Kabur. Seingat aku setiap petang aku akan membawa
adik-adik bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan kami dan kadang kala aku
akan membawa adik sulungku, Junaidi ke tempat ayah bekerja di depan taman
perumahan kami, Taman Maju.
“Panggil kak long” aku mengacukan jari telunjuk ke
dadaku.
“Boboy abang long” adik sulungku senyum sambil mengangguk
tanda setuju dengan tawaranku.
“Kenapa bawak adik ke sini?” ayah menyoalku sejurus aku
menongkat basikal.
“Dia nak datang”
“Dik, goreng pisang dua ringgit”
Aku pantas membungkus dan menyerahkan bungkusan ke kakak
yang baru sahaja turun dari bas kilang di hadapanku.
“Kejap lagi bawak adik balik,
dah nak maghrib ni”
Aku Cuma mengangguk. Takut aku untuk bertentang mata
dengan ayah. Wajah bengis itu sesekali ku seka dengan melirik pantas.
Selepas Isya’ aku bersiap-siap dan duduk di kerusi ruang
tamu rumah kami sambil bersedia untuk mengikut ayah. Setiap malam selepas
pulang dari solat berjemaah di masjid, ayah akan keluar minum bersama
teman-temannya dari sekitar taman perumahan kami.
Kebelakangan ini jarang-jarang aku dapat ikut kerana ayah
kata mereka mahu berbincang dewasa yang aku kira pada waktu itu bendera Bebas
dan Semangat 46 banyak dikibarkan. Tapi hari ini aku yakin dapat ikut ayah
kerana ayah akan ke pekan untuk menyaksikan perlawanan badminton di dewan serba
guna. Ayah memberi isyarat supaya aku tunggu di luar. Selepas bersalaman dengan
emak, aku cepat-cepat keluar dan hanya memandang bang long yang lena tidur di
ruang tamu.
“Jangan lewat sangat, esok sekolah”. Aku senyum girang
sambil melambai-lambai emak.
Jarak ke pekan tidaklah jauh, dalam 2km sahaja keluar
dari taman perumahan kami. Tapi aku kira
penat juga ayah mengayuh basikal sambil membawa bebanan aku di belakang. Kadang
kala aku mengangkat punggungku sedikit membayangkan yang kayuhan ayah akan
menjadi ringan.
Di sana kami duduk bersama-sama dengan kawan-kawan ayah
dari kampung yang berhampiran dengan taman perumahan kami. Pakcik Samad, jiran
sebelah rumah kami pun ada sekali. Sejurus selepas kami bersorak-sorakan ayah
bertemu dengan kawan-kawannya untuk minum dan menyambung kegembiraan sambil
mengulas perlawanan tadi. Aku tertidur keletihan di riba ayah.
*****
Pehh sedap ni kalau ada lukis orang-orang sikit ni tapi aku tak pandai lukis benda hidup. Blerghh kaku betul jari ni. Up, till next!
CUTT !!
No comments:
Post a Comment