Hari-hari kau jumpa dia, setiap masa kalau boleh dia nak call kau saje mengacau. Menjengkelkan ok, menyakitkan hati bila kau nak kena bukak pintu bilik sebab dia ketuk semata-mata nak tengok kau tengah buat apa, semata-mata nak duduk kat penjuru katil kau sambil merepek bukan-bukan. Mengacau kerja-kerja kau bila dia gatal-gatal nak guna lappy. Kadang-kadang bergaduh pasal mesen basuh, pernah tak bertegur sapa sampai seminggu walaupun dalam hati tu nak sangat menyakat masing-masing. Buat-buatlah kemas hall, bangun pagi masakkan dia lauk bawak bekal pergi kerja, dah tahu waktu dia balik pulak sengaja duduk kat ruang tamu, masing-masing cari jalan untuk bertegur-sapa. Mungkin ego?emo?entahlah. Bila dah berbaik tu rasa menyesal pulak membuang masa tak tegur lama-lama. Rasa sunyi. Sekarang rasa itu berlipat kali ganda. Tapi kau tak boleh nak menolak ketentuan, hidup ini mesti bergerak. Bukan mudah untuk kau rasa dia itu sangat istimewa.
sekadar gambar hiasan |
Cerita kehidupan; hai dan selamat tinggal. Kita tak tahu bila, cuma kita sepatutnya bersedia. Kalau ajal itu memanglah tak memberi salam. Sekurang-kurangnya kita hargai insan yang berada di sekeliling kita semasa mereka masih ada, semasa kesempatan itu masih tersisa. Usah malu mengucap dan menunjukkan sayang. Ibu bapa, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga. Jangan bila tiada, barulah timbul kekesalan. Andai itu terjadi jua, haraplah akan ada peluang untuk berjumpa kali ke-dua, di kehidupan ini, di kehidupan lain, cara lain atau versi yang lain. Tuhan itu maha adil, kita berdoa yang baik-baik sahaja untuk akhirnya.
Malam ini aku menunggu penghuni baru. Her name was kak muni. Ada anak 3 tapi memilih untuk tinggal di sini, denganku. Tanpa ditemani anak-anaknya.....siapa tahu?
This is life.
CUTT !!