Aku memang tak tau nak cakap macam mana pasal hal ni. Suatu ketika dahulu aku cukup teruja. Mungkin kerana aku mengurungkan diri di rumah dan berbual sesama aku. 7 Mei ini akan ada acara di luar daerah. Tak sanggup aku batalkan untuk kali ke-3. Busuk nama, jadi umpatan. Mungkin sebab aku tak kasi kata putus maka aku harus berada di sana. Aku tiada feel untuk itu. Aku tak tahu mengapa. Hampir 1 bulan juga aku tak membalas kehendak teman-teman. Aku bukan berniat untuk menjadi selfish. Di rumah aku rasa tenang. Berdekatan dengan keluarga aku rasa aman. Aku tumpukan hidup pada yang telah lama aku abaikan. Sebelum ini aku sibuk di luar, semua aku abaikan. Ternyata aku masih berkesempatan. Tetapi bukan semua faham. Aku cuma perlu ruang. Daripada aku membuatkan mereka terus berharap, aku akan hidangkan juga kata-kata penamat. Nak atau taknak memang terpaksa. Aku rasa cukup-cukuplah tu. Aku nak atur balik kehidupan aku.
Bintang kat langit dah banyak. Aku pun tak rasa nak jadi salah satu lagi. Sanjungan dari manusia sudah kebas dari pendengaran dan halwa jiwa. Sahabat juga yang akan di sisi. Pandangan Tuhan pula bagaimana?
But, cerita pasal sekarang..ada masa tak sampai 1 bulan. Aku memang tak bersedia langsung. Mood tu mana aku nak cari laaa...
*Manusia memang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Kita selalu diuji. Harap kita semua kuat dan tetapkan hati. InsyaAllah.
CUTT !!
3 comments:
insyaAllah.
selamat malam su. baru baca ni. su oh!
hai..selamat membaca,terima kasih :)
Post a Comment