Kekadang kan, aku ni ada banyak
persoalan yang timbul. Bukan aku mintak tau, dia timbul sendiri. Pop. Persoalan
yang aku rasa macam tak payah persoalkan pun kadang-kadang. Aku punya jenis
orang ni memang tak reti sangat nak terangkan macam mana, apa yang ada dalam
kepala ni, so ni aku taiplah ikut sedap je ok. Layanlah selagi engkorang boleh
layan. Aku pun kadang-kadang kalau tak terlayan, aku bilas dengan tidur sahaja.
Entah persoalan apa pulak yang muncul bangun tidur nanti.
Persoalan tu
kadang-kadang berbentuk tanda soal, berkaitan hukum alam, kenapa, apa,
bagaimana dan selanjutnya. Tindakan aku, kalau boleh google aku google lah,
kalau boleh pakai mesen kira, aku daillah tapi kalau memerlukan 2 hala, aku
mati kat situ. Belum ada lagi yang boleh aku ajak berbual. Mungkin juga topik
perbualan aku tu tak intelektual jadi diorang malas ambik serius. Bila aku
discuss persoalan kadang kala pucuk cerita pun tak faham. Ada tindak balas tak memerlukan kau cakap
apa-apa, cuma nak suruh kau angguk aje.
Mana regu aku?
Bukan mengiya, tak semestinya menidak, portable wikipedia juga bukan tetapi…ahh
ada bendala aku nak bebual ni tapi bila aku cerita lain engkorang suka cerita
lain. Paham tak aku ni nak bebual apa hah?!
Cakap-cakap kosong
pun boleh mendatangkan marah kadang-kadang tu. Amende entah.
CUTT !!
No comments:
Post a Comment