Sunday, December 2, 2012
tunggu-tunggu jadi penunggu
Ahad. Dan kau craving makan macam-macam. Start petang semalam terlepas makan pisang goreng gara-gara melayan hindustan. Kau bercita-cita nak pekena soto pula bila masuk waktu malam. Then again, kau terlupa pasal layan hindustan lagi. Tak boleh jadi, kau balik rumah saja dan pasang amgan-angan untuk layan soto waktu breakfast nanti.
Pagi, kau pergi kedai eh kirim minyak masak, tepung, gula, ubat nyamok blabla sampai pukul 10 dan damn, erk gua baru bangun ni. Forget it kau layan main game, kau craving for roti canai pula dan aiskrim dan wadehel dengan perut kau ni. Tak boleh jadi, tunggu-tunggu tak jadi apa. You gotta do it yourself or by yourself.
Bawal Stim Suka Hati Kau. Pakar bab campak-mencampak, break the tradition, pot-pet-pot-pet hey Mak Tok tak buat macam tu, akhirnya..akhirnya..
Makan dengan penuh eksen, haa tengok apa, ambik pingganlaa.
Kasi 2 jam untuk craving benda lain. Memang tengah time nak makaaan je ni. By the time being, aku taip ni dan share resipi paling senang sekali dalam dunia untuk kau try sendiri kalau tak percaya.
CUTT !!
Sunday, November 25, 2012
husna
Tidak semua persoalan ada jawapan. Dialah yang Maha Mengetahui segala isi rahsia di bumi, di langit, mahupun sebesar zarah cuma atau yang sedikit terkelumit mahupun terdetik di hati. Kerana, manusia takkan sanggup untuk menghadapi kebenaran, takkan tega menerima kenyataan untuk jawapan bagi persoalan yang berlegar di kotak kepala dan jiwa tanpa sebarang persediaan.
Dengan rasa rendah dirinya kadang kala kita harus akur dengan sikap ingin tahu yang mendalam bahawa tidak semua soalan tersedia jawapan untuknya.
Jiwa manusia yang bergelodak dengan 1001 pertanyaan bukanlah suatu kesalahan kerana itulah salah satu sifat hamba yang sentiasa mencari sesuatu yang tiada jawapannya dalam pengetahuan kita. Berserta itu, seharusnya kita lebih bersikap tawadduk dengan meyakini bahawa Allah yang Maha Penyayang ada sesuatu yang baik untuk kita, yang kita tidak sepatutnya tahu selagi belum tiba masanya.
Gua bengang dengan Kosmikurious. Dia pikir gua ni mende nak kasitau semua kat dia.
p/s - Ada certain jawapan kau kena lalui realitinya kalau kau benar-benar bertanya. Persoalannya, kau sanggup? Tuhan kita memang hebat.
CUTT !!
Friday, November 23, 2012
Wednesday, November 7, 2012
kita memang tak selalu menang tapi jangan pernah menyerah kalah. eh,imma diva what...whatsoever.
Kerana setiap pertemuan ada perpisahan :)
Thanx for all of your contributions, advice (i appreciate it much), inspiration, concern, thanx for droppin by, thanx for the tickles, pokes, likes, comments, mentions, dms, private messages, RTs, admiration (ahh that's very sweet of you). No offend, i just got tired with you :) forgive me for bein honest. I'm just that diva aren't i? No, don't come again into my life by any form. Unless, unless, oh let me think about it first ok? Good luck, i have my own drama to be taken care of. C ya!
The Pelakon Popular has just got nominated! I hate competition, i hate lettin u down, awh please save that guilty face for another time. I just live to win >.<!
I'm not talking bout Obama nor Romney.
CUTT !!
Tuesday, November 6, 2012
listen
"You've heard my stories, not what i've been through. So why don't you stand back and shut the fuck up?"
I had Taylor Swift back to back on my laptop and i love the rains as they brings out the songwriter in me.
~RAIN FALLS ON EVERYONE~
CUTT !!
Saturday, November 3, 2012
diva my way (who cares yours huh)
Jenama Guess sesangat sell-out (atau dalam kata lainnya tercemar eksklusiviti oleh sebab-sebab tertentu) dari jam tangan ke beg tangan, purse, clutch. is a no-no for me. Stilettoes or wedges can be accepted, jeans ok, potongan memang classy dan womanly, memang pakar figure wanita. Tapi harganya ehem sikitla, but for me i'm more of a Fossil's brand. Timepieces, purse, anything. So down-to-earth dan yang penting they speak of vintage. Birkin ok, Coach, and more affordably MNG. Oh my god i love, love, love MNG tote! Gambar shown below adalah purse kesayangan aku dan benda yang aku sayang ni (especially kalau pricey, limited edition) memang tak suka guna selalu. Tu yang bila nak guna sangat-sangat frust bila rosak daaaahh! Baru je guna 2 kali!
Aku tak peduli dah lepas ni kalau sayang maka perlu selalu guna, simpan dalam almari buat apa. Kalau dah rosak camni nak buat camne dalam waktu terdesak ni? (ok perempuan ni waktu terdesak dia tu bila dah plan nak match baju dan aksesori). Ni compact tau ngam-ngam isi my handphone, my red n nude lipstick, oil blotter, compact powder etc etc. Now i have to think of something untuk replace this bag with my other bags. Atau baju? Atau kasut? Peninglah! Hurm...
Happy 100th of Diva Universal Movies anniversary :)
CUTT !!
CUTT !!
Friday, November 2, 2012
smile.even the world crashes u down.
She's a dream catcher while I'm more of a daddy's lil girl. She's ambitious, she's a busy queen bee, catch quick meetings, using gps, a future CEO, dream a Lamborghini, house in the country hill, wearing designer's heels, reading Time magazine while having her lunch, had a straight face. People fear her. I watch tv, doing laundry, play with the kittens, bake a cake, making my own art jewelleries, taking pictures of people and things, sketch architecture, listen to the Beethoven, play 3 chords guitar, laugh at the tv show, laugh at myself, read books by the window, look at the rains and smiles, talk a lot. People think I'm spoiled. Dad's lil girl won't cry over petty things because her dad taught her that the cutest girl on earth are the one who are brave enough to face the world with a big smile and give a pat on the back of every people that she met (^^.v
Smile and forget everything.
CUTT !!
Wednesday, October 31, 2012
pro-duk produk product
Aku ni bukannya reti nak produk review segala tapi harini aku terpanggil untuk review jenis produk penjagaan muka iaitu moisturiser yang aku pernah gunakan. Moisturiser bermaksud pelembap, bukanlah kalau kulit muka yang berminyak khususnya kat dahi tu tak perlu pakai moisturiser kerana setiap jenis kulit muka pun aku rasa kene bubuh moisturiser untuk perlindungan harian dari sinar UVA/UVB yang boleh menjejaskan kulit muka. Certain orang pakai moisturiser sebab nak putih, nak samarkan noda/bintik hitam yang timbul akibat cuaca dan peningkatan usia, nak kurangkan kedutan dan lain-lain. Walau apa pun tujuan, pemakaian moisturiser ini wajib bagi wanita yang matang, macam aku. Hehe.
![]() |
| packaging yang cool! |
1st moisturiser yang aku tepekkan ke muka iaitu pada umur aku 14 tahun adalah produk Hazeline Snow. Gila ol skool produk ni. Arwah nenek aku yang perkenalkan kat aku katanya bagus dan boleh menghilangkan cela seperti bekas jerawat. Aku pakai tak habis pun 1 botol kecik tu, sebab kulit aku sensitif dan timbul tompok-tompok macam kurap kat muka waktu tu. Bukan salah arwah nenek aku ye tapi mungkin produk tu tak sesuai dengan kulit sebab aku tengok arwah nenek punya muka tu mulus je. Lepas tu aku tak pakai dah sebab kat sekolah aku sibuk bersukan, mana ada masa nak menepek krim entah apa-apa ke wajah ini. Result, kueng dan rentung kulit muka aku waktu zaman sekolah!
Start umur 20 aku gatal untuk berjinak-jinak semula dalam arena penjagaan wajah. Sari Ayu White by Mustika Ratu 1 set dari pencuci muka, toner, pelembap, masker, scrub sponsored by Kak ipar Long yang baik hati dari Teluk Intan, Perak. Dia ni ada butik kat Teluk Intan dan kedai dia ada jual benda-benda jamu dan Mustika Ratu segala tu. Kau bayangkanlah rupa aku yang kureng telah menjadi cerah dan putih dalam masa 3 bulan. Produk tu jenis 10ml pun nak puluhan ringgit mana aku mampu. Kakak tu baik sangat dengan aku dulu, lama tak jumpa apa khabarlah dia sekarang.
Belum pun habis pakai botol-botol Sari Ayu tu aku dah bercadang mencari produk lain, yang lebih fresh untuk usia remaja aku kataku. Lagipun produk tu menjadikan rupa aku putih yang pelik. Putih je macam hantu. Aku nak pegi main hoki petang-petang pun rasa takut nak duduk bawah matahari sebab risau jadi hitam. Jadi aku rasa benda ni merimaskan dan membataskan aktiviti petang-petang aku di kampus kerana perlu ambik masa 1/2 jam untuk bersiap dan last-last sembunyi bawah pokok. Baik aku tak payah pakai dan serahkan nasib pada matahari. Oleh kerana usia yang mentah maka aku telah terpengaruh dengan iklan dan terus membeli sebotol moisturiser berjenama ZA sejurus duit PT masuk ke akaun. Kehkehkeh. Aku tak suka leceh-leceh sebenarnya. Nak layan 3 step wajah tu memang tak laa. aku cari yang compact dan senang kerja. Waktu jadi student mana ada masa nak belek cermin? Tapi toilettries aku full set dan yang wajib ada adalah Johnson's Baby body lotion. Aku kan baby :D
![]() |
| teman setia =D |
Gila produk ZA ni bagus dol, dia punya iklan tu berkesan yang menunjukkan hasil - dewy translucent skin, flawless, moisturised dan aku setia menggunakannya sehingga titisan yang terakhir.
Ok aku dah start boring nak teruskan ni. Entah apahal aku merepek pasal moisturiser ni.
Oleh kerana muka aku dah dimanjakan dengan moisturiser maka setelah habis sebotol ZA tu aku dah meragau dan mulalah melilau mata tu bila singgah kaunter kecantikan dan serata farmasi lalu sekali lagi aku terpesona pada iklan dan tanpa membuang masa terus sahaja aku mendapatkan Loreal Hydrafresh dan pulang ke rumah dengan perasaan riang ria. Aku happy sangat, packaging cantik, botol menawan, bau mewah, texture rich tu boleh rasa bila ditepekkan ke muka. Tapi bila lama-lama pakai tu dia macam jadi kebas, jadi lali, kurang tindak balas ke atas muka aku lalu aku kembali semula ke kaunter ZA!yay! Uik, produk sama, botol tube yang handy tu tapi jenis kaca dia clear berbanding sebelum ini yang frosty sikit. aku tak kira, aku beli dan ternyata hasilnya amat memuaskan seperti yang terdahulu. Lepas tu aku boring aku guna Shiseido pureness, Simple, Clinique, Garnier, Olay total effect...haa itu jelah. Belum pernah lagi guna produk mahal gaban seperti La Mer dan Mary Kay walaupun ramai yang menyatakan kehebatan produk tersebut. Ukur baju di badan sendiri, belum mampu lagi ni dan yang terbaru jeng jeng jeng...
Loreal Revitalift - Pagi semalam dah licin coletan terakhir. Sobs.
Olay Regenerist - Baru nak try. Terpengaruh iklan jugak! agagaga
Itulah sahaja buat kali ni. Ala penatla nak taip panjang sangat. Aku nak kasitau sebenarnya semalam aku masuk watson dan aku tak suka pegi watson atau guardian atau seumpama dengannya kerana ianya sama macam masuk kedai buku, makan jam. Lain kalilah aku share ye, bila habis pakai produk baru ni tengoklah kalau aku rajin share effect nya.
Ada 1 masa tu aku rasa aku ni macam girlish habis, gedik, kejap macam lelaki macho, kejap pejuang keamanan, kejap macam orang tua, kejap macam budak-budak...macam setan.
CUTT !!
Thursday, October 18, 2012
idea people
Aku tak nak ingat masa
semalam, tapi mereka selalu mengingatkan aku tentang semalam. Aku bukan
salahkan mereka, tapi aku tak mampu tapis untuk menangkis rasa itu. Salah aku
jugak ke? Yerp. Aku ambik semua salah itu. Kalaulah hujung dunia itu ada…
Ok stop.
Tak semua orang pandai
menulis, tak semua orang mampu pergi sekolah dan belajar menulis. Tak nak
cerita pasal akta ok. Pergi sekolah belajar menulis, membaca, melukis, kacau
junior, tunjuk muka kerek kat senior, suka cikgu, tak suka, berdiri kat luar
kelas, atas meja, ok itu semua yang lalu.
Apa yang sebenarnya kita
belajar? (amboi, macam pihak kementerian)
No, no. Ada orang pandai
menulis dan membaca sejak umur 2 tahun, ada orang pandai visualize benda yang
dilihat dan menghafal sejak umur 2 tahun. Yang ke-2 itu aku. Aku pandai menulis
dan membaca bermula pada umur aku 7 tahun. Ya lambat. Sampai sekarang pun aku
selow sikit. Kepandaian, atau lebih sesuai lagi kita semua ni sebenarnya ada
kelebihan masing-masing. Bukan maksudnya kalau pandai menulis tak pandai
melukis dan vice versa. Maksud aku adalah
kecenderungan.
Ada orang semua benda yang dia
nampak boleh jadi idea, ada orang kena berkurung dalam tempurung baru timbul
idea. Jelas tak? Haaaa maknanya aku ni tengah serabut kepala otak ni…Lain yang
aku tengah buat, lain yang aku fikir, lain yang aku taip. Nampak tak aku punya
serabut sekarang ni?
Aku nak kena create 1 zen garden
space la kat opis ni kasi meditasi sikit kadang tu.
Ah amende lagilah yang aku
taip ni.
CUTT !!
Saturday, October 6, 2012
Aku pakai selipar pegi kedai,bukan berkaki ayam.itu pun nak kecoh
Muka kau ni klasikla, 80-an
Barang-barang yang kau beli/belek pun semua stail-stail 80an
Rohana Jalil? Shades? Siapa?
Wut do you expect?
Dressit to the 9 like u wanted me to do?
Push-up bra, micro mini, eye-lashes that was all so fake and live my life according to (modern) you? Be real, I'm up to the beat and heat of PSY too;
Face it. We're seriously discussing 'generation'.
A date with me maybe just a simple yong tau foo hunts in the middle of the night.
We may not be roaming about in the mall without me checkin up the latest self-improvements on the bookstores.
My life is maybe too simple, too black and white.
Yes, I'm boring.
Then i question, what is so punk about you?
baru real dont judge a book by its cover ni...
CUTT !!
Wednesday, September 26, 2012
aku suka taip benda-benda random dan berangan bila free sikit
How many of you, would dare :)
Aku memandangi Hatimah, dia tolehan ke kiri tembus ke luar. Jelak mungkin diperhatian begitu. Aku cuba mencari maksud kata-katanya 10 minit sudah. Rupanya aku telah menonton Hatimah lebih daripada 5 minit! Ya Tuhan, mungkin aku kehilangan akal memandang gadis ini dengan penuh dalam selama 10 minit. Hatimah seperti marah, aku menongkat dagu terus memandanginya. Aku senyum sendiri. Wajah Hatimah menyinga, tu warna merah di kedua tulang pipinya yang aku suka. Hatimah, oh Hatimah, kau buat aku jadi gila!
...dan koc B meluncur laju membelah malam.
Try me.
I don't think you'll even noticing. Except for the 'noticing' 'thing'.
Biasa la tu.. Jangan marah :)
CUTT !!
lempang aje sekali sekala
Awak,
Perempuan ni bodoh tau, awak tak tau ke?
Awak,
Hati perempuan ni macam tisu tau, 1 ply tissue tu,
hati-hati
Awak,
Kalau senyum kat perempuan tu nak kena fikir 2 kali,
apatah lagi kalau berkata-kata
Awak,
Sedar tak awak tu pelindung kami?
Bakal pemimpin-pemimpin kami yang dungu ni?
Yang mudah terhasut dengan kata-kata dan janji-janji
palsu,
Yang mudah cair dengan pujuk rayu,
Yang sentiasa terumbang-ambing dalam mencari makna hidup
ini?
Maka awak,
Ajarkan kami ilmu-ilmu yang bermanfaat,
Tunjukkan pada kami ciri-ciri pemimpin sebenar,
Hasut kami dengan kata-kata yang membawa ke arah kebaikan,
Beri nasihat dengan cara terbaik agar kami tidak terasa
hati.
Kerana awak,
Ada satu kuasa yang lagi hebat dari kuasa darth vader
boleh merasuk ubun-ubun kami,
Bila terasa diri dipermainkan kerana kebodohan kami,
Bila terasa hati dipecah-pecah menjadi cebisan-cebisan
kertas minyak,
Bila awak bertindak tanpa awak fikirkan kesannya..
dan menceritakan perihal bodoh kami kepada kawan-kawan
awak..
Tu yang jadi makan ubat tidur,
Tu yang jadi tunggu kat TBS lepas tu ambik bas patah
balik,
Tu yang jadi kelar-kelar tangan dengan pisau,
Tu yang jadi pms tak tentu pasal.
Lagi sekali saya ulangi, perempuan ni bodoh. Awak yang
bijak pandai ada 9 akal tu tolonglah tunjukkan.
Awak, saya kasitau awak ni. Awak sedar tak? Awak faham
ke?
Ngeri siak jadi perempuan ni…
CUTT !!
Tuesday, September 25, 2012
jejak merdeka
Objek-objek tumpat yang terdampar
Bicara angin dan batu-batan
Lekas-lekas pulang
Jamahkan sebiji kurma
Buat penguat langkahmu,
Demi panji yang dijanji
Membenar cahaya dalam sukma bisu
Tiadalah malam tanpa bintang langitku
Tiadalah pudar cahaya pagiku
Tebas keringat lelah
Saat menyerah warkah,
Kala bumi dan ufuk saling menongkat
Aku di kaki bukit sana
Asing tapi megah dan gagah
wth aku taip ni...
CUTT !!
Bicara angin dan batu-batan
Lekas-lekas pulang
Jamahkan sebiji kurma
Buat penguat langkahmu,
Demi panji yang dijanji
Membenar cahaya dalam sukma bisu
Tiadalah malam tanpa bintang langitku
Tiadalah pudar cahaya pagiku
Tebas keringat lelah
Saat menyerah warkah,
Kala bumi dan ufuk saling menongkat
Aku di kaki bukit sana
Asing tapi megah dan gagah
wth aku taip ni...
CUTT !!
Saturday, September 22, 2012
there's no such thing as kuda putih.
Ade sampai satu tahap tu kau akan rasa penat untuk menjelaskan, persetan sama perhitungan, pegi mampus sama telahan semua. Kau rasa tak perlu menegakkan benang yang basah, takde makna untuk bertelagah, kau bosan dan letih dengan semua yang berlaku lalu kau jalani sahaja hidup ini, meniti dengan senyuman, hadapi dengan kesabaran, tanpa perlu memberat-beratkan fikiran dengan hal-hal duniawi yang remeh temeh, hal-hal berbangkit yang sifar, kau cuma berjalan, senyum pada dunia.
Itu yang penting sebenarnya, senyum pada dunia. Kerana dari situ kau dinilai, apa halnya yang kau rasa di dalam itu tidak penting bagi mereka. Tidak penting juga bagi aku kerana segalanya telah mati semenjak aku mula senyum pada dunia.
=)
With 90s alternative rock, me and my 2 other girls and a guy friend will travel the world. We don't aim for the fame and money, just for the passion in performing and seeing culture. Honey, honestly I guess this is my destiny.
| whateva |
CUTT !!
Monday, September 10, 2012
tu misai ke tanglung?
Hye, inilah kasut raya saya.
Comel kan? ^^.v
Kepantangan saya adalah melihat benda-benda comel kerana serta merta saya akan menjadi gedik nauzubillah. Kalau kasut ini boleh dimakan atau dibawa tidur sudah tentu saya akan melakukan sedemikian rupa terhadapnya.
Saya sayang nak pakai kasut ni selalu jadi saya parking dalam kereta. Lihat tu, 1 tanglung telah hilang gara-gara kelasakan saya mengguna pakainya seperti kasut sukan bak kata orang jawa 'sembrono'. Next time kasut ini dan seumpamanya adalah untuk jalan-jalan di tempat mahal dan buat plesing aje.
Sekian sahaja cerita perihal kasut comel saya. Terhibur tak? Hiks. Muacxhhhxxoxo!
Comelllllllll! Ta-ta ^^.v
CUTT!!
| pinjam style abam mm |
Comel kan? ^^.v
Kepantangan saya adalah melihat benda-benda comel kerana serta merta saya akan menjadi gedik nauzubillah. Kalau kasut ini boleh dimakan atau dibawa tidur sudah tentu saya akan melakukan sedemikian rupa terhadapnya.
Saya sayang nak pakai kasut ni selalu jadi saya parking dalam kereta. Lihat tu, 1 tanglung telah hilang gara-gara kelasakan saya mengguna pakainya seperti kasut sukan bak kata orang jawa 'sembrono'. Next time kasut ini dan seumpamanya adalah untuk jalan-jalan di tempat mahal dan buat plesing aje.
Sekian sahaja cerita perihal kasut comel saya. Terhibur tak? Hiks. Muacxhhhxxoxo!
Comelllllllll! Ta-ta ^^.v
CUTT!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





