Tuesday, July 3, 2012

lokasi cun, partners orait


Day 1

Melawat tapak pejabat baru. Aku takut sebenarnya. Waktu menumpang pejabat teman sudah sampai. Aku mesti berjalan sendiri. Terima kasih untuk perkhidmatan utilities dan jasa baik, oh juga kopi setiap pagi.

Lokasi bagus, tengah bandar maksudnya tak susah untuk dijejak dan senang mencari makan yang dekat dan mencari barang keperluan. Sebenarnya kali ini tumpang lagi, tapi berkongsi ruang (kongsi maksudnya, bayar). Kali ini juga penggunaan api+air+ip+blablabla sendiri. Takut tak ter-manage, takut tak terbayar.

Ikut hati buat dari rumah, makan, telefon, api+air semua percuma. Bad thinking sends you to bad results lah. Rumah aku ramai, perah otak nanti boleh jadi bersilat. So aku batalkan. Rumah untuk menonton bola bersama keluarga dan makan dan hari raya.

Bila sendiri, kena lebih disiplin. Bangun macam biasa, masuk opis macam biasa. Eh, boleh ke?





Opis baru kena pakai kipas dulu. Biar rasa panas sikit baru rajin. Kelak akan dengar,
“Lampu tak guna tutup woi”. Hmm..



Bismillah…






CUTT !!