Saturday, December 22, 2012

naik sekolah tinggi-tinggi


Sekolah dah nak naik, dalam lebih kurang 1 minggu lagi. Dah beli kelengkapan sekolah anak-anak? Anak saudara? Adik-adik? Sepupu sepapat? Eloknya beli selain dari peak hour la untuk mengelakkan kesesakan kat kaunter pembayaran. Suke beno bersesak shopping ramai-ramai tu buat ape, nak acu baju berasak, fitiing room penuh, promoter buat muka cuka, cashier mintak penampo..aihh macam-macam betul dugaan.



Checklist
1) Kasut - Untuk pra sekolah atau yang baru nak melangkah ke alam persekolahan tu seeloknya cari kasut yang lasak dan dari jenis zap-on. Elakkan kasut bertali sebab budak-budak akan bayak main so kasut bertali leceh dan tak sesuai. Test dulu zap-on tu, ade yang jenis tak lekat sangat. Juga beli yang sederhana tak payah mahal sangat sebab kaki budak ni cepat membesar, spend cash untuk yang lain pulak.

2) Uniform - Beli siap je untuk pra-sekolah dan baru nak masuk darjah 1 tempah-tempah leceh dan sebenarnya beli lagi murah.

3) Stokin - Stenbai 2/3 pasang terus senang.

4) Beg sekolah - Haa benda ni tacky sikit sebab kalau beli kat mall biasanya mahal dari kat luar dan kualiti out. Dahla mahal, boring. Beli kat luar bleh tawar harga. Barbie ka, Ben 10, BoBoiBoi ape benda segala tu ada jual kat kedai luar.

5) Atlas map - Ni kasi wide sikit penglihatan untuk seisi rumah juga sebenarnya hihi.

6) Alat tulis (Wajib pra-sekolah, pensel 2B, pencil case, pemadam jenis faber castell sebab kualiti, pensel warna untuk umm guna 1 tahun jenis faber castell juga, drawing block, sharpener, gam kertas dan gunting). Lain pula kriteria alat tulis untuk darjah 4 dan ke atas ye..taknak cerita kat sini lah lain kali je.

7) Buku mengenal abjad ka, kisah dongeng ka, kisah nabi ka, any buku, just belikan 1 atau 2 untuk galakkan minat suka mentelaah dan belek buku.

Ok benda ni ambik masa dekat 2 jam atau lebih jugak so mak-mak kakak-kakak yang dah bosan tengok barang budak-budak lepas tu bolehlah cuci mata dan singgah ladies nite kejap kat barangan perempuan pulak. Quick catch up kata orang, sambil menyelam minum air.

investment kak, investment!




Terel jugak gua bab shopping-shopping ni. Kakaka







CUTT !!

minum milo, makan dalam




Saat aku membaca judul buku ni terdetik di fikiran, apa wanita itu bersedih? Semua wanita itu bersedih? Kenapa bersedih? Bahagia? Wanita tak bahagia ke? Aku dah tersasar sangat ke apeni sampai aku jadi tak paham kenapa ada buku yang berjudul atau ada perisian yang macam ni?

"Jasad tidak, tetapi roh kita mungkin" kata pemilik buku tersebut. Aku tengok dan amati muka tuan punya buku tu, tak nampak sedih pun?

Aku? Aku mula scan diri sendiri. Aku tengok cermin. Aku hilang sifat kehambaan ke? Hilang diri sendiri? Teruk sangat ke aku ni?

Entah. Aku tak suka layan sedih, aku avoid. Aku suka sibukkan diri. Tak suka leceh-leceh. Takut jugak dengan situasi ni. Kasi aku baca habis dulu.

Benda-benda macam ni dia kene relaks. Macam aku cakap haritu, tak nak beriye..tapi kena yakin.dan istiqamah.





Baca jela apadahal.







CUTT !!


tiada tajuk


Woot. Siapa penilai yang super?

Lelaki dan perempuan memang jauh berbeza walau betapa femininnya lelaki itu cuba jadi atau betapa maskulinnya perempuan itu telah jadi. Well, itulah kenyataannya. Lelaki berfikir menggunakan otak. Perempuan berfikir menggunakan otak juga tetapi bertindak yang berpaksi kepada dorongan emosi.

Dia, berbaju kemeja biru yang dilipatkan lengannya sehingga paras siku, rambut paras bahu yang ditiup bayu, aku ber T-shirt hitam, simple seperti biasa. Kitorang small talk pasal social networking.

U can tell that profile belongs to a girl or a boy, handled by 2 or more, been passed to another person or what-so-ever and everything else in just one scroll of your finger. Fake or real. Omg jerk. He told me lagi, u tak payah guna kecanggihan apps ke software ke but by only just observing their behavioral activities. How bizarre eh. Puak illuminati ke ape.

Apapun, he doesn't mind as long as the idea is there, boleh buka perspektif, buka minda, boleh 2 ways, tanpa agenda...U know, 'agenda'. As he's the flirty type online and 'offline' as well, he was probably promoting Honesty. Ceh. Wujud lagi ka benda tu? Sheesh~

All these thing requires no qualification in any field.



Gua sedut straw air tembikai susu yang dah habis sambil angguk angguk angguk. Ape bende tah pastu mamat tu menyanyah satu pun aku tak percaya.







CUTT !!

mention that person

Ahaha now can mention blogger pula. Berkurun menanti saat ini walau tak tahu nak mention siapa hihi.





CUTT !!