Wednesday, January 26, 2011

hati tisu

Kalau nama kawan tu aku dah tak berapa nak pastila maksud dia apa. Tapi aku memang tak ramai 'kawan' perempuan. Sejak zaman sekolah dulu 1 orang je yang aku kira kawan mungkin sebab dia je yang faham naik turun angin aku, lawak-lawak bodoh aku, kebangangan aku, sisi baik dan sisi sipi baik aku. Walaupun aku bukan jenis yang suka bercerita hal peribadi, dari dulu dia tak pernah nak bertanya. Tak taulah kalau memang dia buat-buat tak nak tanya atau buat-buat tak tau, yang penting kami respect sesama sendiri dan buat benda-benda yang hepi bersama. Dengan dia, semua jadi. Kalau aku kata “jom pegi thailand” “jom” terus jadilah. Friendship kitorang senang, kau on, aku on, jom berjimba. Nak? Tak nak? Nak jumpa? Buzy dan tak sempat? Semalam tak balas sms? Ok..takde masalah, takde bawak pergi rumah jiran, takde bawak sampai hujung minggu depan. Aku rasa tu pasallah kitorang boleh ngam sampai sekarang.


Mungkin sebab hangin aku ni yang orang tak boleh terima. Maaflah, membesar di jalanan jadi kadang-kadang tak tune dengan kawan perempuan yang lain. Ini yang aku cuba perbaiki juga kerana aku pun nak juga ada kawan perempuan. Kawan perempuan ni cepat terasa. Bukan boleh berbual kasar sangat, mau kena block wall facepook. Hahaha. Sungguh aku tak faham kadang-kadang dan atas sebab dasar aku suka ambil mudah dan tak suka pening-peningkan kepala sendiri jugalah aku rasa depa tak nak kawan dengan aku. Nak ajak melancong, aku suka camp-fire, mereka nak tido chalet dan begitulah seterusnya. Aku memang nak kena belajar banyak tentang ni. Alah, cakap banyak-banyak aku ni pun hati tisu juga kadang-kadang.


Oh ya, aku ada 1 orang lagi kawan yang cool. Waktu susah dan senang dia ada, life dia dan life aku berbeza. Tapi still pegang pada respect tu. Kalau balik kampung kitorang mesti jumpa bertukar cerita. Dia kasar juga macam aku...dan hati tisu juga macam aku. Haha. Tapi gf dia perrghhhhh!





Sekarang ni aku nak tanya dekat siapa kenapa ada sorang kawan aku yang konon gengster macam aku ni block wall facepook dia dari penglihatan aku? Kata kenal lama, cakap dah kenal gua.. Macam kemak. Kahkahkah.



Orang tua-tua cakap “tu suka-suka sangat nak nangislah tu” - ha menjawab kau.




Aku kena banyak belajar T.T









CUTT !!