Tidak semua persoalan ada jawapan. Dialah yang Maha Mengetahui segala isi rahsia di bumi, di langit, mahupun sebesar zarah cuma atau yang sedikit terkelumit mahupun terdetik di hati. Kerana, manusia takkan sanggup untuk menghadapi kebenaran, takkan tega menerima kenyataan untuk jawapan bagi persoalan yang berlegar di kotak kepala dan jiwa tanpa sebarang persediaan.
Dengan rasa rendah dirinya kadang kala kita harus akur dengan sikap ingin tahu yang mendalam bahawa tidak semua soalan tersedia jawapan untuknya.
Jiwa manusia yang bergelodak dengan 1001 pertanyaan bukanlah suatu kesalahan kerana itulah salah satu sifat hamba yang sentiasa mencari sesuatu yang tiada jawapannya dalam pengetahuan kita. Berserta itu, seharusnya kita lebih bersikap tawadduk dengan meyakini bahawa Allah yang Maha Penyayang ada sesuatu yang baik untuk kita, yang kita tidak sepatutnya tahu selagi belum tiba masanya.
Gua bengang dengan Kosmikurious. Dia pikir gua ni mende nak kasitau semua kat dia.
p/s - Ada certain jawapan kau kena lalui realitinya kalau kau benar-benar bertanya. Persoalannya, kau sanggup? Tuhan kita memang hebat.
CUTT !!
2 comments:
sbb tulah wahyu turun
sbb manusia nih byk persoalannya
kdg yg tak masuk akal pun nak layan
ye betul tu..
Post a Comment