Wednesday, January 18, 2012

brain injury


Hmm..mungkin agak susah nak terangkan sesuatu kepada seseorang itu jika dia dalam penafian atau dalam bahasa omputehnya ‘in denial’. Tapi aku memang nak kena share sesuatu  dengan dia dan sesiapa sahaja yang membaca ni. Sebelum aku mulakan sesi bual bicara dengan beliau, aku share sikit kat sini.

Firstly aku nak kasitau yang final projek yang aku pilih time study dulu adalah Cerebral Palsy. Lecturer aku suruh aku fikir banyak kali kalau nak buat projek ni sebab kata dia harapan untuk cemerlang adalah 50-50. Yelah, benda yang kita tak tahu, tak pernah hadapi dan yang paling berisiko sekali adalah sebab takde siapa experienced dalam tajuk ni jarang orang ambil kisah. Aku pun fikir banyak kali jugak, tetapi kes cerebral palsy sebenarnya common, buat yang aku dah tahu dan play safe maka ada harapan cemerlang atau cuba sesuatu yang tak pernah tahu untuk pengetahuan dan pengalaman dan bersedia terjun gaung. Bukan perkara main-main ni. Aku letak kaki kanan, kaki kiri aku dah ready untuk pujuk pasangannya. Aku gamble dan aku berserah je time tu. Maka bermulalah ekspedisi kembara aku mendekati dan megkaji segala tentang ‘cerebral palsy’ hingga ke akar umbi. InsyaAllah. Aku syak lecturer-lecturer aku pun study sama time tu. Kahkah padan muka.

Ok, apetu Cerebral Palsy? Sama dengan Down Syndrome? Tak sama? Bukan itu aku nak share, itu kau boleh google je dan wiki sementara masih berkesempatan menggunakan perkhidmatan tu.

Hmmm…Camnilah.


“No two children with cerebral palsy are alike” – Barron’s Keys To Parenting A Child WithCerebral Palsy


Jika ada antara ahli keluarga atau sahabat handai dan rakan terdekat yang mana ada anak-anak mereka diyakini Cerebral Palsy, tugas utama anda adalah (baca : slow talk) makes them terima realiti dan ketentuan Illahi, cadangkan atau kalau rajin listkan pusat-pusat terapi yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Cerebral Palsy bukan hukuman dari Tuhan atau suatu perilaku aneh dalam masyarakat maka jangan takut dan malu untuk menghadapinya. Ia adalah ujian dan kita patut bersyukur kerana ia akan membuatkan kita lebih menghargai hidup ini.


Gua memang failed bab-bab nak terangkan fakta. Mengarut gua pandaila. Mihmih.. Sori. Eh, lain kalilah!







CUTT !!

No comments: