Sunday, February 24, 2013

putih putih melati....merah-merah delima....apesial lagu ni

Hari ini janji termetrai, kasih diikat, silatur rahmi dipanjangkan. Ku pohon pada yang Esa agar kasih ini berkekalan, dipanjangkan dunia akhirat.

Dari suatu sudut, aku bersyukur atas segala rahmat dan nikmat yang diberikan sambil tersenyum sendiri, berbunga bahagia.

Orang tak kenal pon boleh jadi sedara dol. Nyata, kita tetap bersaudara seislam biarpun belum pernah berjumpa, atau mengenali dengan lebih dalam.

Yay, finally gua ade abang!
Tapi nama dia bukan Faizal.




CUTT !!

Saturday, February 23, 2013

sistem saraf

Walaupun esok hari cuti tetapi tidak bagi aku. Segalanya begitu mendebarkan!




CUTT !!

Wednesday, February 20, 2013

selamat berkenalan.aku kakak pantau.kau semua pliss buat keje macam biasa :)

Hello, aku kat situ bukanlah dengan tujuan nak celen kaum adam tau. Bila ko ni nak kenal aku ni? So aku amat rasa "apahal pulak?" bila this guy cakap dengan aku, "prove it, wanita juga boleh buat" demi, demi, demi untuk aku finishkan kerja dia. Wadehel? Bodo ka gua? Aku balas "no, no, no. Aku tak perlukan itu semua. Aku steady je pompuan ka, laki ka, kerja mesti siap, no excuse". Bukan sebab aku perempuan kau kena nyalakan semangat aku. Ini punya kind of spirit, Tuhan je tahu.

Ko paham tak mende aku taip ni?

Tak, ni bukan i marah. I geram geram sangat. Untuk kasitau mereka, i really pandang pada Hasil Kerja, i tak pedulik milik lelaki atau perempuan. Aaaaaanndd u better be too.

Bila aku datang ke suatu keadaan dan orang-orang tanya "orang rumah dia ke?". Aku terus panjat staging, hamburkan beg mekap and keluarkan measuring tape (what was exactly inside my bag), u better read that plan sebab ini bukan masanya untuk buat kelakar. Kau rasa aku sedang ber-kelakar?

Kau memang pandai bergurau.





Muka serius gua macam setan. Mencik!





CUTT !!

Tuesday, February 19, 2013

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ah penat jugak mencari kelibat blog Khir Rahman ni sedar tak sedar dah nak masuk waktu maghrib. Kalau dah mencari tu memang laa lalai aku ni. Nak baca lah penulisan dia. Nak terbuai dengan susunan kata-kata dia yang penuh inspirasi dan falsafah tu. So, so, so kalau korang ade tau mana blog dia blehla kasi share kat aku huhu aku PEMINAT TEGAR dia nih tak sabau nak tunggu dia masuk layar perak lagi.

kata-kata dia boleh menghipnosis..eh apentah aku taip ni..pshhh jaga mata, jaga mata, ok...

pikirla apahal pikirla apahal



KHAYAL.





CUTT !!

Wednesday, February 13, 2013

now learn




imma taking days off.whatchu think?cya!


CUTT !!

ini bukan soal undecided

No. Aku tak boleh jatuh cinta dalam masa 10 hari ni, no. Jangan tanya kenapa, no. Ini soal masa depan, soal hati dan perasaan. No. Kenapa cinta datang pada waktu yang tak diduga? Kenapa cinta harus menerjah kala aku tak bersedia? Kenapa harus aku menolak rasa yang berputik ini? Kenapa setiap kali pun jadi begini? Kata orang kalau mencari cinta, kejar, lari mengejar, memangla takkan dapat. Kalau duduk tanpa berusaha pun terang-terangla takkan dapat. So harus bagaimana? Harus macam mana? Kalau tolak-tolak macam ni pun payah, macam mana nak hadap? No. Sampai bila? No. Tak boleh. Dalam masa 10 hari ni. Cinta please go away. Jangan ganggu jiwa kita. Tengoklah nanti, bila titik di garisan kau dan titik di garisan aku bertemu. Tapi please, tidak dalam masa 10 hari ini!



Peh gua suka bila gua jadi makin direct.
Dah, dah. Biar aku dalam bilik gelap ni.








CUTT !!

Tuesday, February 12, 2013

issue

Mamat : Orang kata aku sombong. Aku pedulik ape, aku bukan sebarang-sebarang kau tiba-tiba nak buat-buat  mesra dengan aku. Eh, kau aku kenal pun tak.
Aku : Apasal eh?
Mamat : Kau pernah dengar, kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan wangi, kalau kita berkawan dengan pemunggah sampah, kita pun akan dapat tempias busuknya.
Aku : Gitu eh?
Mamat : Kawan, definasi tu kene fahamkan. Bukan nak pakai sehari dua.
Aku : *sroot.sroot* sedut air.
Mamat : Kau boleh terima kawan yang tak jujur dengan kau?
Aku : Kau ada pengalaman ke?
Mamat : *seringai* better aku ada few friends yang aku percaya.
Aku : Percaya.
Mamat : Percaya.
Aku : Percaya.

Kitorang gelak. *Sroooottt. Sroooottt*. Aku sedut bihun sup. Hujan-hujan ni sedapnya layan makan sup.

Mamamt : Kau?
Aku : Samalah. Tapi aku sapu je semua. Aku kasi can. Seberapa mana yang dia nak.

Kitorang gelak.



Cuti, lepak bersama kawan yang kita percaya. Complete.





CUTT !!

Friday, February 8, 2013

now playing : zuhudku

Elok tebu di batas
Tampi anginkan beras
Gali lubang semai benih
Molek hasil jerih perih
Buat baik pada tanah
Terima upah bibir tinggi
Buat baik pada manusia
Bukan ukuran kertas nilai
Budi bahasa pengikat hati
Hanya harap redha illahi.






CUTT !!

Tuesday, February 5, 2013

gaji dah habis.bye.bye.

Semalam aku pegi kedai pakaian lagi. Apahal entah repeat sampai 2 kali. Aku capai 3 helai, aku bayar.

Harini aku pegi kedai buku. Aku ambik 7 buah buku, tapi aku bayar untuk 1 je.



Kakakaka!

Indahnya..indahnya..



Kronik sangat dah ni. Bye.




CUTT !!

Sunday, February 3, 2013

warna warni

Dah..dah..cukup-cukupla tu komen engkorang. Aku bukan tak suke nak melaram baju kaler-kaler..bukan takde bebaju warna daring-daring..tapi..ok ginila, pagi tadi aku selidik lemari baju dan..oh ya, baju aku semua warna gelap dan kebanyakannya hitam! Hmm petanda apakah ini? Aku pura-pura cakap dalam hati. Entah ye. Aku rasa selamat kot pakai baju kaler hitam? Yang gelap-gelap?

Ginila..ginila..ade satu brader ni dok sebokla komen gua punye taste, abang tak penah nampak awak pakai baju warna cerah, abang suka awak pakai baju warna-warna sikit, lawa harini awak pakai t-shirt putih. Hello, belikan la! Takla, takla sebenarnya camni, aku suka kot tak nampak menyerlah dalam sesuatu keadaan yang aku tak biasa seperti di tempat awam? (gila psiko) Weh kat rumah bebaju aku kalerful ok? Dan aku rasa selamat kot bila kat tempat awam orang tak perasan aku? Maka aku bleh la-la-la-la tanpa ada yang perasan? Entah. Tapila kan, tapi kan, tersentuh juga hati kecil ini bila ade yang perasan tentang diri ini. Sob. Sob.

Makanya tadi aku pegi kedai pakaian, beli tops, tops ok sampai 5 pasang yang berbeza warna cerah ceria baru puas hati aku kakakaka!




Apahal aku bleh termakan kata-kata manusia ni apahal???!






CUTT !!

Tuesday, January 29, 2013

sabar,sabar,sabar

Aku rasa sifat sebenar lelaki sejati adalah sabar. Aku pun kene aplikasikan sabar, sabar, sabar ni banyak-banyak dalam diri. Cemana nak jadi sabar? Firstly kena banyak mendengar dari bercakap. Kalau kau suruh aku bercakap tapi kau pun nak bercakap jugak, baik aku pas je batton kat kau kasi kau bercakap. Dengar dan fahami. Listen. Listen dengan hati, bukan dengan mulut. Listen deeply. Dag. Dag. Dag. Degupan jantung tu. Ok aku dah mula merepek.

Ok betul sebenarnya. Dalam gopoh kita akan membuat keputusan yang salah untuk kesan jangka masa panjang. Dalam gopoh kita akan bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati orang, dalam gopoh kita boleh memusnahkan rancangan yang diatur 2000 tahun lepas, dalam 1 minit, dalam 1 hari.

Detik yang sesuai tak datang selalu, tapi mesti ada masa bila pintu dimensi itu terbuka. Tunggu masa yang sesuai. Buah ceri kalau tak merah tapi dah petik makan mana nak sama manisnya dengan yang dah betul masak merah ranum, kan?




I remember the "i hurt the feelings of everyone i knew" song. Fucklah. Entahlah. Aku nak duduk dalam gua. Bye.






CUTT !!

Monday, January 21, 2013

kailan

kailan, saya ada benda nak cakap dengan awak.

awak je.




CUTT !!

Thursday, January 17, 2013

mahfudz

Masa begitu pantas berlalu. Aku rasa tertinggal, atau aku jauh meninggalkan, atau aku rasa ketinggalan. Dalam banyak hal aku berharap agar dapat selari dengan semua yang berkaitan dengan mereka yang dekat dengan diriku. Aku berharap dapat menuntun those dears to my heart supaya tiada jurang atau jarak yang membatasi. Sedar, aku cuma satu dari mereka yang di sini cuma merentas sahaja sedangkan kita semua bakal berada di sana, jauh lebih baik, seiring, seusia, tanpa ada sempadan, tanpa ada sekatan, tanpa memikirkan dosa pahala, tanpa janji, tanpa khianat, insyaAllah, agar bertemu di sana jika diizinkannya biar kita uraikan apa yang tersimpul, cerahkan yang suram, terjemahkan yang terselindung.

Kita terkadang puas berlari, letih dan takut untuk menghadapi, itulah kenyataannya di dunia ini bila mana akal dan nafsu dipupuk selari. Hidup terasa indah jika sedar akan hakikat bahawa segalanya hanya sementara. Doaku agar kita semua berjumpa di sana dan tak akan terpisah buat selama-lamanya...


Damn i love everyone :')





ok kawan gua nak kawen gua jadi mellow..






CUTT !!

Wednesday, January 16, 2013

duduk sorang-sorang taip-taip henpon.banyak taip kat henpon jelaaa

Semasa itu, kenal seorang perempuan yang boleh sentuh dahinya ke lutut semasa dia duduk berlunjur. Tak cukup teruja? Dia boleh mendepakan kakinya sehingga ngam-ngam 180 darjah sambil senyum. Macam ahli gimnas tu. Bermakna bila dia berdiri, hujung kaki kanan atau kirinya boleh berada di dahi kau dengan senang-senang sahaja. Yerp, macam ikon movie karate lakonan si Jaden Smith tu.

Mazni tiada latihan yang khusus untuk mencapai 180 darjah itu. Aku tahu, kerana waktu itu kami baru sahaja dalam sesi suai kenal, atau stretching sebelum latihan pengenalan. It's a gift.

Sesetengah orang memang dikurniakan gift yang dia sendiri tak sedar, atau tak tahu/belum tahu cara menggunakannya. Ada yang suka, ada yang tak berapa suka, ada juga yang berharap kalau dia tak tahu pun tak mengapa. Walau apa pun jenis gift itu, bersyukurlah, kerana ianya datang daripada Allah S.W.T dan ianya berupa manfaat untuk semua jika digunakan ke jalan yang err betul.

Berbalik kepada kisah Mazni, ramai orang berlatih kuat untuk dapat meregangkan kaki seperti itu kerana jika di dalam arena 'bela-diri', ianya menggambarkan kelincahan aksi, kepantasan dan feksibiliti dan sudah semestinya ia menambahkan lagi keyakinan diri.

Dua tahun kemudian, Ida, dalam sesi stretching cuma boleh mencuba kurang 30 darjah ke 180 dan mencapai rekod peribadi melangkaui Mazni dalam memegang tali pinggang barunya.

1) Even kau tak ada special gift, kau pun boleh excel. Skill itu digilap melalui latihan. Attribution, passion, consistency, tawakkal, yakin boleh.
2) Work hard on your gift, bersyukur, contribute.
3) Don't stretch yourself but give the best you have.


Okbye. Bas dah sampai. Ta-ta ^^.v






CUTT !!

Saturday, December 29, 2012

pemurah vs pemarah


Kebanyakan ibu bapa tak suruh anak-anak gadis dorang cari pasangan yang kaya, just cari yang tak kedekut. Terhadap diri mereka sendiri, terhadap pasangan mereka. Generosity orang putih panggil. Ye ke? Ye kot.

UAI sendiri kabo kalau wanita tu macam budok-budok, suka main, ala cecomel gittew so terbuktilah mereka ni memang bernaluri suka berbelanja kot maka janganlah marah mereka. Mereka kandung kita 9 bulan, menyusukan dan membesarkan, bernaluri keibuan yang tidak ada pada para lelaki di luar sana.Bapak kerja cari duit, apalah salahnya belanje sikit ke isteri bila dapat gaji tu biarpun isteri juga bekerja..kita tak cerita pasal nafkah ni ye, nafkah lain kali je.

dia macam kad smaarrrt tag, boleh top-up 


Aje gile bila diberi kad ala debit begini. @.@! tiu.


Wanita matang seperti aku akan cakap,
"Beli barang dapur cukup ni. Skin care product next top up ye ihihi".
Ehem.






Ruginya terlambat jadi perempuan.




CUTT !!

faizal

Faizal, 25, happy go lucky, kelakar, graduan kejuruteraan awam. Pintar, bijak, kasual, pegi solat jemaat, anak bongsu, drive kenari, easy-going.

Itu je nak kasitau. Faizal tau nama dia, Faizal. Bye.





...hello, pikir selain bf boleh? apela..






CUTT !!

Monday, December 24, 2012

sanguine,melancholy,choleric,phlegmatic

Bila ada buku banyak-banyak depan mata, chances are..kau baca sikit sana, cedok sikit sini, ambik sana baca sinopsis, ambik sini baca intro dan sebagainya. Kalau 1 kotak depan mata mungkin tahun depan baru habis baca atau mungkin minggu depan dan mungkin jugak tak baca langsung. Motivasi kat sini adalah, sabar.

So ade satu benda aku nak share kat sini. Benda yang sesetengah orang anggap macam astrology punya personality traits. Kalau nak tahu diri sendiri dari kelompok mana bleh guna macam-macam cara tapi ni aku try kasi 1 cara yang rahsia sikit la iaitu korang baca sendiri dan cuba tengok mana yang paling dekat dengan diri. Keempat-empat peribadi ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Manusia ni pelbagai dan carilah cara paling mudah untuk berkomunikasi dan menjalani hidup ini dengan lebih berkesan cewah!.

Boleh guna untuk memperbaiki diri kita sendiri juga mungkin?

KLIK SINI JE LA.




Tak. Cemana gua bleh tergolong dalam introvert ni?







CUTT !!