Tuesday, February 1, 2011

cempaka di rembulan


Cempaka nama kami, bekerja setiap hari”


...lagu group Cempaka masa zaman sekolah rendah dulu. Tunas Puteri memang sebuah badan beruniform yang best. Setiap hari Sabtu kami akan berkumpul di sekolah membuat aktiviti-aktiviti riadah seperti permainan dan belajar nilai-nilai moral. Aku mengharapkan adanya aktiviti perkhemahan sewaktu awal-awal join group ni dulu. Berharap agar ada badan beruniform pengakap ataupun karate-do setidak-tidaknya untuk aku berperisai menumpaskan budak-budak lelaki gatal yang selalu main tarik tudung sekolah. Tunas Puteri ni agak 'cheesy' bagi aku. Ahehe. Tapi jangan risau, naik je sekolah menengah aku dah pegang belt yang boleh jadi instructor punya kalau aku mahu. Budak-budak lelaki sekolah menengah semua kalau lalu kena senyum kalau tak nak aku sadung kaki mereka. Ye ke? Nakalnya.. Ok, itu cerita lain.


Kalau tak kerja, duit tak masuk. Makan gaji buta, istilah itu dah tak relevan. Kalau kerja ada duit, tak kerja tiada duit. Aku rasa anthem Cempaka tu memang terbawa-bawa sampai sekarang. Atau aku patut tubuhkan group muzik bernama 'Cempaka' ? 





Tapi macam cool juga ada band nama 'Cempaka' ni.






CUTT !!