Sunday, March 31, 2013

pergilah semua,pergilah


Ok ok dah dah cop cop. Hari-hari gadoh tak penat ke kau? Adeeee je yang slack gua ni kat pandangan mata lu. Lu dah tak boleh pikap orang lain ke nak kritik? Aku ni dah memangla bosan, janganla kau pon bosan jugak sebab kau pun kene entertain aku jugak kan? Lagipun kau tak sesuai la nak buat muka ketat dengan aku, sebab aku lebih suka tengok kau senyum dan gembira. Buatlah muka bodoh dan gila kau tu, aku lagi suka. Lebih baik la kita berdamai sikit dihari Isnin yang penuh blues ini. Sebelum aku keluar makan sarapan ni, ini je dapat aku taip. Cakap banyak-banyak berhangin pulak aku nanti.

Ni sebenarnya aku ade benda sikit nak tanya pendapat ni, pernah tak kau tutup pintu bilik air dalam kiraan 5 saat, kunyah cekodok 2 saat sekali gigit, kuak pintu kereta 3 saat….kau tau yang jenis slo-mo ni? Haaa itulah yang melanda pagi aku tadi.


Hilang fokus.





CUTT !!

Tuesday, March 26, 2013

hey hey you you i could be your girlfriend


Ngeri jugak pikir-pikir balik. No offend, but guys punya tahap dendam tu boleh jadi makan tahun eh? Lepas tu main sodok je semua benda kat depan. Come on lah, be a man. Ok?
Luka dilukai ni benda biasalaa. Ia membuatkan kita tough dan resistant pada segala macam bentuk strategi serangan dan serang hendap (?) Well girls sometimes revenge tak tengok mangsa. Wo-wo-wo gua bukan ‘girls’ itu ok.
Asyik puji je guys kan, sesekali nak jugak aku kritik sikit kan? Selesa sangat kan? Kan? Ok je, takde masalah..dengar bebaik aite. Bab kritik ni memang lancar je sekali aku dah bukak mulut so korang kena prepare telinga pasal benda ni aku tak cakap selalu. Take note.

Ta

Ta

Ta

Setelah dipikir-pikir balik taknaklah aku panjangkan cerita yang pendek tapi makan dalam ini. Pesanan untuk girls di luar sana, don’t play with guys’ heart, vice versa. Kalau suka kata suka, tak suka tolak cara baik, jangan kasi harapan. Paling meluat bila guys menunjukkan ketidakprofesionalan mereka bila hal personal campur hal kerja. Kita call tak angkat, selisih bahu kat opis tak angkat muka, tanya lain jawab lain walhal semuanyaaaaa pasal kerjaaaaa pahaaammm taaakkkkkk stressssssss!!!


p/S : Jangan main cinta dalam opis







CUTT !!

Sunday, March 24, 2013

kalau tanya yang paling sedap adalah movie marathon dalam bilik


Tengok aktiviti hujung minggu kawan-kawan rasa seronok pulak tapi nasib baik sekarang ni jiwa ni belum sampai tahap yang mengujakan, kau tau yang jenis hati kencang sebab tak ada di tempat kejadian, jantung berdegup laju sebab diri sendiri berada di rumah, layan kucing dan tengok keletah 2 orang budak kecik yang mulutnya tak tau diam. Benda yang paling racing dalam hati sekarang ni adalah kerja yang aku buat. Setiap hari pun racing atas jalan dan on the road je mana ada masa nak pikir / plan pasal hujung minggu? Hujung minggu pun jarang betul boleh dengar bunyi rintik hujan dalam selimut dengan aman. Lately ni malam-malam pun selebet je mengadap kertas entah ape-ape dan kalau ada panggilan kecemasan barulah keluar order kopi kat kedai. Aku dah betul dewasa ke matang ke apeni? Ngeri pulak pikir-pikir balik kalau jadi dewasa yang membosankan ni. Nak bersara muda lagi pulak. Fasa kot, ye kot…

Nanti. Belum datang lagi fasa yang jenis tak keruan tu. Jenis heart pumping yang darah laju, deras. Aku tunggu saat tu.

Mana lagi gunung hendak ku daki, jatuh hempas ke bumi, panjat tidak bertali.




Ok yang last tu ape gurindam ke ape entah kakaka~




CUTT !!  

Friday, March 22, 2013

"maybe i dont remember who i was, but i remember who i am" - total recall


I love your hands
For it beautifully structured
Perfect, to fit into mine
I love your hair
On your shoulder length
I love your eyes
As I’m lookin into a mirror
I found myself
I love your smile
So much as it reminds me
To a person I was
Your heart
Is pure
It’s genuine
It’s true
Be cruel to me, coz I’m a fool for you..

Santa Monica, 1984.


(ok yang rangkap last tu aku copy dari lirik lagu band epentah kakaka)




Tak ni nak berapa kali jatuh cinta ni?
Bangang.




CUTT !!

Tuesday, March 12, 2013

curi dengar, apadahal


No.10 Jalan Betik, Taman Maju. Itulah alamat yang aku tuliskan untuk Maktok. Alamat itu juga adalah harapan sinar kegembiraan buat aku. Aku berharap sangat agar Maktok simpan cebisan kertas itu betul-betul. Aku berjalan mundar mandir di ruang tamu. Ayah mengambil emak balik dari sekolah. Ayah kata selepas itu mereka akan ke rumah nenek. Emak adalah guru matematik di sekolahku. Dia mengajar kelas-kelas tahap 2. Mak selalu pesan jaga disiplin kat sekolah dan jangan main-main waktu belajar. Mak marah betul sewaktu terjumpa cebisan kertas tertulis ‘I love u’ dari dalam beg sekolah aku. Hari itu aku kena marah teruk dengan ayah dan mak.

Abdul Razak, budak hitam yang aku tak suka tu duduk berhadapan dengan meja aku tu yang bagi. Usia semuda itu manalah aku tahu maksud ‘I love u’ itu secara umum. Esoknya Abdul Razak kena panggil dengan mak dan selepas itu Abdul Razak tak bercakap dengan aku lagi dan dia dipindahkan tempat duduk oleh cikgu kelas kami. Hari itu juga aku dilantik menjadi Penolong Ketua Darjah oleh cikgu kelas kami, Puan Selamah binti Salleh. Esoknya aku dah berani suruh orang berdiri atas kerusi. Aku memang nekad jaga nama baik mak sebab itu yang mak selalu pesan. Kalau boleh, semua cikgu yang aku jumpa kat sekolah aku akan salam. Tapi kebiasaannya aku akan elak dari bertembung di kaki lima sekolah. Aku tak suka jadi perhatian atas sebab yang aku rasa tak perlu.  Semenjak dari hari itu jugak aku sepak kaki semua budak lelaki yang berpotensi menyebabkan aku kena marah dengan mak.

Tahun ini tahun ketiga aku dilantik menjadi Penolong Ketua Darjah. Gandingan aku adalah Mohd. Noor Fahmi, anak penghulu yang rumahnya terletak di pekan. Dia selalu bawak buku cerita yang best-best ke sekolah. Kami berkawan baik sejak digandingkan sebagai penolong dan ketua yang aku rasa tugas kami adalah yang mudah-mudah seperti memberi salam kepada cikgu sebelum memulakan kelas, kumpul buku untuk ditanda cikgu, jaga barisan sewaktu beratur dan wakil kelas bagi acara-acara tertentu. Fahmi ada seorang sepupu yang sama baya dengan kami iaitu Mohd. Noor Hafiz, yang juga aku baik dengannya sebab dia selalu datang bermain di Taman Maju dan dia berada di kelas 3 Hijau. Hafiz lebih tinggi daripada Fahmi dan dia nampak sesuai sebagai Ketua Darjah bagi kelas 3 Hijau. Dia bagi gula-gula kat aku waktu rehat  tadi. Semasa di kelas cikgu Vatinah aku makan gula-gula pemberiannya. Aku betul-betul terlupa.

“Saya akan cakap dengan mak awak”

Itu ayat penamat. Aku rasa aku akan jadi daging mati balik rumah nanti.





CUTT !!

Monday, March 11, 2013

bergaduh manje dengan orang dalam internet




Ah mana bleh tahan tengok je riview korang semua sedap-sedap je nak jeleskan aku pergi menonton wayang bersama makwe dan pakwe. Tanpa rasa bersalah boleh pula mengulas muvi-muvi yang aku belum tengok pula tu!

Aku malasla nak cakap banyak-banyak, ce baca tagline kat bawah ni


“Blood Demands Blood”

“Kalau awak tanya dalam dunia ni apa yang saya nak, saya akan cakap saya nak awak!”


Macam setan pulak rase. Hmm. Antara thrill dan drama. Kau rasa aku pegi layan mana?
Pandai! Hihihi




I came because of him. Colin Farell owhhh >,<!






CUTT !!

Friday, March 8, 2013

weekend is near and im feelin 22


Masa itu harga tepung gandum masih lagi 80 sen. Berbekalkan $3.00 yang diberi emak, aku membawa pulang sebungkus tepung gandum, sebungkus gula pasir dan sebungkus biskut kering. Dah 1 bulan ayah tak berniaga. Peti simpanan pisang yang biasanya penuh dengan pisang di depan rumah pun sudah lama kosong. Ayah kata tuan punya tapak kedai nak ambil balik.

“Tempat menunggu bas dah dibina kat situ barulah sibuk nak ambik. Masa tak ramai orang dulu janji boleh pajak setahun. Ni tak sampai setahun lagi. Janji tak ada hitam putih ni pun namanya janji melayu. Susah hati kalau orang kita senang sikit. Aku baru beli motor je bukan pakai proton saga pun.”

Aku mencuri dengar perbualan ayah dan mak dari balik dinding pemisah ruang tamu rumah dan dapur. Berkepul-kepul asap rokok kretek yang tebal menerjah sehingga ke ruang tempat aku berselindung menyebabkan aku terbatuk-batuk kecil.

“Pergi tengok adik sana” suara garau ayah berbunyi tegas. Cepat-cepat aku mendapatkan buaian adik bongsuku, Arshad sambil mengayun laju. Mak masuk ke ruang tamu sambil membawa pakaian yang baru diangkat dari jemuran.

“Dah siap kerja sekolah?” emak menyoalku. Aku cuma mengangguk.
“Orang tua-tua berbual jangan dengar, tak baik.” Mak berkata sambil melipat kain. Aku cuma diam sambil tanganku terus menghayun buaian.

“Janji melayu tu macam mana mak?” mak mencegilkan mata kepadaku. Ayah berdehem kuat. Aku melajukan hayunan buaian.


*****

Aku terjaga dari tidur sebaik terdengar Arshad menangis. Aku lihat mak sudah pun menggendong Arshad untuk disusukan. Bau roti bakar ayah menerawang ke seluruh rumah kecil kami dan serta merta perut aku berasa lapar sekali. Aku bingkas dan menjengah ke dalam bilik dan mendapati bang long sedang memakai cekak rambutku sambil beraksi di depan cermin.

“Bak balikla ni orang perempuan punya” Aku tekan sedikit suaraku sambil mengambil keras dari kepala bang long.
“Kakak, ambik pinggan. Buat air sekali mak dah jerang tu” mak bersuara dari ruang tamu.
“Ye mak!” aku separuh menjerit dan cekak rambut di tanganku dirampas semula oleh bang long. Geram.

Sambil menghidangkan roti ke dalam pinggan, aku merenung tajam ke arah bang long yang bibirnya juga merah dek gincu emak.

“Pegi cuci muka, basuh tangan dulu” Mak menegur bang long, aku senyum puas sambil mengangkat ibu jari tangan.

Setelah ayah habis membaca doa, ayah mengagihkan roti bakarnya ke pinggan kami semua. Aku mula mencedok kuah kari. Aku percaya roti ini adalah roti ciptaan ayah sendiri kerana sehingga sekarang pun aku belum pernah jumpa roti yang sama seperti ayah buat. Ayah memang kreatif dalam bab-bab masakan. Ayah kata kalau tak ada beras, perlu ada tepung gandum. Dari tepung gandum itu ayah pernah buat roti canai (ya, ayah saya pandai menebar) , cucur bawang dan ikan bilis dan juga lempeng kelapa selain dari roti bakar yang ini. Kari ayah juga adalah yang paling sedap aku pernah makan biarpun cuma berisi beberapa ketul kentang.

Malam itu kami semua tidur di ruang tamu. Sambil mengipas-ngipaskan mak dan Arshad menggunakan surat khabar, ayah kata rumah kami tak ada elektrik. Bang long cuma tidur berseluar dalam sahaja. Sayup-sayup aku terdengar suara Salleh Yaakob menyanyi dari balik dinding.

Esok aku nak mintak ayah potongkan rambut aku.






CUTT !!

taman maju


Kabur. Seingat aku setiap petang aku akan membawa adik-adik bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan kami dan kadang kala aku akan membawa adik sulungku, Junaidi ke tempat ayah bekerja di depan taman perumahan kami, Taman Maju.

“Panggil kak long” aku mengacukan jari telunjuk ke dadaku.
“Boboy abang long” adik sulungku senyum sambil mengangguk tanda setuju dengan tawaranku.
“Kenapa bawak adik ke sini?” ayah menyoalku sejurus aku menongkat basikal.
“Dia nak datang”
“Dik, goreng pisang dua ringgit”
Aku pantas membungkus dan menyerahkan bungkusan ke kakak yang baru sahaja turun dari bas kilang di hadapanku.
“Kejap lagi bawak adik balik, dah nak maghrib ni”         
Aku Cuma mengangguk. Takut aku untuk bertentang mata dengan ayah. Wajah bengis itu sesekali ku seka dengan melirik pantas.

Selepas Isya’ aku bersiap-siap dan duduk di kerusi ruang tamu rumah kami sambil bersedia untuk mengikut ayah. Setiap malam selepas pulang dari solat berjemaah di masjid, ayah akan keluar minum bersama teman-temannya dari sekitar taman perumahan kami.

Kebelakangan ini jarang-jarang aku dapat ikut kerana ayah kata mereka mahu berbincang dewasa yang aku kira pada waktu itu bendera Bebas dan Semangat 46 banyak dikibarkan. Tapi hari ini aku yakin dapat ikut ayah kerana ayah akan ke pekan untuk menyaksikan perlawanan badminton di dewan serba guna. Ayah memberi isyarat supaya aku tunggu di luar. Selepas bersalaman dengan emak, aku cepat-cepat keluar dan hanya memandang bang long yang lena tidur di ruang tamu.

“Jangan lewat sangat, esok sekolah”. Aku senyum girang sambil melambai-lambai emak.

Jarak ke pekan tidaklah jauh, dalam 2km sahaja keluar dari taman perumahan kami. Tapi aku  kira penat juga ayah mengayuh basikal sambil membawa bebanan aku di belakang. Kadang kala aku mengangkat punggungku sedikit membayangkan yang kayuhan ayah akan menjadi ringan.

Di sana kami duduk bersama-sama dengan kawan-kawan ayah dari kampung yang berhampiran dengan taman perumahan kami. Pakcik Samad, jiran sebelah rumah kami pun ada sekali. Sejurus selepas kami bersorak-sorakan ayah bertemu dengan kawan-kawannya untuk minum dan menyambung kegembiraan sambil mengulas perlawanan tadi. Aku tertidur keletihan di riba ayah.

*****





Pehh sedap ni kalau ada lukis orang-orang sikit ni tapi aku tak pandai lukis benda hidup. Blerghh kaku betul jari ni. Up, till next!



CUTT !!