Sunday, February 26, 2012

Bila kau difitnah dan dinafikan oleh orang-orang di sekeliling kau, senyap je.



Itu adalah tindakan yang paling baik aku rasa. Jika kau bersuara sekalipun, tak mungkin akan dapat nak menjernihkan keadaan. Mahkamah sesyen mahupun syariah tak dapat membantu. Ini benda paling bahaya dalam dunia. Lagi bahaya dari mata pedang setiawan. Siapa yang ada di belakang kau, itu yang kau jaga. Yang lain itu cuma angin lalu. Anggap je bagai angin lalu yang membawa debu-debu bersama. Bila cuaca kembali cerah, ia akan hilang. Balasan Tuhan itu ada, tetap ada. Doa orang-orang teraniaya akan makbul, percayalah. Yang hak itu akan tetap muncul biar lambat, biar makan tahun. Mereka-mereka yang cuba mengambil kesempatan itu akan dapat jugak bahagian masing-masing nanti. Aku doakan kalian bahagia, sebarkanlah benih-benih kebencian itu jika itu sahaja pilihan yang kalian ada, berjenakalah sesama-sendiri.





I’m with this old feeling. I’m still me.








CUTT !!

Tuesday, February 21, 2012

the dude


Kau tahu, aku ada 5 lagu yang belum put on records dan 3 lagu baru yang aku compose sendiri. Kau tahu, aku nak beli drumset dan letak kat rumah untuk memekak bersama orang-orang di dalam rumahku but it might ganggu jiran berhampiran dan aku sepatutnya lebih memikirkan untuk mendapatkan sepucuk gitar yang lebih power. Ya, pemain gitar perlu gitar yang bagus biarpun permainan tak berapa bagus, kepoweran gitar itu boleh add value kepada jenis bunyi dan kepada semangat main seseorang.

Kau tahu, semalam aku mengelamun sendiri memikirkan das-das percakapan yang lahir daripada my colleague tentang kehidupan ini. Ada 2 jenis life katanya, satu yang tak tahu apa itu erti hu-ha dan menikmati hidup muda dengan kawan-kawan tetapi berusaha keras untuk berjaya (berjaya tang mana tak pula dinyatakan tapi aku pasti segalanya tentang duit) dan akan menikmanti kesenangan dan hu-ha di waktu tuanya. Life yang ke dua itu katanya merujuk kepada kami, di mana enjoi tak ingat tanpa kira usia (aku pun tak paham ape yang dia paham pasal life aku) dan akan stop di mana sekarang, dua atau tiga tahun lagi dan berusaha keras untuk sustain life sampai tua insyaAllah dan melupakan kawan-kawan, hu ha dan segalanya yang telah kita kecapi sejak dari young age, sejak zaman rebel-rebel, sejak zaman tau beli rokok sendiri, etc..etc..

“Untuk capai sesuatu perlu ada pengorbanan”

Omg katanya kami berada di life yang ke-2 tu. Apa aku perlu membanting tulang sampai usiaku tua? Cari apa? Harta? Duit? Tak ada hutang pun aku dah bersyukur, bebas hutang adalah kebebasan mutlak sebelum aku melangkah ke cabang lain. But, last-last sama jugak. Duit. Kau tahu,  mungkin aku dah malas nak folo mereka mengail start bulan depan, maybe aku dah taknak pegang instruments start esok, Tak mustahil aku tak lepak minum berbual tentang dunia dan penipuan lagi, berporak peranda tentang idea-idea yang cuma teori, angan-angan menakluk pentas dan berpesta sampai pagi, bermimpi bertemu dengan pujaan hati.. Kau rasa semua itu apa? Kau tahu itu semua apa?

Kau tahu, kadang-kadang aku harap kuda putih itu memang wujud, mungkin bukan menyelamatkan tetapi cukup untuk buat aku percaya yang ‘there must be a way’.


“Whattcu gonna do punk? Lifes a mess, u wanna ride with a white horse?”


Kau tahu, aku sepatutnya keluar dari semua ini. Aku hampir tak tahu apa.





“Untuk capai sesuatu perlu ada pengorbanan” – the dude










Kejamkah aku?





CUTT !!



Sunday, February 12, 2012

gua memang hati kering, kau puas hati?


Kata orang, perempuan kalau gossip dengan bff dia suka cerita pasal bff dia yang lagi 1 siap kutuk-kutuk padahal cemburu. Bila pegi dekat bff dia yang lagi 1 kutuk yang ni pulak, bila hang-out sesama memasing pura-pura ok..bff-lah katakan…
            Bagi gua, kalau (konon bff) gua tu bercerita pasal gua, buruk atau tidak iaitu sengaja mengumpat, sumpah jangan harap gua nak berbaik-baik dengan dia lagi macam first time jumpa gua or kenal gua dalam erti kata lain sewaktu gua ‘trust’ dia as a friend. Sama ada tindakan gua atau tindak tanduk gua yang annoying atau ignore dia tu sebagai amaran terakhir atau memang itu kali terakhir dia kenal gua as a friend. Memang gua berlagak, gua pedulik apa. Sebab bagi gua, kata-kata itu lebih tajam dari papercut. Nasibla...Perempuanla biasanya yang dapat nasib gini. Ambik kau.
            Okey, ada time gua memang emo tapi gua tak suka nak tayang depan kawan-kawan apatah lagi nak mengamuk tak tentu pasal dengan kawan-kawan gua pasal ‘boyfriend’? Fuck. Itu masalah personal kot dan gua memang tak nak masuk campur apatah lagi nak ambik tau. Kau gadoh, kau ada problem, kau sembur kat kawan-kawan? WTH.
            Ambikla hati aku, puji, bodek, kasi hadiah, semua gua takkan layan. Katalah gua macam-macam. Thanx sebab pernah jadi bff gua. Eh, bff bunyinya macam celaka…gua sebenarnya anti perempuan, yang perangai lebih kurang lu, mulut lebih kurang lu. Lu nak anti polis ke, anti rasuah ke, anti politicians ke, anti dadah ke, anti mat gian mat rempit ke, gua anti perempuan. Pegi jahanam semua.






p/s : Entri teenage-angst. Ko hado? -____-












CUTT !!

Tuesday, January 31, 2012

terpasak di retina

 
Mak Ani kulihat menadah tangan, sama tinggi dengan kepalanya. Aku hanya memerhati dari tempat perbaringanku. Ku kerling jam di dinding bertentangan.

 “Ah, sudah masuk waktu Isyak” hatiku berbicara sendiri.

Entah apa yang dikumat-kamitkan oleh Mak Ani yang sesekali terdengar

“Hanya engkaulah…Yang Maha Pemurah…”

Dalam kekusutan fikiran, dalam perhitungan, dalam teka teki, mahu juga aku menadah tangan bersungguh-sungguh begitu dan meminta dengan Tuhanku agar dileraikan semua pertanyaan. Ada juga sesekali di waktu malam sepi aku meratap sendiri, meminta dan mengadu. Sebenarnya, dalam hilai tawa..aku sayu sendiri. Belum juga bertemu jawapan. Mengapakah wajah itu yang selalu kurindui?

“Demi rahsiamu, aku berusaha dan bersabar. Aku hina lagi lemah. Temukan dia dalam pencarianku ke jalanMu”.






- Hmm..aku rasa macam plot drama-drama tivitige. Ok, serius sangat ke ni? Bye.









CUTT !!

Wednesday, January 18, 2012

brain injury


Hmm..mungkin agak susah nak terangkan sesuatu kepada seseorang itu jika dia dalam penafian atau dalam bahasa omputehnya ‘in denial’. Tapi aku memang nak kena share sesuatu  dengan dia dan sesiapa sahaja yang membaca ni. Sebelum aku mulakan sesi bual bicara dengan beliau, aku share sikit kat sini.

Firstly aku nak kasitau yang final projek yang aku pilih time study dulu adalah Cerebral Palsy. Lecturer aku suruh aku fikir banyak kali kalau nak buat projek ni sebab kata dia harapan untuk cemerlang adalah 50-50. Yelah, benda yang kita tak tahu, tak pernah hadapi dan yang paling berisiko sekali adalah sebab takde siapa experienced dalam tajuk ni jarang orang ambil kisah. Aku pun fikir banyak kali jugak, tetapi kes cerebral palsy sebenarnya common, buat yang aku dah tahu dan play safe maka ada harapan cemerlang atau cuba sesuatu yang tak pernah tahu untuk pengetahuan dan pengalaman dan bersedia terjun gaung. Bukan perkara main-main ni. Aku letak kaki kanan, kaki kiri aku dah ready untuk pujuk pasangannya. Aku gamble dan aku berserah je time tu. Maka bermulalah ekspedisi kembara aku mendekati dan megkaji segala tentang ‘cerebral palsy’ hingga ke akar umbi. InsyaAllah. Aku syak lecturer-lecturer aku pun study sama time tu. Kahkah padan muka.

Ok, apetu Cerebral Palsy? Sama dengan Down Syndrome? Tak sama? Bukan itu aku nak share, itu kau boleh google je dan wiki sementara masih berkesempatan menggunakan perkhidmatan tu.

Hmmm…Camnilah.


“No two children with cerebral palsy are alike” – Barron’s Keys To Parenting A Child WithCerebral Palsy


Jika ada antara ahli keluarga atau sahabat handai dan rakan terdekat yang mana ada anak-anak mereka diyakini Cerebral Palsy, tugas utama anda adalah (baca : slow talk) makes them terima realiti dan ketentuan Illahi, cadangkan atau kalau rajin listkan pusat-pusat terapi yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Cerebral Palsy bukan hukuman dari Tuhan atau suatu perilaku aneh dalam masyarakat maka jangan takut dan malu untuk menghadapinya. Ia adalah ujian dan kita patut bersyukur kerana ia akan membuatkan kita lebih menghargai hidup ini.


Gua memang failed bab-bab nak terangkan fakta. Mengarut gua pandaila. Mihmih.. Sori. Eh, lain kalilah!







CUTT !!

Tuesday, January 17, 2012

miscommunication



Aku buka mata, kosong
Berada di suatu dimensi apung?
Ruang yang tiada pangkal tiada hujung
Menjerit lepas tiada pantulan
Berlari sendiri tanpa tujuan
Lelah
Letih
Pedih
Jumpakan aku walau satu titik
Di sini aku seorang.










*this kind of communication tools is not working, honey. 










CUTT !!



Thursday, January 5, 2012

van gogh


Ada..waktu tu, lebih kurang 15 atau 16 tahun lepas. Aku memang ada satu perangai suka tengok painting, especially gambar pemandangan. Bila aku tengok gambar tu aku akan bayangkan yang aku ada sekali dalam painting tu. Suka tengok painting hasil cat minyak..aku akan sentuh texture painting tu dan tiba-tiba aku dah ada dalam situasi gambar tu.

Setiap cuti akhir tahun aku suka menghabiskan masa kat rumah makcik aku. Dia selalu shopping barang dapur kat super market dan seingat aku dia takkan pernah lupa untuk beli roti gardenia dan singgah kedai buku. Hari-hari biasa dia bekerja dan aku akan habiskan masa kat rumah dengan membaca dan masak mi segera perisa ayam, perencah separuh :( …ok separuh…dan potongan cili padi. Memang boring nak tunggu weekends dia cuti.

Kat rumah dia banyak painting cat minyak. Bila aku dah boring tak tau nak buat apa time tu la aku tengok painting tu. Ada kincir air..sungai yang mengalir..Ada satu painting tu ada bunga-bunga warna-warni, ada  sebuah rumah kecil. Aku dah berada kat dalam tu..dengan gaun paras lutut berwarna biru laut aku berlari mengejar kupu-kupu yang terbang, mendengar deras air sungai, menikmati keharuman bunga-bungaan yang segar..oh ya, bukan keseorangan tetapi ada pakwe sekali dan yang aku ingat waktu tu aku suka kat sorang budak cina yang bekerja kat pasar ikan dekat dengan rumah aku. Aku selalu angaukan dia sampai masuk illusi dalam painting sekali. Waktu tu...memang banyak berangan. Hehehe.

Kat rumah aku dulu ada satu lukisan cat minyak yang dibuat hiasan dalam bilik mengajar mak uda aku. Gambar perempuan tua menggendong bakul. Lukisan-lukisan manusia macam tu aku tak boleh tenung lama-lama..boleh bawak mengigau.

Bila aku tengok lukisan pemandangan macam kat rumah makcik aku tu aku rasa aman je. Tak taula aman pasal dapat jumpa pakwe dalam illusi ataupun aman tengok lukisan yang damai tu. Yang penting aku suka masukkan diri sekali dalam situasi gambar yang aku tengok, siri kartun yang aku tonton dan rumah-rumah sepanjang perjalanan yang aku lalui.  Nak balik ke realiti tu yang susah, sebab mimpi dan angan selalunya lebih indah.







*aku nak duduk kat hutan sebenarnya. Takde pilihan, tak sempat nak berangan.












CUTT !!

Sunday, January 1, 2012

Sempena tahun baru ni aku cuba untuk ada azam baru. Biarlah tak realistik pon, aku rasa aku kena ada 'driving force' untuk menjadikan aku lebih bersemangat untuk melaksanakannya. Ok katalah tahun baru sebagai alasan, pun boleh. Berikut adalah senarai azam tahun baru aku untuk 2012 ni.

1- belajar senyum banyak-banyak
2- kasi tunjuk je middle finger kat sesiapa yang patut dapat






Itu je kot?
Ta-ta! ^^.v






CUTT !!

Tuesday, December 20, 2011

boringgg

Dikau. pergi tanpa pesan, tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kukirimkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu di sisiNya..



........

Aku tak pasti rasa ini datang dari mana. Jelas sekali rasa ini tidak berkaitan dengan bait-bait lagu di atas. Tapi aku berasa sangat kecewa. Perasaan itu sama dengan maksud perasaan lirik makna seperti di atas. Mudah sekali kita menyakiti perasaan sesama kita. Mudah sekali kita meruntuh tembok yang kita telah bina.
Manjakan sangat jiwa tu.
Boleh kasi tips supaya jadi seperti kau?





Boringla.
Jadi perempuan kena kuat.
Jadi lelaki sensitifla sikit.

 




*betul dol..gua rasa sayu gile. Kalau ada orang tanya kenapa nangis depan komputer ni gua balas je cakap sakit mata. Fuck ahh!








CUTT !!

Monday, December 5, 2011

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Mr.J & Mrs.E


Betul, ada benda memang tak payah pakai percakapan. Aku memang tak suka nak bercakap pun, wth itu aku punya sukalah. Tak faham aku dengan manusia yang dok paksa orang lain untuk bercakap sedangkan itu bukan keinginannya. Apa cara atau acara pun, asalkan aku bahagia. Kau, tak payah cuba untuk memperbetulkan aku dengan mindset kau yang terarah kepada 'tuntutan zaman ini'. U don't tell me how to lead a life. I tell u to better back the fuck off.




Eh, ter-marah pulak. Hehe. Ciow~




CUTT !!

Friday, December 2, 2011

kapal terbang kertas

Lipat-lipat
Tiup-tiup
Baling.

Meluncur ikut angin.

K E R I N D U A N
Semua kata yang tak sampai
Semua maksud yang dituli
Semua hajat yang dinafi

Diri sendiri

Perempuan itu memang pemalu.










*perempuan yang ego wujud pada zaman banglore sahaja. sekian.









CUTT !!

Friday, November 25, 2011

macam kartun


Mulanya aku nak list down senarai jenis label yang orang lain cop ke atas aku.

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-
.
.
.


Last-last aku fikir untuk apa aku buat list tu sebab aku tak perlukan penilaian dari siapa-siapa dan aku tak perlu untuk membuktikan apa-apa pada siapa-siapa.






Bencilah. Ai tak suka serius sangat camni ler...TATA!



 

CUTT !!

Thursday, November 17, 2011

youre such an adorable



I don't know what i'm thinking. But maybe i'm thinking of cute things lately. Cute things makes me wanna smile. You, makes me wanna smile :)
Oh k..i got this pair of teensie-weensie pumps for 18 bucks. I smile the whole day.





.
.
.
.
I just got to get up and smile. That's all i have anyway.






CUTT !!

Sunday, November 13, 2011

14th November, happy birthday kebi

"Biarlah dia mampos ke, nak ape ke..aku panggil polis nanti"
Mak mengeluh di balik gagang yang sana. Suara mak jelas kecewa.

"Tak baik mak, cakap tu suatu doa, doa ibu makbul. Doakan je yang baik-baik untuk dia"

"Aku geram. Kau boleh ke balik-balik je harokkan aku macam tu?" mak menambah.

"Dia tengah bingung tu, biarkan dia dulu".


Di suatu sudut bilik aku berteleku. Siapa lagi penting. Biar pahit untuk ditelan, aku menyusun bantal, berdoa dan rebah bersama malam.







"Cinta yang kukikis lagi sakit dari curahan air laut ke jasad nanahku"





CUTT !!

Friday, October 14, 2011

kau tak faham yang aku tulis? aku tiada kamus, kau translate sendiri

Bagus juga. Cuba berfikir sepositif mungkin. Lebih baik rasanya. Pembukaan kepada yang lebih nyata, lebih jelas. Mana nak disamakan dengan dunia yang dicipta di alam fantasi. Mungkin titik permulaan, terlalu berdrama dengan papan kekunci, pena dan kertas sehingga sekarang menembusi realiti. Maka aku dapat bezakan yang hak dan kuasa Mu. Selalu jatuh dan bangun di tempat yang sama, metutup ruang untuk aku mendarat di landasan yang berbeza. Mungkin ini yang dikatakan rumput yang lebih hijau? Cerah dan segar walau langit tetap kehitaman.

“Kita tidak berupaya tetapi kita harus mencuba” - kosmikurious




Drama ke ni?




CUTT !!

madu opah dia

Madu memang manis; lelaki atau perempuan pun setuju bahawa madu yang dihasilkan koloni lebah itu manis dan pelbagai khasiatnya. Cerita madu yang lagi satu tu..ehem. Tak semua lelaki atau perempuan setuju ia manis bagai dikata. Tidak menolak poligami, tidak diskriminasi dan tamak terhadap harta dunia, percaya kehidupan ini adalah perkongsian demi menuju kepada tujuan penghidupan itu sendiri. Tujuan, jenis keadilan, kesanggupan mampu yang sebenar, cerita rumah tangga dengan ikatan sah, baru ada cerita madu, bukan alam bercinta, bukan alam bilik tidur kau untuk kau.

Dunia mungkin melalaikan, kadang kala terlupa tujuan, terlupa pengorbanan, 13 tahun bukan tukang jamin, janji oleh si lidah tak bertulang. Setia mungkin dapat membezakan;  kawan, jenis inspirasi, kekasih sejati. Tapi sayang jika bertepuk di udara.

Mungkin juga silap sendiri.

Silap sendiri.




“Faults are thick when love is thin” – kata seseorang





CUTT !!

Monday, September 12, 2011

all my claws, all my flaws


Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Biarpun aku tak berapa nak kisah sangat kau puas hati ke tak dengan aku ni tapi aku still ade rasa nak kau rasa senang dengan aku. 24 jam sehari memang nampak macam banyak, aku pun ada tanggung jawab lain daripada nak melayan karenah kau sepanjang masa, friends, good friends, mr.whatever.

Hari raya adalah masa yang paling terbizi dalam kalendar 1 tahun. Masa tu macam aku cedok-cedok je sikit-sikit kasi sama rata untuk semua orang tapi maaflah, aku memang serba kurang dan tak dapat nak penuhi permintaan dan kehendak semua. Huihh wantednya..takla, aku tak suka nak hampakan orang-orang penting dalam hidup aku. Kau. Dia. Tolong pesan kat dia sekali.

Apa kaedahnya raya kalau tak bergembira dan menikmati kebebasan sebenar setelah berperang selama sebulan? Betul menangkah aku dalam battle melawan nafsu tu? Indeed, aku rasa tahun ini paling mencabo sekali. Tak payah ceritalah, dugaan macam-macam jenis. Kadang aku tepis, kadang setan dalam badan lagi power. Tapi still aku bergembira dalam tuntutan raya orang-orang kita, iaitu meraikan acara sebulan tak makan siang. Macam budak-budak jugak puasa jenis ni.

Raya masih ada sisa lagi ni. Jangan bazirkan, ziarah dan bermaaf-maafan sesama kita.





CUTT !!