Semasa itu, kenal seorang perempuan yang boleh sentuh dahinya ke lutut semasa dia duduk berlunjur. Tak cukup teruja? Dia boleh mendepakan kakinya sehingga ngam-ngam 180 darjah sambil senyum. Macam ahli gimnas tu. Bermakna bila dia berdiri, hujung kaki kanan atau kirinya boleh berada di dahi kau dengan senang-senang sahaja. Yerp, macam ikon movie karate lakonan si Jaden Smith tu.
Mazni tiada latihan yang khusus untuk mencapai 180 darjah itu. Aku tahu, kerana waktu itu kami baru sahaja dalam sesi suai kenal, atau stretching sebelum latihan pengenalan. It's a gift.
Sesetengah orang memang dikurniakan gift yang dia sendiri tak sedar, atau tak tahu/belum tahu cara menggunakannya. Ada yang suka, ada yang tak berapa suka, ada juga yang berharap kalau dia tak tahu pun tak mengapa. Walau apa pun jenis gift itu, bersyukurlah, kerana ianya datang daripada Allah S.W.T dan ianya berupa manfaat untuk semua jika digunakan ke jalan yang err betul.
Berbalik kepada kisah Mazni, ramai orang berlatih kuat untuk dapat meregangkan kaki seperti itu kerana jika di dalam arena 'bela-diri', ianya menggambarkan kelincahan aksi, kepantasan dan feksibiliti dan sudah semestinya ia menambahkan lagi keyakinan diri.
Dua tahun kemudian, Ida, dalam sesi stretching cuma boleh mencuba kurang 30 darjah ke 180 dan mencapai rekod peribadi melangkaui Mazni dalam memegang tali pinggang barunya.
1) Even kau tak ada special gift, kau pun boleh excel. Skill itu digilap melalui latihan. Attribution, passion, consistency, tawakkal, yakin boleh.
2) Work hard on your gift, bersyukur, contribute.
3) Don't stretch yourself but give the best you have.
Okbye. Bas dah sampai. Ta-ta ^^.v
CUTT !!
No comments:
Post a Comment