Kalau parut tu dah hilang, baru aku boleh lupakan. Dari riak wajah kau menyatakan kesal, sedih dengan apa yang telah berlaku. Penawar tu mungkin berkesan jika diberikan dari awal tapi kau lebih rela biarkan melarat demi mengiyakan adanya penyakit yang perlu diubati. Jangan salahkan aku juga, aku cuba mencari kau. Tapi kau tetap mahu mendengar dia yang kau baru kenali daripada mendengar penjelasan aku.
Hari ini kau datang menyatakan kesal, membawa riak wajah ceria untuk membiasakan suasana yang aku rasa sudah kekok untuk aku bertepuk-tampar dan menyapa bahu. Sungguh bukan ini yang aku mahukan, bukan begini yang aku harapkan. 15 tahun itu yang aku harapkan kau letak rasa percaya itu pada aku, kau singkirkan rasa was-was itu dari bercambah dalam perhubungan kita.
Memang aku kecewa. Aku sangat kecewa. Kalaulah waktu ini aku bercerita kepada kau nescaya aku tak tertahan untuk bercerita sambil teresak-esak lalu keputusan untuk meluahkan isi hati terpaksa aku pendam dan lupakan biar kita berbicara dalam hati dan menangis sendiri. Mungkin aku terlalu cinta, mungkin hati aku ini penuh dengan bunga-bunga sehinggakan malam-malamku asing, berada di bumi sendiri berasa runsing, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Kau tuduh aku bangsa tempatan yang selalu mudah terasa hati. Jika orang lain menangis kerana kekasih, mungkin kau patut samakan rasanya dengan perasaan aku yang bergundah-gulana kerana kau.
Kadang-kadang aku rasa bodoh sendiri.
*bosan dengan kawan, aku nak cari kekasih. Tarik, ajak kawen terus. Bai.
CUTT !!