Friday, August 10, 2012

kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak datang sagu nya?

Grading test-Day 1

"Taikukoshodan!"
Kemas dan tangkas. Serius dan teratur.  3 mata. Bow. Green Belt.

"Heiyanshodan!"
Gugup tapi lancar. Pantas tapi tak tangkas. Eye contact, eye contact! 2 mata, 3 foul. Bow. Green belt.

"Heiyandidan!"
Inner strength. Powerful. Cekap, fokus. Full marks. Bow. Jump blue belt.

Keseluruhan lulus. Bukan senang tugas kasi markah. Tak suka juga nak failed kan orang sesuka hati. Kasi pass sebab cukup makan. Nasib baik ada disiplin. Tapi kalau tak perform dalam 3 minggu akan downgrade. Life pun macam tu jugak, bezanya manusia masih ada tolak ansur, akal fikiran. Kalau grading test, kirim salam.





Test gua pulak lagi 2 minggu. Cuak :( tapi konfiden tu kena ada.
Jangan konfiden sangat.




CUTT !!

Thursday, August 9, 2012

teman

Peony in Love

 













Shanghai Baby



















Ini jenis fiksyen oriental yang aku baca. Kalau orang tahu, mesti tak percaya tetapi fiksyen beginilah yang menghiasi rak buku aku. Lazimnya orang malaysia sangat sinikal pada produk timur; dari set penjagaan badan, barangan pakaian berjenama, gaya hidup, hatta bahan bacaan juga berpaksikan barat yang diagungkan. Rak buku kanak-kanak mana yang tidak ada dongengan Harry Potter? Disney's? Telah diset sedari kecil, dari negara 'orang kulit putih' semuanya hebat; walhal ada sesetengah tempat di negara mereka dari segi peluang pekerjaan dan taraf hidup jauh lebih mundur dari negara kita, Malaysia. Ya, akuilah kita adalah tinggalan yang masih dijajah pemikirannya.

Produk malaysia bagaimana pula? Lagu raya balik kampung 1Malaysia sudah diputarkan di corong radio, buku 1Malaysia? Hmm. Mungkin aku agak orthodoks dalam hal ini, tapi aku prefer buku-buku keluaran DBP kerana selain dapat memperbaiki bahasa dan perbendaharaan kata, kita juga dapat belajar tentang budaya sendiri.

Tidak juga aku menolak bacaan ringan lain dan semestinya kita perlu mendahulukan hasil tempatan. Jika ianya bagus dan seiring dengan masa, mengapa tidak?

Buku adalah budaya, bahasa jiwa bangsa.









CUTT !!

wey kau tengok sini, sini


Kalau nak difikirkan balik apa yang mereka pakatkan berdua memang aku marah. Memang aku betul marah. Tapi life is hard itself. Buat apa nak kasi susah lagi life masing-masing.

Tapi aku tetap dengan keputusan aku, selagi mereka tak confess, selagi itu dalam hati ini terukir dendam. Aku bukan patung yang boleh diperalatkan. Mestilah aku rasa diperkotak katikkan.

Aku harap menjadi teladan buat semua. Jangan cuba nak reka pelan mempermainkan perasaan orang lain. Kalau dijejak, sampai mati pun kau belum tentu hidup aman.

Kau nak tahu apa ego? Ini ego. Kau nak tahu apa jahat? Ini jahat. Kau rasa aku sweet? Jangan mudah rasa selesa kerana sekali aku berkeputusan, sekali amarah menguasai diri, nafsu bermaharaja lela, aku dah tak pedulik dengan semua. Kau nak tahu apa emo? Ini bapak segala emo. TRUST IS THE ISSUE, HONESTY. GOT IT? U SHOULD. Otherwise, you’re not worth to be a friend of mine. BACK THE FUCK OFF.







Ok sebenarnya akaun aku telah digodam.







CUTT !!

benci.

mengapa mesti aku jumpa lagi dia yang mengganggu lena tidurku tenang jagaku dia yang aku elakkan dari bertemu tetapi menjelma menjadi pelbagai bentuk air yang masuk ke bekas lalu aku tak betah bernafas dia dia yang aku benci muncul di depan mata semakin aku benci semakin menghampiri?


Aku benci kau! Pergi jahanammmm!!





CUTT !!

Friday, August 3, 2012

hey life :)


Wednesday, August 1, 2012

major belum master


“What? Psychology? Ape kau? Apsal?”

Aku senyum-senyum sementelah Proton Putra navy  terbayang, “First, aku dapat jumpe lecturer kacak tu lagi. Secondly, minatla pasal En. Zul pernah failed kan aku subjek psikologi straight in a row dalam 1 tahun. Kau boleh?”

“Itu bukan minatlah weih, itu balas dendam”

                “Revenge is sweet rite? Haha”

“Kau buang masa la..continue architecture la, surveying ke, masuk polis ke..”

                “Kau nak belajar ni, mana ada buang masa nya?” Aku renung langit.

“Lari tajukla, faham?”

Aku geleng kepala, dekatkan sikit ke depan,

                “Bagi aku can, untuk cari kaitan antara interior design dan psikologi alam sekeliling”

Aku dengar keluhan.

“Habistu, cuti ni ko nak buat apeni? Research? Baik masuk intake depan..”

“Aku nak try waitress Shakey’s la. Staff meal dia boleh tahan”

                “Laaaa…lagilah jauh!”

“Kau pergilah firm En. Osman tu, dia panggil aku ke sana. Boring aku office attire ni. Haha.”

Dilla cuma menggeleng kepala.







- Tali gitar putus pun aku dah meragau. Singgah kedai buku mana-mana tak hoii?






CUTT!!