“Hello,ya?”
“Aku ni,Ijan.”
“Ijan mana?ohhh...eh,ade hal ape ni?cemas je bunyi?”
“Aku ada kerja kat sini, ingat malam nanti nak jumpalah”
“Malam ni?err..ok lah.nanti apa-apa hal call aku jelah kalau dah siap kerja kau”
“Ok..err nak tanya, aku dah cari merata baju deftones tak jumpa.kot-kot jumpa sini tau tak kat mana?"
Aku check semula recent call. Aku tak pernah tengok nombor ni. Tapi dia kata Ijan. Ijan mana? Tapi deftones. Aku baru tukar nombor telefon, mana dia tau eh? Oh,kawan-kawan mestilah ambil tahu kan..So aku call semula. Yerp, Ijan. Kawan dari zaman tuisyen masa sekolah sampaila ke zaman ape semua kami redah. Sampai satu tahap kami bawa haluan masing-masing. Dia juga menyepikan diri sehinggalah muncul sekarang ni dengan wajah baru dan gaya seorang yang berjaya dalam bidangnya. Aku senyum bangga.
2003 dia berhijrah ke KL membawa rm50 menaiki motosikal, sekarang boleh berbangga dengan apa yang dia usahakan. Sedangkan aku, 2003 aku pulang ke tanah ini dan menolak tawaran Signature Kitchen kerana aku sudah muak di kota raya besar itu dengan rm50 yang kadang-kala short setiap bulan. Persamaannya adalah kami nekad. Nekad itu kadang kala bawa kesenangan dan kadang kala sebaliknya.
“Kau tak buat keputusan sekarang, kau akan hilang segalanya”
“Nak hilang apa lagi?aku dah hilang semua. Aku nak balik kampung, nak rest sebulan dua sebelum aku jalan lagi.”
“Ok, aku doakan kau berjaya”
“Thanx dude, kau tau aku bangga dengan kau.”
Kami sama-sama tersenyum dan menikmati malam sehingga kedai itu tutup dan kami membawa haluan masing-masing.
"bukan selalu ni,dah 10 tahun terperap.hehe." - komen ijan |
*moral of the story-kalau kawan lama, sekampung yang dah betul lama tak jumpa mesti pergi jumpa. Anda akan belajar sesuatu.
"Sori tak dapat carikan kau t-shirt deftones tuh."
"Alaa..silk screen jelah tak pun block, sempat lagi nih sebelum 14 Februari."
:)
CUTT !!
No comments:
Post a Comment