Tuesday, July 12, 2011

hatiku dicuri lagi

Aku macam tak percaya dan tak sangka dalam pada kita masing-masing yang dah besar panjang ni, dah tahu berfikir, dah berkelas professional dalam kerjaya masing-masing mahupun dah disogok dengan cerita-cerita benar dan palsu, masih ada yang tak tahu membuat penilaian. Sadis. Ini bukan cerita pasal Abira, ini cerita pasal sedih dan kesal dengan kita yang konon tak mudah ditipu daya tapi termakan dek berita-berita aneh-palsu-terlindung oleh pihak-pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Jangan cerita pasal kepartian, jangan cerita pasal kedaulatan, jangan cerita pasal rukun negara. Aku cakap pasal penilaian yang dimomok demi kepentingan pelbagai (?) pihak.

Hati-hati dengan televisi, benda yang 3 warna 4 warna ni memang naif dalam mengaplikasikan maksud yang sebenar. Ape jenis media pun, yang menilai itu sepatutnya diri sendiri, hati sendiri. Setiap orang ada peranan masing-masing, kerja masing-masing, kalau rasa tak serasi buat apa bertahan menipu diri? Cerita pasal tanggung jawab dan amanah. Biar lembap bersebab, jangan bebal bersuap.



bubur kat jalan sultanah tu lama tak makan la :'(






CUTT !!


3 comments:

kailan said...

yay! omi nak kawen!

FVN said...

hati dicuri siapa? ;)

pelakon popular said...

thehehehe~ amboi...