Thursday, May 10, 2012

Aku tak dapat idea kenapa mereka ni bersungguh mekap dan tempah baju setting rambut bagai over somebody else’s weddings?



Benda ni aku taknak ulas pon, pendek je sebenarnya. Macam glimpse of pertanyaan yang tetiba terpacul kat kepala otak. Tapi kalau aku update kat any social networks confirm dapat maklum balas yang pelbagai yang kebanyakannya aku sendiri tak dapat nak terima. So aku rasa jalan yang terbaik adalah tanya diri sendiri kat sini, atau tanya kat sesiapa (beberapa kerat) yang baca ni. Aku bukan nak jawapan kepada kenapa, aku cuma takde kesedaran minda dalam hal-hal sebegini, or aku tak dapat tangkap mereka ni ada kesedaran minda yang jenis bagaimana sebenarnya?

Perlu diingatkan wahai wanita-wanita sejati di luar sana, tindakan anda itu betul. Apa yang korang buat tu betul, normal wanita perempuan, normal kehendak wanita. Kau tahu tak wanita, aku sedang berusaha keras juga sebenarnya untuk ada naluri begitu. Kadang-kadang aku rasa plastik sendiri.

Perempuan tak boleh ‘asal boleh’, tak boleh simple sangat, atau..ah kau rasa senang ke jadi aku ni? Aku tak ada nafsu dalam berbelanja melebihi keperluan macam korang. Aku tak reti nak bernafsu shopping bukan-bukan macam korang. Bila pikir balik rupa-rupanya mungkin juga pasal aku ni bukan dari latar belakang orang senang. Duit aku petik jari tak pernah datang tetiba makanya aku ini jadilah ‘asal boleh’ je. Cukup makan, pakai, t-shirt kegemaran, kasut kegemaran dan jam tangan impian, aku dah puas hati. Kejap eh, aku tengah kaji diri sendiri lagi ni..

Eh, ok lah. Itu jelah. Reveal banyak-banyak nanti makin bukan-bukan pula.

Kos pergi ke jemputan kenduri kahwin head-to-toe :

Setting rambut – RM 15
Baju kurung moden tempah – RM 35
Hadiah / salam kaut – < RM 30
Total - RM 80

:D



:( Mampos ah gini gua kalau ade kenduri kawen setiap minggu.



p/s – eloknya kalao pergi kenduri kahwin tu pakailah pakaian tradisional, jangan pulak pakai baju kau pegi jasko atau ngeteh kat restoran Ali kari kepala kambing. Juga elakkan pakai baju warna putih, putih sinonim untuk pengantin je. Kasi can la kat dorang..eh kau ni aku lempang kang tak jadi apa jugak.









CUTT !!