"Awak takpelah..sorang je.."
kata seorang rakan di dalam telefon.
Ha.Ha.Ha
kata seorang rakan di dalam telefon.
Ha.Ha.Ha
Itu je yang aku boleh jawab.
Tak semua anak tunggal tu seronok menjadi tunggal. Azrafe Zaky seronok kot jadi tunggal? Aku pun tak tau, tak pernah tanya.
Waktu kecil aku selalu berangan mempunyai seorang abang/adik lelaki yang bernama Faizal. Ini cerita rare punya. Yang aku ingat setiap kali beli buku baru aku akan tulis “dimiliki oleh nama aku dan Faizal”. Entah dari mana datang nama Faizal tu pon aku tak tau. So Faizal ni dikira macam imaginary brader aku la. Sehingga pada suatu hari tu abah aku buatkan 1 'cop' tertera:
HAK MILIK
pelakonpopular
….....................
tanda tangan
Kesian tengok aku bermain dengan mimpi agaknya. Hehehe. So start dari hari aku guna cop tu untuk buku-buku aku, Faizal itu hilang. Waktu tu aku masih darjah 6. Takut jugak kalau Faizal tu muncul betul-betul waktu aku sorang-sorang. Tapi nasib baik kawan-kawan keliling ada ramai, lupa terus pasal imaginary brader tu tadi. Kesudahannya umur 12 tahun tu aku banyak bergaul dengan sepupu lelaki aku yang selalu datang dengan ayah dia every petang dan hantar sepupu aku time weekends. Aku memang selalu tunggu weekend sebab kitorang akan buat banyak benda best. Waktu tu kitorang buat projek motosikal. Ya, basikal tu kitorang layan masa darjah 3. Haha. Banyaklah jugak projek 'jantan' yang aku buat dengan dia. Okey tu cerita lainlah ye..next time yang senang aku cerita.
Aku jadi tak tau nak jawab best ke tak best jadi the only child dalam family. Waktu kecil ada rasa best dan bosan, dah besar ni rasa bosan je yang banyak. Anak manja? Heh. Nak semua mesti dapat? Heh. Kalau abah aku ajak pegi sekolah dia dulu aku sukalah, boleh main game pacman sebab abah aku ada kunci bilik komputer. Rob Janoff punya logo ni memang melekat dalam kepala aku.
Life aku biasa-biasa je waktu kecil. Macam korang, kena paksa makan sayur, kena kunci dalam tandas kalau balik lepas waktu maghrib, makan jajan seperti mamee sembunyi-sembunyi, main video game maksimum 1 jam...cuma tiada siapa yang bekap aku kalau dalam situasi yang..kau tau, kaki-kaki buli..oleh kerana aku seorang maka aku kena fight balikla. Gila apa kasi diri kena buli.
sekarang rindu kena jirus dengan air kalau tak bangun subuh T.T
maknanya aku home sick.
CUTT !!