Thursday, January 20, 2011

bapak panjang

Kau rasa semua kat dunia ni boleh main try-try ke? boleh main cuba-cuba? makan babi (untuk muslim) boleh cuba-cuba? Ok, darurat itu cerita lain. Kalau nak cuba kau kena tau dulu selok belok dunianya..seperti dadah. Jangan kata addict. Kes addict ni bukan hanya pada dadah ya tuan-puan. Ini kes macam mana nak survive. Yelah, kita nak hidup lama kan? Mestilah kita struggle untuk survive. Nak survive bukan senang, dugaan dan godaan datang dengan pelbagai bentuk. Survive perasaan lagi 1 hal.

Jangan merepek ok. Aku berkecimpung dalam dunia dadah hampir 5 tahun. Sedap tu kata mereka sedaplah. Tapi nak cari duit untuk dapat 'sedap' tu bukan mudah. Semua pun tahu. 'Kerja malam', 'overtime' memang perlu untuk yang hidupnya bergantung pada alat bantuan hidup tu. Kau ingat sedap ni tak makan tuan? Kalau kais pagi makan pagi tu kau rasa kesian, kau bayangkanlah mereka-mereka yang kais setiap waktu bukan untuk makan sedap tapi terpaksa sedap. Kau faham ke tak apa aku cakap ni?

Dalam dunia ni siapa ada 'barang', dia ada power. Dalam dunia kita siapa ada duit dan power, dia ada power yang boleh menakluk dunia. Mereka bukan nak power, mereka nak 'barang' untuk hidup. Sebab tu lah mereka dipanggil 'bangkai bernyawa'. Maaf jika saya sebut ini. Tapi tak semua mereka itu menyusahkan orang, ada yang bekerja, ada yang berkerjaya, terpelajar (beb, customer tetap kawan gua kerja bukan calang-calang. Gua hati kering selalu ikut hantar barang sebab gua suka jalan-jalan kenal orang).

Gua jumpa mak orang, bapak orang, tua, muda, kaya, miskin, selepak port dengan bekas-bekas banduan, kaki pukul sebenar, yang datang bawak pedang, pisau, pistol..nasib baiklah hati gua memang dah jemur habis. Tak semua jahat beb, kita cerita pasal kemanusiaan lah. Dorang ada tanggungan juga, ada rasa macam kita juga cuma mungkin nasib mereka kurang baik sikit dari kita. Jujur, mereka terdesak. Hati baik. Yang mat bunga pun gua pernah jumpa, jangan main-main!

Mahkamah tu macam resort gua la sekali sekala gua mesti pergi. Beb, aku cerita masa 2009 ke bawah nih. Balai polis tu macam tempat beli rokok. Walau aku tak ambik, bila orang-orang terdekat dengan aku terkecimpung..sekali gus melibatkan aku, kerja, life. Kau ingat? So semalam kawan baik aku yang aku kenal sejak lebih 10 tahun sms - "Semalam aku ambik heroine". Kau rasa,apa aku fikir? Kau rasa, apa aku rasa?





Ada benda memang ditakdirkan untuk tidak dicuba. Seks bebas itu cerita lain, bodoh!



CUTT !!

No comments: