Thursday, August 9, 2012

teman

Peony in Love

 













Shanghai Baby



















Ini jenis fiksyen oriental yang aku baca. Kalau orang tahu, mesti tak percaya tetapi fiksyen beginilah yang menghiasi rak buku aku. Lazimnya orang malaysia sangat sinikal pada produk timur; dari set penjagaan badan, barangan pakaian berjenama, gaya hidup, hatta bahan bacaan juga berpaksikan barat yang diagungkan. Rak buku kanak-kanak mana yang tidak ada dongengan Harry Potter? Disney's? Telah diset sedari kecil, dari negara 'orang kulit putih' semuanya hebat; walhal ada sesetengah tempat di negara mereka dari segi peluang pekerjaan dan taraf hidup jauh lebih mundur dari negara kita, Malaysia. Ya, akuilah kita adalah tinggalan yang masih dijajah pemikirannya.

Produk malaysia bagaimana pula? Lagu raya balik kampung 1Malaysia sudah diputarkan di corong radio, buku 1Malaysia? Hmm. Mungkin aku agak orthodoks dalam hal ini, tapi aku prefer buku-buku keluaran DBP kerana selain dapat memperbaiki bahasa dan perbendaharaan kata, kita juga dapat belajar tentang budaya sendiri.

Tidak juga aku menolak bacaan ringan lain dan semestinya kita perlu mendahulukan hasil tempatan. Jika ianya bagus dan seiring dengan masa, mengapa tidak?

Buku adalah budaya, bahasa jiwa bangsa.









CUTT !!

No comments: