Day 1
Melawat tapak
pejabat baru. Aku takut sebenarnya. Waktu menumpang pejabat teman sudah sampai.
Aku mesti berjalan sendiri. Terima kasih untuk perkhidmatan utilities dan jasa
baik, oh juga kopi setiap pagi.
Lokasi bagus,
tengah bandar maksudnya tak susah untuk dijejak dan senang mencari makan yang
dekat dan mencari barang keperluan. Sebenarnya kali ini tumpang lagi, tapi
berkongsi ruang (kongsi maksudnya, bayar). Kali ini juga penggunaan api+air+ip+blablabla
sendiri. Takut tak ter-manage, takut tak terbayar.
Ikut hati buat
dari rumah, makan, telefon, api+air semua percuma. Bad thinking sends you to
bad results lah. Rumah aku ramai, perah otak nanti boleh jadi bersilat. So aku
batalkan. Rumah untuk menonton bola bersama keluarga dan makan dan hari raya.
Bila sendiri, kena
lebih disiplin. Bangun macam biasa, masuk opis macam biasa. Eh, boleh ke?
Opis baru kena
pakai kipas dulu. Biar rasa panas sikit baru rajin. Kelak akan dengar,
“Lampu
tak guna tutup woi”. Hmm..
Bismillah…
CUTT !!
No comments:
Post a Comment