Mak Ani kulihat
menadah tangan, sama tinggi dengan kepalanya. Aku hanya memerhati dari tempat
perbaringanku. Ku kerling jam di dinding bertentangan.
“Ah, sudah masuk waktu Isyak”
hatiku berbicara sendiri.
Entah apa yang
dikumat-kamitkan oleh Mak Ani yang sesekali terdengar
“Hanya engkaulah…Yang Maha Pemurah…”
Dalam kekusutan
fikiran, dalam perhitungan, dalam teka teki, mahu juga aku menadah tangan
bersungguh-sungguh begitu dan meminta dengan Tuhanku agar dileraikan semua
pertanyaan. Ada
juga sesekali di waktu malam sepi aku meratap sendiri, meminta dan mengadu. Sebenarnya,
dalam hilai tawa..aku sayu sendiri. Belum juga bertemu jawapan. Mengapakah wajah itu yang selalu kurindui?
“Demi rahsiamu,
aku berusaha dan bersabar. Aku hina lagi lemah. Temukan dia dalam pencarianku
ke jalanMu”.
- Hmm..aku rasa
macam plot drama-drama tivitige. Ok, serius sangat ke ni? Bye.
CUTT !!
No comments:
Post a Comment