Showing posts with label cerebralpalsy. Show all posts
Showing posts with label cerebralpalsy. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

idea people


Aku tak nak ingat masa semalam, tapi mereka selalu mengingatkan aku tentang semalam. Aku bukan salahkan mereka, tapi aku tak mampu tapis untuk menangkis rasa itu. Salah aku jugak ke? Yerp. Aku ambik semua salah itu. Kalaulah hujung dunia itu ada…

Ok stop.

Tak semua orang pandai menulis, tak semua orang mampu pergi sekolah dan belajar menulis. Tak nak cerita pasal akta ok. Pergi sekolah belajar menulis, membaca, melukis, kacau junior, tunjuk muka kerek kat senior, suka cikgu, tak suka, berdiri kat luar kelas, atas meja, ok itu semua yang lalu.

Apa yang sebenarnya kita belajar? (amboi, macam pihak kementerian)

No, no. Ada orang pandai menulis dan membaca sejak umur 2 tahun, ada orang pandai visualize benda yang dilihat dan menghafal sejak umur 2 tahun. Yang ke-2 itu aku. Aku pandai menulis dan membaca bermula pada umur aku 7 tahun. Ya lambat. Sampai sekarang pun aku selow sikit. Kepandaian, atau lebih sesuai lagi kita semua ni sebenarnya ada kelebihan masing-masing. Bukan maksudnya kalau pandai menulis tak pandai melukis dan vice versa.  Maksud aku adalah kecenderungan.

Ada orang semua benda yang dia nampak boleh jadi idea, ada orang kena berkurung dalam tempurung baru timbul idea. Jelas tak? Haaaa maknanya aku ni tengah serabut kepala otak ni…Lain yang aku tengah buat, lain yang aku fikir, lain yang aku taip. Nampak tak aku punya serabut sekarang ni?

Aku nak kena create 1 zen garden space la kat opis ni kasi meditasi sikit kadang tu.


Ah amende lagilah yang aku taip ni.








CUTT !!


Wednesday, January 18, 2012

brain injury


Hmm..mungkin agak susah nak terangkan sesuatu kepada seseorang itu jika dia dalam penafian atau dalam bahasa omputehnya ‘in denial’. Tapi aku memang nak kena share sesuatu  dengan dia dan sesiapa sahaja yang membaca ni. Sebelum aku mulakan sesi bual bicara dengan beliau, aku share sikit kat sini.

Firstly aku nak kasitau yang final projek yang aku pilih time study dulu adalah Cerebral Palsy. Lecturer aku suruh aku fikir banyak kali kalau nak buat projek ni sebab kata dia harapan untuk cemerlang adalah 50-50. Yelah, benda yang kita tak tahu, tak pernah hadapi dan yang paling berisiko sekali adalah sebab takde siapa experienced dalam tajuk ni jarang orang ambil kisah. Aku pun fikir banyak kali jugak, tetapi kes cerebral palsy sebenarnya common, buat yang aku dah tahu dan play safe maka ada harapan cemerlang atau cuba sesuatu yang tak pernah tahu untuk pengetahuan dan pengalaman dan bersedia terjun gaung. Bukan perkara main-main ni. Aku letak kaki kanan, kaki kiri aku dah ready untuk pujuk pasangannya. Aku gamble dan aku berserah je time tu. Maka bermulalah ekspedisi kembara aku mendekati dan megkaji segala tentang ‘cerebral palsy’ hingga ke akar umbi. InsyaAllah. Aku syak lecturer-lecturer aku pun study sama time tu. Kahkah padan muka.

Ok, apetu Cerebral Palsy? Sama dengan Down Syndrome? Tak sama? Bukan itu aku nak share, itu kau boleh google je dan wiki sementara masih berkesempatan menggunakan perkhidmatan tu.

Hmmm…Camnilah.


“No two children with cerebral palsy are alike” – Barron’s Keys To Parenting A Child WithCerebral Palsy


Jika ada antara ahli keluarga atau sahabat handai dan rakan terdekat yang mana ada anak-anak mereka diyakini Cerebral Palsy, tugas utama anda adalah (baca : slow talk) makes them terima realiti dan ketentuan Illahi, cadangkan atau kalau rajin listkan pusat-pusat terapi yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Cerebral Palsy bukan hukuman dari Tuhan atau suatu perilaku aneh dalam masyarakat maka jangan takut dan malu untuk menghadapinya. Ia adalah ujian dan kita patut bersyukur kerana ia akan membuatkan kita lebih menghargai hidup ini.


Gua memang failed bab-bab nak terangkan fakta. Mengarut gua pandaila. Mihmih.. Sori. Eh, lain kalilah!







CUTT !!