Showing posts with label consumerisme. Show all posts
Showing posts with label consumerisme. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

kuasa beli

Siapa kata pink untuk lelaki dan biru untuk perempuan hah? Siapa kata hah?
Tengokla beza barang-barang belian pilihan lelaki dan perempuan ni.

lelaki punya

perempuan punya

Tak tahu apa yang difikir lelaki. Sangat tak fun. Beli barang entah ape-ape entah. Bandingkan dengan pilihan perempuan sangaaaattt kawaiiiii okayyy!


Comeinye....okay sangat comellll >,<!





CUTT !!

Wednesday, April 10, 2013

It is spring time and I need sunblock!



Mmmm wangiiiiii
Terasa macam puteri raja betul bila mandi manda guna shower gel yang baru ni. Dia punya feel betul-betul macam gadis desa yang lepak dengan mak tiri dia dalam kotej. Bukak tingkap je haruman ros berlumba masuk. Lepas mandi tu kau spray pulak haruman Daisy ke udara..pehh. Kau dapat tak feel tu? Ah kau apa tau.

watsons' shower gel rm4.59 je untuk 1000ml yeahhh


Keluar pagi macam burung, sampai petang aku memang takde pikir ape dah. Semua aku langgar. Apatah lagi nak melayan karenah cerewet dan mendesak perempuan-perempuan yang tak reti erti sabar, aku jeling sipi je. Mintak maap, aku bukan pakwe kau. Sehinggalah petang itu aku singgah kaunter Watsons sebab nak cari sunblock.

Sunblock aku tak beli, dok belek barang-barang 40 minit, 20 minit interview sikit budak kaunter tu lalu aku telah sah menjadi ahli. Nasib baik dah dekat maghrib, kalau tak penat jugak budak tu melayan aku berbual. Hey, sesekali datang gila je aku bleh berbual meleret camni tahu?




Ah biarla hitam sikit barula Naomi Campbell..






Cilake jugak post ni kalau kengkawan aku baca.











CUTT !!

Saturday, December 29, 2012

pemurah vs pemarah


Kebanyakan ibu bapa tak suruh anak-anak gadis dorang cari pasangan yang kaya, just cari yang tak kedekut. Terhadap diri mereka sendiri, terhadap pasangan mereka. Generosity orang putih panggil. Ye ke? Ye kot.

UAI sendiri kabo kalau wanita tu macam budok-budok, suka main, ala cecomel gittew so terbuktilah mereka ni memang bernaluri suka berbelanja kot maka janganlah marah mereka. Mereka kandung kita 9 bulan, menyusukan dan membesarkan, bernaluri keibuan yang tidak ada pada para lelaki di luar sana.Bapak kerja cari duit, apalah salahnya belanje sikit ke isteri bila dapat gaji tu biarpun isteri juga bekerja..kita tak cerita pasal nafkah ni ye, nafkah lain kali je.

dia macam kad smaarrrt tag, boleh top-up 


Aje gile bila diberi kad ala debit begini. @.@! tiu.


Wanita matang seperti aku akan cakap,
"Beli barang dapur cukup ni. Skin care product next top up ye ihihi".
Ehem.






Ruginya terlambat jadi perempuan.




CUTT !!

Saturday, December 22, 2012

naik sekolah tinggi-tinggi


Sekolah dah nak naik, dalam lebih kurang 1 minggu lagi. Dah beli kelengkapan sekolah anak-anak? Anak saudara? Adik-adik? Sepupu sepapat? Eloknya beli selain dari peak hour la untuk mengelakkan kesesakan kat kaunter pembayaran. Suke beno bersesak shopping ramai-ramai tu buat ape, nak acu baju berasak, fitiing room penuh, promoter buat muka cuka, cashier mintak penampo..aihh macam-macam betul dugaan.



Checklist
1) Kasut - Untuk pra sekolah atau yang baru nak melangkah ke alam persekolahan tu seeloknya cari kasut yang lasak dan dari jenis zap-on. Elakkan kasut bertali sebab budak-budak akan bayak main so kasut bertali leceh dan tak sesuai. Test dulu zap-on tu, ade yang jenis tak lekat sangat. Juga beli yang sederhana tak payah mahal sangat sebab kaki budak ni cepat membesar, spend cash untuk yang lain pulak.

2) Uniform - Beli siap je untuk pra-sekolah dan baru nak masuk darjah 1 tempah-tempah leceh dan sebenarnya beli lagi murah.

3) Stokin - Stenbai 2/3 pasang terus senang.

4) Beg sekolah - Haa benda ni tacky sikit sebab kalau beli kat mall biasanya mahal dari kat luar dan kualiti out. Dahla mahal, boring. Beli kat luar bleh tawar harga. Barbie ka, Ben 10, BoBoiBoi ape benda segala tu ada jual kat kedai luar.

5) Atlas map - Ni kasi wide sikit penglihatan untuk seisi rumah juga sebenarnya hihi.

6) Alat tulis (Wajib pra-sekolah, pensel 2B, pencil case, pemadam jenis faber castell sebab kualiti, pensel warna untuk umm guna 1 tahun jenis faber castell juga, drawing block, sharpener, gam kertas dan gunting). Lain pula kriteria alat tulis untuk darjah 4 dan ke atas ye..taknak cerita kat sini lah lain kali je.

7) Buku mengenal abjad ka, kisah dongeng ka, kisah nabi ka, any buku, just belikan 1 atau 2 untuk galakkan minat suka mentelaah dan belek buku.

Ok benda ni ambik masa dekat 2 jam atau lebih jugak so mak-mak kakak-kakak yang dah bosan tengok barang budak-budak lepas tu bolehlah cuci mata dan singgah ladies nite kejap kat barangan perempuan pulak. Quick catch up kata orang, sambil menyelam minum air.

investment kak, investment!




Terel jugak gua bab shopping-shopping ni. Kakaka







CUTT !!

Wednesday, October 31, 2012

pro-duk produk product


Aku ni bukannya reti nak produk review segala tapi harini aku terpanggil untuk review jenis produk penjagaan muka iaitu moisturiser yang aku pernah gunakan. Moisturiser bermaksud pelembap, bukanlah kalau kulit muka yang berminyak khususnya kat dahi tu tak perlu pakai moisturiser kerana setiap jenis kulit muka pun aku rasa kene bubuh moisturiser untuk perlindungan harian dari sinar UVA/UVB yang boleh menjejaskan kulit muka. Certain orang pakai moisturiser sebab nak putih, nak samarkan noda/bintik hitam yang timbul akibat cuaca dan peningkatan usia, nak kurangkan kedutan dan lain-lain. Walau apa pun tujuan, pemakaian moisturiser ini wajib bagi wanita yang matang, macam aku. Hehe.

packaging yang cool!
1st moisturiser yang aku tepekkan ke muka iaitu pada umur aku 14 tahun adalah produk Hazeline Snow. Gila ol skool produk ni. Arwah nenek aku yang perkenalkan kat aku katanya bagus dan boleh menghilangkan cela seperti bekas jerawat. Aku pakai tak habis pun 1 botol kecik tu, sebab kulit aku sensitif dan timbul tompok-tompok macam kurap kat muka waktu tu. Bukan salah arwah nenek aku ye tapi mungkin produk tu tak sesuai dengan kulit sebab aku tengok arwah nenek punya muka tu mulus je. Lepas tu aku tak pakai dah sebab kat sekolah aku sibuk bersukan, mana ada masa nak menepek krim entah apa-apa ke wajah ini. Result, kueng dan rentung kulit muka aku waktu zaman sekolah!

Start umur 20 aku gatal untuk berjinak-jinak semula dalam arena penjagaan wajah. Sari Ayu White by Mustika Ratu 1 set dari pencuci muka, toner, pelembap, masker, scrub sponsored by Kak ipar Long yang baik hati dari Teluk Intan, Perak. Dia ni ada butik kat Teluk Intan dan kedai dia ada jual benda-benda jamu dan Mustika Ratu segala tu. Kau bayangkanlah rupa aku yang kureng telah menjadi cerah dan putih dalam masa 3 bulan. Produk tu jenis 10ml pun nak puluhan ringgit mana aku mampu. Kakak tu baik sangat dengan aku dulu, lama tak jumpa apa khabarlah dia sekarang.

Belum pun habis pakai botol-botol Sari Ayu tu aku dah bercadang mencari produk lain, yang lebih fresh untuk usia remaja aku kataku. Lagipun produk tu menjadikan rupa aku putih yang pelik. Putih je macam hantu. Aku nak pegi main hoki petang-petang pun rasa takut nak duduk bawah matahari sebab risau jadi hitam. Jadi aku rasa benda ni merimaskan dan membataskan aktiviti petang-petang aku di kampus kerana perlu ambik masa 1/2 jam untuk bersiap dan last-last sembunyi bawah pokok. Baik aku tak payah pakai dan serahkan nasib pada matahari. Oleh kerana usia yang mentah maka aku telah terpengaruh dengan iklan dan terus membeli sebotol moisturiser berjenama ZA sejurus duit PT masuk ke akaun. Kehkehkeh. Aku tak suka leceh-leceh sebenarnya. Nak layan 3 step wajah tu memang tak laa. aku cari yang compact dan senang kerja. Waktu jadi student mana ada masa nak belek cermin? Tapi toilettries aku full set dan yang wajib ada adalah Johnson's Baby body lotion. Aku kan baby :D 

teman setia =D
Gila produk ZA ni bagus dol, dia punya iklan tu berkesan yang menunjukkan hasil - dewy translucent skin, flawless, moisturised dan aku setia menggunakannya sehingga titisan yang terakhir.

Ok aku dah start boring nak teruskan ni. Entah apahal aku merepek pasal moisturiser ni.

Oleh kerana muka aku dah dimanjakan dengan moisturiser maka setelah habis sebotol ZA tu aku dah meragau dan mulalah melilau mata tu bila singgah kaunter kecantikan dan serata farmasi lalu sekali lagi aku terpesona pada iklan dan tanpa membuang masa terus sahaja aku mendapatkan Loreal Hydrafresh dan pulang ke rumah dengan perasaan riang ria. Aku happy sangat, packaging cantik, botol menawan, bau mewah, texture rich tu boleh rasa bila ditepekkan ke muka. Tapi bila lama-lama pakai tu dia macam jadi kebas, jadi lali, kurang tindak balas ke atas muka aku lalu aku kembali semula ke kaunter ZA!yay! Uik, produk sama, botol tube yang handy tu tapi jenis kaca dia clear berbanding sebelum ini yang frosty sikit. aku tak kira, aku beli dan ternyata hasilnya amat memuaskan seperti yang terdahulu. Lepas tu aku boring aku guna Shiseido pureness, Simple, Clinique, Garnier, Olay total effect...haa itu jelah. Belum pernah lagi guna produk mahal gaban seperti La Mer dan Mary Kay walaupun ramai yang menyatakan kehebatan produk tersebut. Ukur baju di badan sendiri, belum mampu lagi ni dan yang terbaru jeng jeng jeng...


Loreal Revitalift - Pagi semalam dah licin coletan terakhir. Sobs.
Olay Regenerist - Baru nak try. Terpengaruh iklan jugak! agagaga

Itulah sahaja buat kali ni. Ala penatla nak taip panjang sangat. Aku nak kasitau sebenarnya semalam aku masuk watson dan aku tak suka pegi watson atau guardian atau seumpama dengannya kerana ianya sama macam masuk kedai buku, makan jam. Lain kalilah aku share ye, bila habis pakai produk baru ni tengoklah kalau aku rajin share effect nya.






Ada 1 masa tu aku rasa aku ni macam girlish habis, gedik, kejap macam lelaki macho, kejap pejuang keamanan, kejap macam orang tua, kejap macam budak-budak...macam setan.







CUTT !!