Tengok aktiviti hujung minggu kawan-kawan rasa seronok
pulak tapi nasib baik sekarang ni jiwa ni belum sampai tahap yang mengujakan,
kau tau yang jenis hati kencang sebab tak ada di tempat kejadian, jantung
berdegup laju sebab diri sendiri berada di rumah, layan kucing dan tengok
keletah 2 orang budak kecik yang mulutnya tak tau diam. Benda yang paling
racing dalam hati sekarang ni adalah kerja yang aku buat. Setiap hari pun
racing atas jalan dan on the road je mana ada masa nak pikir / plan pasal
hujung minggu? Hujung minggu pun jarang betul boleh dengar bunyi rintik hujan
dalam selimut dengan aman. Lately ni malam-malam pun selebet je mengadap kertas
entah ape-ape dan kalau ada panggilan kecemasan barulah keluar order kopi kat
kedai. Aku dah betul dewasa ke matang ke apeni? Ngeri pulak pikir-pikir balik
kalau jadi dewasa yang membosankan ni. Nak bersara muda lagi pulak. Fasa kot,
ye kot…
Nanti. Belum datang lagi fasa yang jenis tak keruan tu. Jenis
heart pumping yang darah laju, deras. Aku tunggu saat tu.
Mana lagi gunung hendak ku daki, jatuh hempas ke bumi,
panjat tidak bertali.
Ok yang last tu ape gurindam ke ape entah kakaka~
CUTT !!
No comments:
Post a Comment