Tuesday, May 21, 2013

hanya ada masa sekarang


Aku tak berapa suka jangka masa singkat-singkat ni sebenarnya. Paling singkat setengah tahun, itu baru cukup kalau nak kenal hati budi. Paling lama tahap sabar separuh dari iman 2 tahun. Tahap mencabar return 2 kali pun ada. Longer tak pernah. Itu datang masalah lain pulak nanti.

Pertemuan dan perpisahan itu adat. Jodoh memang dah tertulis lama dah sejak sebelum kita dilahirkan. Biarpun sekejap, ada juga calitan memori yang terpahat. Itu biasa. Kena biasakan.

Jangka masa panjang pun tak bagus sebenarnya kerana ia akan menanam benih sayang. Iaitu kelemahan manusia jika ianya dipupuk berlebih-lebihan. Biarpun payah, aku terima. Takdir itu telah ditentukan. Aku telah dibawa ke sini. Aku harap akan lebih tabah dan bersemangat. Tak mungkin akan aku lupakan kenangan manis yang dibina bersama. Aku semakin selesa dan biasa, umpama gula yang tak mampu melarutkan ketulannya lagi. Sebab itu ianya ditakdirkan sampai di sini.

Mungkin kita akan bertemu lagi? Ya, seperti selalunya. Mungkin bukan di sini, mungkin lebih dekat. Dekat di hati untuk diingati J




Tak. Apahal yang ko pikir aku cakap soal hati segala ni?

               






CUTT !!