Saturday, December 22, 2012

naik sekolah tinggi-tinggi


Sekolah dah nak naik, dalam lebih kurang 1 minggu lagi. Dah beli kelengkapan sekolah anak-anak? Anak saudara? Adik-adik? Sepupu sepapat? Eloknya beli selain dari peak hour la untuk mengelakkan kesesakan kat kaunter pembayaran. Suke beno bersesak shopping ramai-ramai tu buat ape, nak acu baju berasak, fitiing room penuh, promoter buat muka cuka, cashier mintak penampo..aihh macam-macam betul dugaan.



Checklist
1) Kasut - Untuk pra sekolah atau yang baru nak melangkah ke alam persekolahan tu seeloknya cari kasut yang lasak dan dari jenis zap-on. Elakkan kasut bertali sebab budak-budak akan bayak main so kasut bertali leceh dan tak sesuai. Test dulu zap-on tu, ade yang jenis tak lekat sangat. Juga beli yang sederhana tak payah mahal sangat sebab kaki budak ni cepat membesar, spend cash untuk yang lain pulak.

2) Uniform - Beli siap je untuk pra-sekolah dan baru nak masuk darjah 1 tempah-tempah leceh dan sebenarnya beli lagi murah.

3) Stokin - Stenbai 2/3 pasang terus senang.

4) Beg sekolah - Haa benda ni tacky sikit sebab kalau beli kat mall biasanya mahal dari kat luar dan kualiti out. Dahla mahal, boring. Beli kat luar bleh tawar harga. Barbie ka, Ben 10, BoBoiBoi ape benda segala tu ada jual kat kedai luar.

5) Atlas map - Ni kasi wide sikit penglihatan untuk seisi rumah juga sebenarnya hihi.

6) Alat tulis (Wajib pra-sekolah, pensel 2B, pencil case, pemadam jenis faber castell sebab kualiti, pensel warna untuk umm guna 1 tahun jenis faber castell juga, drawing block, sharpener, gam kertas dan gunting). Lain pula kriteria alat tulis untuk darjah 4 dan ke atas ye..taknak cerita kat sini lah lain kali je.

7) Buku mengenal abjad ka, kisah dongeng ka, kisah nabi ka, any buku, just belikan 1 atau 2 untuk galakkan minat suka mentelaah dan belek buku.

Ok benda ni ambik masa dekat 2 jam atau lebih jugak so mak-mak kakak-kakak yang dah bosan tengok barang budak-budak lepas tu bolehlah cuci mata dan singgah ladies nite kejap kat barangan perempuan pulak. Quick catch up kata orang, sambil menyelam minum air.

investment kak, investment!




Terel jugak gua bab shopping-shopping ni. Kakaka







CUTT !!

No comments: