa ini berbaur seksis kerana well… perempuan juga begitu!

Suatu hari kau akan berangan untuk menjadi suri rumah dan pada waktu itu dapur adalah milik kau dari dapur kering ke dapur basah! Kau  mencuba resipi Italian, African, Thailand, a bit of Japanese, Chinese, rich Malaysian, mixed of American foods! Yay!

Damn I love good food, tapi tak pasti rajin tak masak nanti hehe.

Dah 2 tahun berangan nak beli oven sendiri. Tapi tumpang kat dapur orang ni tak berapa syiok nak eksperimen. I wanna make pretzels.and cakes.bake cute cupcakes.and.and.now I understand mana letaknya nafsu sendiri.







Aku tak pasti aku ni suka masak atau suka makan sebenarnya :9



CUTT !!

Thursday, June 20, 2013

kuasa beli

Siapa kata pink untuk lelaki dan biru untuk perempuan hah? Siapa kata hah?
Tengokla beza barang-barang belian pilihan lelaki dan perempuan ni.

lelaki punya

perempuan punya

Tak tahu apa yang difikir lelaki. Sangat tak fun. Beli barang entah ape-ape entah. Bandingkan dengan pilihan perempuan sangaaaattt kawaiiiii okayyy!


Comeinye....okay sangat comellll >,<!





CUTT !!

Tuesday, March 26, 2013

hey hey you you i could be your girlfriend


Ngeri jugak pikir-pikir balik. No offend, but guys punya tahap dendam tu boleh jadi makan tahun eh? Lepas tu main sodok je semua benda kat depan. Come on lah, be a man. Ok?
Luka dilukai ni benda biasalaa. Ia membuatkan kita tough dan resistant pada segala macam bentuk strategi serangan dan serang hendap (?) Well girls sometimes revenge tak tengok mangsa. Wo-wo-wo gua bukan ‘girls’ itu ok.
Asyik puji je guys kan, sesekali nak jugak aku kritik sikit kan? Selesa sangat kan? Kan? Ok je, takde masalah..dengar bebaik aite. Bab kritik ni memang lancar je sekali aku dah bukak mulut so korang kena prepare telinga pasal benda ni aku tak cakap selalu. Take note.

Ta

Ta

Ta

Setelah dipikir-pikir balik taknaklah aku panjangkan cerita yang pendek tapi makan dalam ini. Pesanan untuk girls di luar sana, don’t play with guys’ heart, vice versa. Kalau suka kata suka, tak suka tolak cara baik, jangan kasi harapan. Paling meluat bila guys menunjukkan ketidakprofesionalan mereka bila hal personal campur hal kerja. Kita call tak angkat, selisih bahu kat opis tak angkat muka, tanya lain jawab lain walhal semuanyaaaaa pasal kerjaaaaa pahaaammm taaakkkkkk stressssssss!!!


p/S : Jangan main cinta dalam opis







CUTT !!

Tuesday, January 29, 2013

sabar,sabar,sabar

Aku rasa sifat sebenar lelaki sejati adalah sabar. Aku pun kene aplikasikan sabar, sabar, sabar ni banyak-banyak dalam diri. Cemana nak jadi sabar? Firstly kena banyak mendengar dari bercakap. Kalau kau suruh aku bercakap tapi kau pun nak bercakap jugak, baik aku pas je batton kat kau kasi kau bercakap. Dengar dan fahami. Listen. Listen dengan hati, bukan dengan mulut. Listen deeply. Dag. Dag. Dag. Degupan jantung tu. Ok aku dah mula merepek.

Ok betul sebenarnya. Dalam gopoh kita akan membuat keputusan yang salah untuk kesan jangka masa panjang. Dalam gopoh kita akan bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati orang, dalam gopoh kita boleh memusnahkan rancangan yang diatur 2000 tahun lepas, dalam 1 minit, dalam 1 hari.

Detik yang sesuai tak datang selalu, tapi mesti ada masa bila pintu dimensi itu terbuka. Tunggu masa yang sesuai. Buah ceri kalau tak merah tapi dah petik makan mana nak sama manisnya dengan yang dah betul masak merah ranum, kan?




I remember the "i hurt the feelings of everyone i knew" song. Fucklah. Entahlah. Aku nak duduk dalam gua. Bye.






CUTT !!

Saturday, December 29, 2012

pemurah vs pemarah


Kebanyakan ibu bapa tak suruh anak-anak gadis dorang cari pasangan yang kaya, just cari yang tak kedekut. Terhadap diri mereka sendiri, terhadap pasangan mereka. Generosity orang putih panggil. Ye ke? Ye kot.

UAI sendiri kabo kalau wanita tu macam budok-budok, suka main, ala cecomel gittew so terbuktilah mereka ni memang bernaluri suka berbelanja kot maka janganlah marah mereka. Mereka kandung kita 9 bulan, menyusukan dan membesarkan, bernaluri keibuan yang tidak ada pada para lelaki di luar sana.Bapak kerja cari duit, apalah salahnya belanje sikit ke isteri bila dapat gaji tu biarpun isteri juga bekerja..kita tak cerita pasal nafkah ni ye, nafkah lain kali je.

dia macam kad smaarrrt tag, boleh top-up 


Aje gile bila diberi kad ala debit begini. @.@! tiu.


Wanita matang seperti aku akan cakap,
"Beli barang dapur cukup ni. Skin care product next top up ye ihihi".
Ehem.






Ruginya terlambat jadi perempuan.




CUTT !!

Saturday, December 22, 2012

tiada tajuk


Woot. Siapa penilai yang super?

Lelaki dan perempuan memang jauh berbeza walau betapa femininnya lelaki itu cuba jadi atau betapa maskulinnya perempuan itu telah jadi. Well, itulah kenyataannya. Lelaki berfikir menggunakan otak. Perempuan berfikir menggunakan otak juga tetapi bertindak yang berpaksi kepada dorongan emosi.

Dia, berbaju kemeja biru yang dilipatkan lengannya sehingga paras siku, rambut paras bahu yang ditiup bayu, aku ber T-shirt hitam, simple seperti biasa. Kitorang small talk pasal social networking.

U can tell that profile belongs to a girl or a boy, handled by 2 or more, been passed to another person or what-so-ever and everything else in just one scroll of your finger. Fake or real. Omg jerk. He told me lagi, u tak payah guna kecanggihan apps ke software ke but by only just observing their behavioral activities. How bizarre eh. Puak illuminati ke ape.

Apapun, he doesn't mind as long as the idea is there, boleh buka perspektif, buka minda, boleh 2 ways, tanpa agenda...U know, 'agenda'. As he's the flirty type online and 'offline' as well, he was probably promoting Honesty. Ceh. Wujud lagi ka benda tu? Sheesh~

All these thing requires no qualification in any field.



Gua sedut straw air tembikai susu yang dah habis sambil angguk angguk angguk. Ape bende tah pastu mamat tu menyanyah satu pun aku tak percaya.







CUTT !!

Monday, December 17, 2012

judge dead (part 2)


Aku ada terdengar kat radio,

Perempuan ni cerewet and precise.
Lelaki ni cerewet and undecided.

Nampak tak kat situ? Haa aku tengah cuba bentuk peribadi jadi precise rather than sediakala ni, undecided. Barulah menjiwa..




Jadi perempuan ni macam leceh. Pfft.







CUTT !!

judge dead (part 1)




Ha-ha lately aku banyak bergaul dengan rakan gadis apahal entah. Mungkin aku tengah cuba menyelami hati dan fikiran gadisan lalu boleh adapt ke dalam diri sendiri yang lama hanyut dalam dunia jejaka (?)

Asing rasanya..lagi deep dan berhati-hati cara nak approach mereka ni. Biar se-punk mana pun belum pernah lagi aku jumpa yang really get along dengan otak dan jiwa aku ni. Aku betul dah jauh tersasar. Nasib baik naluri tak pernah songsang lagi biarpun sebelum ini ada juga usikan nakal gegadis yang cuba meng-usha ahaiii mintak simpang.. semua aku layan sama je dan kalau dengan yang bernaluri songsang tu memang sengaja aku ekspresi kecenderungan aku terhadap lelaki-lelaki kacak secara terang-terangan dan bila turn lelaki yang usha pula aku akan bertindak sama yang sebaliknya..well ape nak jadilah sampai bila pun susah lah nak ade pakwe haha ape entah aku cakap ni.

Hmm..itulah dia. Suatu masa nanti kita akan terfikir sendiri sampai bila nak begini begitu dan begitulah. Kalau ada cahaya yang menyinari, carilah punca cahaya itu dan dorong diri sendiri untuk ke arah itu. Susah memang susah kerana sudah sebati tapi hmm just cubalah dan terus berdoa..

Gua tak nak beriya sangat. Korang pun tak yah beriye sangat memerhati tu. Lex-lex aje.








CUTT !!