Tuesday, January 17, 2012

miscommunication



Aku buka mata, kosong
Berada di suatu dimensi apung?
Ruang yang tiada pangkal tiada hujung
Menjerit lepas tiada pantulan
Berlari sendiri tanpa tujuan
Lelah
Letih
Pedih
Jumpakan aku walau satu titik
Di sini aku seorang.










*this kind of communication tools is not working, honey. 










CUTT !!



Thursday, January 5, 2012

van gogh


Ada..waktu tu, lebih kurang 15 atau 16 tahun lepas. Aku memang ada satu perangai suka tengok painting, especially gambar pemandangan. Bila aku tengok gambar tu aku akan bayangkan yang aku ada sekali dalam painting tu. Suka tengok painting hasil cat minyak..aku akan sentuh texture painting tu dan tiba-tiba aku dah ada dalam situasi gambar tu.

Setiap cuti akhir tahun aku suka menghabiskan masa kat rumah makcik aku. Dia selalu shopping barang dapur kat super market dan seingat aku dia takkan pernah lupa untuk beli roti gardenia dan singgah kedai buku. Hari-hari biasa dia bekerja dan aku akan habiskan masa kat rumah dengan membaca dan masak mi segera perisa ayam, perencah separuh :( …ok separuh…dan potongan cili padi. Memang boring nak tunggu weekends dia cuti.

Kat rumah dia banyak painting cat minyak. Bila aku dah boring tak tau nak buat apa time tu la aku tengok painting tu. Ada kincir air..sungai yang mengalir..Ada satu painting tu ada bunga-bunga warna-warni, ada  sebuah rumah kecil. Aku dah berada kat dalam tu..dengan gaun paras lutut berwarna biru laut aku berlari mengejar kupu-kupu yang terbang, mendengar deras air sungai, menikmati keharuman bunga-bungaan yang segar..oh ya, bukan keseorangan tetapi ada pakwe sekali dan yang aku ingat waktu tu aku suka kat sorang budak cina yang bekerja kat pasar ikan dekat dengan rumah aku. Aku selalu angaukan dia sampai masuk illusi dalam painting sekali. Waktu tu...memang banyak berangan. Hehehe.

Kat rumah aku dulu ada satu lukisan cat minyak yang dibuat hiasan dalam bilik mengajar mak uda aku. Gambar perempuan tua menggendong bakul. Lukisan-lukisan manusia macam tu aku tak boleh tenung lama-lama..boleh bawak mengigau.

Bila aku tengok lukisan pemandangan macam kat rumah makcik aku tu aku rasa aman je. Tak taula aman pasal dapat jumpa pakwe dalam illusi ataupun aman tengok lukisan yang damai tu. Yang penting aku suka masukkan diri sekali dalam situasi gambar yang aku tengok, siri kartun yang aku tonton dan rumah-rumah sepanjang perjalanan yang aku lalui.  Nak balik ke realiti tu yang susah, sebab mimpi dan angan selalunya lebih indah.







*aku nak duduk kat hutan sebenarnya. Takde pilihan, tak sempat nak berangan.












CUTT !!

Sunday, January 1, 2012

Sempena tahun baru ni aku cuba untuk ada azam baru. Biarlah tak realistik pon, aku rasa aku kena ada 'driving force' untuk menjadikan aku lebih bersemangat untuk melaksanakannya. Ok katalah tahun baru sebagai alasan, pun boleh. Berikut adalah senarai azam tahun baru aku untuk 2012 ni.

1- belajar senyum banyak-banyak
2- kasi tunjuk je middle finger kat sesiapa yang patut dapat






Itu je kot?
Ta-ta! ^^.v






CUTT !!

Tuesday, December 20, 2011

boringgg

Dikau. pergi tanpa pesan, tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kukirimkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu di sisiNya..



........

Aku tak pasti rasa ini datang dari mana. Jelas sekali rasa ini tidak berkaitan dengan bait-bait lagu di atas. Tapi aku berasa sangat kecewa. Perasaan itu sama dengan maksud perasaan lirik makna seperti di atas. Mudah sekali kita menyakiti perasaan sesama kita. Mudah sekali kita meruntuh tembok yang kita telah bina.
Manjakan sangat jiwa tu.
Boleh kasi tips supaya jadi seperti kau?





Boringla.
Jadi perempuan kena kuat.
Jadi lelaki sensitifla sikit.

 




*betul dol..gua rasa sayu gile. Kalau ada orang tanya kenapa nangis depan komputer ni gua balas je cakap sakit mata. Fuck ahh!








CUTT !!

Monday, December 5, 2011

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Mr.J & Mrs.E


Betul, ada benda memang tak payah pakai percakapan. Aku memang tak suka nak bercakap pun, wth itu aku punya sukalah. Tak faham aku dengan manusia yang dok paksa orang lain untuk bercakap sedangkan itu bukan keinginannya. Apa cara atau acara pun, asalkan aku bahagia. Kau, tak payah cuba untuk memperbetulkan aku dengan mindset kau yang terarah kepada 'tuntutan zaman ini'. U don't tell me how to lead a life. I tell u to better back the fuck off.




Eh, ter-marah pulak. Hehe. Ciow~




CUTT !!

Friday, December 2, 2011

kapal terbang kertas

Lipat-lipat
Tiup-tiup
Baling.

Meluncur ikut angin.

K E R I N D U A N
Semua kata yang tak sampai
Semua maksud yang dituli
Semua hajat yang dinafi

Diri sendiri

Perempuan itu memang pemalu.










*perempuan yang ego wujud pada zaman banglore sahaja. sekian.









CUTT !!

Friday, November 25, 2011

macam kartun


Mulanya aku nak list down senarai jenis label yang orang lain cop ke atas aku.

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-
.
.
.


Last-last aku fikir untuk apa aku buat list tu sebab aku tak perlukan penilaian dari siapa-siapa dan aku tak perlu untuk membuktikan apa-apa pada siapa-siapa.






Bencilah. Ai tak suka serius sangat camni ler...TATA!



 

CUTT !!

Thursday, November 17, 2011

youre such an adorable



I don't know what i'm thinking. But maybe i'm thinking of cute things lately. Cute things makes me wanna smile. You, makes me wanna smile :)
Oh k..i got this pair of teensie-weensie pumps for 18 bucks. I smile the whole day.





.
.
.
.
I just got to get up and smile. That's all i have anyway.






CUTT !!

Sunday, November 13, 2011

14th November, happy birthday kebi

"Biarlah dia mampos ke, nak ape ke..aku panggil polis nanti"
Mak mengeluh di balik gagang yang sana. Suara mak jelas kecewa.

"Tak baik mak, cakap tu suatu doa, doa ibu makbul. Doakan je yang baik-baik untuk dia"

"Aku geram. Kau boleh ke balik-balik je harokkan aku macam tu?" mak menambah.

"Dia tengah bingung tu, biarkan dia dulu".


Di suatu sudut bilik aku berteleku. Siapa lagi penting. Biar pahit untuk ditelan, aku menyusun bantal, berdoa dan rebah bersama malam.







"Cinta yang kukikis lagi sakit dari curahan air laut ke jasad nanahku"





CUTT !!

Friday, October 14, 2011

kau tak faham yang aku tulis? aku tiada kamus, kau translate sendiri

Bagus juga. Cuba berfikir sepositif mungkin. Lebih baik rasanya. Pembukaan kepada yang lebih nyata, lebih jelas. Mana nak disamakan dengan dunia yang dicipta di alam fantasi. Mungkin titik permulaan, terlalu berdrama dengan papan kekunci, pena dan kertas sehingga sekarang menembusi realiti. Maka aku dapat bezakan yang hak dan kuasa Mu. Selalu jatuh dan bangun di tempat yang sama, metutup ruang untuk aku mendarat di landasan yang berbeza. Mungkin ini yang dikatakan rumput yang lebih hijau? Cerah dan segar walau langit tetap kehitaman.

“Kita tidak berupaya tetapi kita harus mencuba” - kosmikurious




Drama ke ni?




CUTT !!

madu opah dia

Madu memang manis; lelaki atau perempuan pun setuju bahawa madu yang dihasilkan koloni lebah itu manis dan pelbagai khasiatnya. Cerita madu yang lagi satu tu..ehem. Tak semua lelaki atau perempuan setuju ia manis bagai dikata. Tidak menolak poligami, tidak diskriminasi dan tamak terhadap harta dunia, percaya kehidupan ini adalah perkongsian demi menuju kepada tujuan penghidupan itu sendiri. Tujuan, jenis keadilan, kesanggupan mampu yang sebenar, cerita rumah tangga dengan ikatan sah, baru ada cerita madu, bukan alam bercinta, bukan alam bilik tidur kau untuk kau.

Dunia mungkin melalaikan, kadang kala terlupa tujuan, terlupa pengorbanan, 13 tahun bukan tukang jamin, janji oleh si lidah tak bertulang. Setia mungkin dapat membezakan;  kawan, jenis inspirasi, kekasih sejati. Tapi sayang jika bertepuk di udara.

Mungkin juga silap sendiri.

Silap sendiri.




“Faults are thick when love is thin” – kata seseorang





CUTT !!

Monday, September 12, 2011

all my claws, all my flaws


Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Biarpun aku tak berapa nak kisah sangat kau puas hati ke tak dengan aku ni tapi aku still ade rasa nak kau rasa senang dengan aku. 24 jam sehari memang nampak macam banyak, aku pun ada tanggung jawab lain daripada nak melayan karenah kau sepanjang masa, friends, good friends, mr.whatever.

Hari raya adalah masa yang paling terbizi dalam kalendar 1 tahun. Masa tu macam aku cedok-cedok je sikit-sikit kasi sama rata untuk semua orang tapi maaflah, aku memang serba kurang dan tak dapat nak penuhi permintaan dan kehendak semua. Huihh wantednya..takla, aku tak suka nak hampakan orang-orang penting dalam hidup aku. Kau. Dia. Tolong pesan kat dia sekali.

Apa kaedahnya raya kalau tak bergembira dan menikmati kebebasan sebenar setelah berperang selama sebulan? Betul menangkah aku dalam battle melawan nafsu tu? Indeed, aku rasa tahun ini paling mencabo sekali. Tak payah ceritalah, dugaan macam-macam jenis. Kadang aku tepis, kadang setan dalam badan lagi power. Tapi still aku bergembira dalam tuntutan raya orang-orang kita, iaitu meraikan acara sebulan tak makan siang. Macam budak-budak jugak puasa jenis ni.

Raya masih ada sisa lagi ni. Jangan bazirkan, ziarah dan bermaaf-maafan sesama kita.





CUTT !!

Wednesday, August 3, 2011

ffwd



Aku tak cari apa-apa pun, aku cuma explore dan enjoy things that comes to me. Aku ambik je apa yang terhidang. Kalau jumpa atau dapat apa-apa pun itu aku anggap rezeki dan memang dah ditentukan. So yeah, pengembaraan aku ini memang takkan berakhir biarpun aku lepak statik. Kau tak payah fikir atau pelik dengan cara aku menjalani hidup ini. Semua orang pun pelik dan special. Yang penting tolonglah buang hateness dalam diri masing-masing. Benda yang paling nak kena jaga adalah hati, kalau 'berbau' cepat-cepatlah basuh. Jangan menyusahkan orang dan iri hati dengan orang lain. Kau pun tahu setiap kau special di mata aku kerana aku bukan siapa-siapa tanpa kau semua. Still even. Whatsoever.

I was here.





Tettt! Okla sebelum tu aku nak mengaku, ni ambik gambar pakai handphone bodoh-bodoh je so gambar tak lawa sangatlah juga tak edit bukan sebab tak sempat tapi aku nak pakai mood waktu tu. dan handphone tak berapa calang tu. Wat the hell.





Hish. Macam album gambar pulak. Rimas aku.








CUTT !!

Monday, July 18, 2011

i am not happy

1)why?
-because i'm feelin alone, cold.

2)what makes you happy?
-love

3)u seek love?
-maybe and yes. companion. i don't want to sound delirably desperate

4)frens? they can't make u happy?
-yes and no. sincere, works. curiosity and blabbers kills.

5)name your good fren (for now)
-uda and lai bcoz they seem to understand

6)wut about your workplace?
-sux big time. but i love my job. it's the management that drives me mad.

7)other things that makes u happy?
-i'm not sure but maybe meeting up positive and energetic new people. i absorbs energy from people around me. so i like to be surrounded by positive aura people.

8)do you have a best buddy?
-yes.we used to hang out very often long time ago but not that often now.

9)and have the same interests?
-absolutely. but believe me or not, she's opposites to me. many people think that we think alike.

10)wut are you trying to say?
-i wish i could be like her, but i'm just me. she's very open and extroverted while i'm the introvert one. she likes to organizes things. and it's good.

11)what'd you like to tell your friends about yourself?
-that i'm not easily open up stories about me. not even to my best buddy.

12)why?
-because it's my right to do so. so please, accept me for what i am and from what you see.

13)are you trying to be mysterious?
-no. some things we keep it only for our own references in fact, nothing is interesting about me that need to be shared.

14)wut you like the most and keep you happy?
-seeing world, culture, gain knowledge, the adrenaline of rush, cute bloke and music with lotsa energy.

15)your hobbies? that are shy to tell everyone?
err..cooking, gardening and my passion for toiletteries.

16)the most relaxing moment?
-reading a good book in the morning with a smell of burning incense stick plus romantic oldies songs.

17)what you can't say no to?
-late night dinner treat? anyone?

18)pet hate?
-show off and people who are trying to act smart.

19)you are concern aboout..
-time.don't waste my time. a relevant excuse accepted.

20)so you are a strict person?
-i am the yes if i mean it and no is a no. i'm a realist. so give a good reason.

21)you take things seriously. maybe you should slow down.
-i have a drive. i can't slow down. but i'm learning to for my own good sake if you mean it. thanks.

22)favourite past times?
-don't care attitude, fun is my middle name. been there, done that makes me feel superior. experiences makes me stronger and hard as a person (which i don't like the most)

23)now what?
-like the commitment related. bills to pay, future, family, everything should be taken care of. the normal Malaysian-lah.

24)are you happy or not with that?
-happy because i've done what i should when i was a teenager and yeah everyone will face this phase where they should pay the bills..bla.bla.bla. it makes me grow. this is the time that i finally felt like 25.




aku memang simpan barang-barang lama. stok surat 1 kotak kot depa dah bakar. buku banyak kena makan anai-anai masa aku tinggalkan rumah travel sana-sini. tapi masih ada yang dalam good condition tu aku masih simpan. interview rambang terhadap diri sendiri ni dalam timbunan buku catitan aku. seingat aku mungkin masa aku tengah fuckep-up dengan my miserable life. Q n A sorang-sorang. apedehal, sekarang pun lebih kurang je.

fakapla mood tetiba emo.chait.





CUTT !!

Tuesday, July 12, 2011

hatiku dicuri lagi

Aku macam tak percaya dan tak sangka dalam pada kita masing-masing yang dah besar panjang ni, dah tahu berfikir, dah berkelas professional dalam kerjaya masing-masing mahupun dah disogok dengan cerita-cerita benar dan palsu, masih ada yang tak tahu membuat penilaian. Sadis. Ini bukan cerita pasal Abira, ini cerita pasal sedih dan kesal dengan kita yang konon tak mudah ditipu daya tapi termakan dek berita-berita aneh-palsu-terlindung oleh pihak-pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Jangan cerita pasal kepartian, jangan cerita pasal kedaulatan, jangan cerita pasal rukun negara. Aku cakap pasal penilaian yang dimomok demi kepentingan pelbagai (?) pihak.

Hati-hati dengan televisi, benda yang 3 warna 4 warna ni memang naif dalam mengaplikasikan maksud yang sebenar. Ape jenis media pun, yang menilai itu sepatutnya diri sendiri, hati sendiri. Setiap orang ada peranan masing-masing, kerja masing-masing, kalau rasa tak serasi buat apa bertahan menipu diri? Cerita pasal tanggung jawab dan amanah. Biar lembap bersebab, jangan bebal bersuap.



bubur kat jalan sultanah tu lama tak makan la :'(






CUTT !!


Sunday, July 3, 2011

buat mereka yang tahu

Kegembiraan itu memang patut dikongsi barulah boleh dinikmati efeknya. Kalau duit berjuta belum tentu boleh beli happy secawan. Ada orang pulak sanggup bergolok-gadai maruah dan harga diri demi duit. Duit jugak banyak bawak porak peranda dalam dunia ni. Nak bergembira memang pakai duit, cari dengan cara betul barulah gembira itu boleh datang. Jadi hamba duit memang hidup tak tenteram, cuba twist pulak..biar duit jadi hamba kita. Amalkan pemikiran begitu, amalkan senyum dan sedekah. Aku sebenarnya nak cakap pasal gembira ni...

Bila status dihapuskan, semua orang pun akan rasa sama, rasa tanggung jawab, rasa ada sesuatu yang patut dipikul, digendong demi sebuah misi. Kita memang berhak sepenuhnya terhadap apa yang kita rasa dan puncak klimaks itu memang terletak pada tangan kita. Kalau rasa dah besar, besar kepala, besar perut...memang tak jadi apa. Kadang-kadang aku letakkan diri pada situasi dengan menjadi halimunan atau chameleon, barulah kita akan faham situasi kenapa dan mengapa. Kita takkan dapat menjadi adil sepenuhnya, tapi kita sepatutnya cuba.

Aku rasa bangga dengan semua di keliling aku, kawan-kawan, kekucing, kereta lumba, kaki pancing...buat seketika aku harap rasa ini kekal selama-lamanya. Aku tahu mereka juga rasa apa yang aku rasa. So very proud of my fellas. Thank you semua, i love you, aku akan frame dan persembahkan pada anak cucu. Ini semua kita kongsi bersama, ini semua milik kita.




Ya, milik kita :)

it was more than 60 stooges








CUTT !!

Tuesday, June 28, 2011

brader bob marley punya bilik

Ada masa aku rasa aku patut layan berdengung dengan depa..biasalah, bila dah melepek bersama acara yang mencambah idea adalah bong. Tapi aku rasa macam dah terlambat. Kata Ajib "jangan rasa tua beb, layan je dan nikmati hidup ini". Aku sengih je. It's not about aku fikir aku dah tua, it's not about semua benda aku nak kena layan. Aku suka melayan manusia yang pelbagai, belajar cara hidup mereka yang aku rasa aku tak dapat nak jalani atau buat. Demmit. Sometimes aku rasa aku patut 'minum'. Well..semua acara pun ada cara untuk meraikan sesuatu yang pastinya minuman-minuman beralkohol mendapat tempat. It's not sebab aku poyo pasal tak minum, it's not about faktor ageing. Aku cuma rasa aku dah terlalu lambat untuk memulakan something yang aku patut lakukan semasa usia masih mentah, benda yang aku rasa kalau aku buat time ni mesti susah nak tinggalkan. Bukan sebab umur meningkat maka patut tinggalkan, bukan sebab bajet dah baik harus tinggalkan..bukan. Aku tak pekena bong dan air pasal aku taknak, bukan juga pasal aku anti-sosial. Jangan kau merepek. Haha.

Serious shit aku rasa sedikit kesal pasal dulu-dulu aku tak ambik. Sama juga dengan tattoo yang aku berangan nak acah tu. Kenapa oh kenapa.

Ini kerja Tuhan, gerak hati dan naluri adalah kurniaan Tuhan. Aku terus-terang memang berserah je. Aku memang tak layak untuk diri aku sendiri.

orang tua yang banyak pengalaman hidup







Ok aku pening sebenarnya nak buat mana dulu ni.kanan,kiri,kanan,o-som! 





CUTT !!