Monday, February 28, 2011

saya off di k_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ s twitter

*nyum.nyum.nyum* sambil kunyah cekodok, “kau tau apa..” nyum.nyum.nyum.. aku rasa aku tak produktif la sekarang ni..nyum.nyum.nyum (sambil tangan kiri cekak pinggang). Bukanlah maksud aku tu aku ni macam kilang nak kena produce produk, nyum.nyum.nyum. Tapi kan, kau orang rasa aku ni hari-hari pergi bergembira dan hati sentiasa gembira ke?nyum.nyum.nyum. Kau rasa aku hari-hari pergi parti orang-orang kaya ke? Kau ingat aku order lunch pakai telefon? Order kereta guna internet? Dalam banyak-banyak orang kenapa kau nak pilih aku? Kenapa? Kenapa?

Sudahlah.. nak aku canang macam mana lagi agaknya.. aku ni setiap hari berusaha untuk bangun, berusaha menjadi seorang yang berfikiran positif, berusaha untuk melupakan semua kesedihan. Boleh tak jangan ganggu emosi aku?

Kau nak percaya tak kalau aku cakap sekarang ni aku tengah sedih?tengah hiba?tengah berduka cita?tengah bergenang kelopak mata? Jangan guna kelemahan aku sebagai bahan uji kaji kau.

Imma happy girl by nature. Aku selalu ingatkan diri sendiri.





Bukan semua benda boleh buat berlakon. Bukan semua benda kau boleh multi-task.




p/s-semoga kita ambil iktibar di atas semua dugaan ini.amin.








CUTT !!

Friday, February 25, 2011

nak balik kampong..tolong..

Banyak-banyak rasa, yang paling aku tak boleh handle adalah rasa cemburu. Jeles ok, sakit hati, bukan envy. Rasa cemburu ni macam mata tu kecik, besar, kecik, besar. Dada tu pulak rasa macam nak pecah. Kalau boleh, lari sampai Jepun naik basikal pun sanggup. Dapat cabut semua connection dengan dunia luar dan sembunyi bawah bantal tu kira hebat.

Yang paling malang apabila cemburu dengan orang yang bukan cinta hati gua.

Kahkah. Ape keje la buang masa kan?
Bangang.







sangat sakit hati.BENCI !









CUTT !!





Thursday, February 24, 2011

sedang

Tengah buat ape tu?

A-kerja
B-tea break
C-sms
D-Facepook
E-Twitek
F-makan
G-tido

Aku rasa white house tengah kelam kabut ni. Gaddafi nak makan roti bakar pun takde selera. Obama mungkin tengah kerah otak gunakan waktu ini sebaik-baiknya. Al-Jazeera lagi berhempas-pulas bantai overtime. Ada bulan, ada bintang-bintang yang indah tapi tak boleh lelapkan mata pun susah jugak. Apa yang arwah datuk aku cerita pasal Gaddafi dulu kini depan mata aku. Serta merta aku sangat rindukan dia. Nanti senang aku post gambar kami membaca buku bersama-sama :) InsyaAllah. Al-Fatihah untuk Abdullah bin Rahmat.

Kita sedar dunia dah nak terbalik, yet kita masih di sini. Harapnya kita berganjak juga walaupun seinci. Kalau negara-negara Islam dah angkat pedang dan bersatu, mesti kau semua harap dulu sempat pergi PLKN. Dalam negara yang konon demokrasi ini kita sempat pergi order the tarik, jalan-jalan kat jusco. Harap takdelah tragedi kedai runcit tak jual makanan, tapi jual bom tangan. Ohh tidak.


........


malam ni nak teman housemate jalan-jalan cari barang kat jusco ^^






CUTT !!

Monday, February 21, 2011

suatu hari nanti kau pun akan berlakon juga

suatu hari nanti akan ada seorang lelaki yang datang kepadamu dan berkata;

"aku tak pernah jumpa wanita seperti kau.kau sangat berbeza"

dan kau tersenyum.



suatu hari nanti akan ada seorang lelaki yang akan pergi darimu dan berkata;

"aku tak pernah jumpa wanita seperti kau.kau sangat berbeza"

dan kau menangis.






*entri ni macam kimak



CUTT !!

Friday, February 18, 2011

tunggul

"Awak takpelah..sorang je.."
kata seorang rakan di dalam telefon.

Ha.Ha.Ha

Itu je yang aku boleh jawab.

Tak semua anak tunggal tu seronok menjadi tunggal. Azrafe Zaky seronok kot jadi tunggal? Aku pun tak tau, tak pernah tanya.

Waktu kecil aku selalu berangan mempunyai seorang abang/adik lelaki yang bernama Faizal. Ini cerita rare punya. Yang aku ingat setiap kali beli buku baru aku akan tulis “dimiliki oleh nama aku dan Faizal”. Entah dari mana datang nama Faizal tu pon aku tak tau. So Faizal ni dikira macam imaginary brader aku la. Sehingga pada suatu hari tu abah aku buatkan 1 'cop' tertera:


HAK MILIK
pelakonpopular


….....................
tanda tangan


Kesian tengok aku bermain dengan mimpi agaknya. Hehehe. So start dari hari aku guna cop tu untuk buku-buku aku, Faizal itu hilang. Waktu tu aku masih darjah 6. Takut jugak kalau Faizal tu muncul betul-betul waktu aku sorang-sorang. Tapi nasib baik kawan-kawan keliling ada ramai, lupa terus pasal imaginary brader tu tadi. Kesudahannya umur 12 tahun tu aku banyak bergaul dengan sepupu lelaki aku yang selalu datang dengan ayah dia every petang dan hantar sepupu aku time weekends. Aku memang selalu tunggu weekend sebab kitorang akan buat banyak benda best. Waktu tu kitorang buat projek motosikal. Ya, basikal tu kitorang layan masa darjah 3. Haha. Banyaklah jugak projek 'jantan' yang aku buat dengan dia. Okey tu cerita lainlah ye..next time yang senang aku cerita.

Aku jadi tak tau nak jawab best ke tak best jadi the only child dalam family. Waktu kecil ada rasa best dan bosan, dah besar ni rasa bosan je yang banyak. Anak manja? Heh. Nak semua mesti dapat? Heh. Kalau abah aku ajak pegi sekolah dia dulu aku sukalah, boleh main game pacman sebab abah aku ada kunci bilik komputer. Rob Janoff punya logo ni memang melekat dalam kepala aku.

Life aku biasa-biasa je waktu kecil. Macam korang, kena paksa makan sayur, kena kunci dalam tandas kalau balik lepas waktu maghrib, makan jajan seperti mamee sembunyi-sembunyi, main video game maksimum 1 jam...cuma tiada siapa yang bekap aku kalau dalam situasi yang..kau tau, kaki-kaki buli..oleh kerana aku seorang maka aku kena fight balikla. Gila apa kasi diri kena buli.


sekarang rindu kena jirus dengan air kalau tak bangun subuh T.T
maknanya aku home sick.








CUTT !!

Wednesday, February 16, 2011

adam

'Cemburu...'

Ya, aku mencemburui Adam dalam diam.
9 itu banyak ruangnya.

Bagaimana untuk aku tidak?



Boleh bagi aku alasan?




-subhanallah-




CUTT !!




Saturday, February 12, 2011

utusan wenger

Hello,ya?”

Aku ni,Ijan.”

Ijan mana?ohhh...eh,ade hal ape ni?cemas je bunyi?”

Aku ada kerja kat sini, ingat malam nanti nak jumpalah”

Malam ni?err..ok lah.nanti apa-apa hal call aku jelah kalau dah siap kerja kau”

Ok..err nak tanya, aku dah cari merata baju deftones tak jumpa.kot-kot jumpa sini tau tak kat mana?"





Aku check semula recent call. Aku tak pernah tengok nombor ni. Tapi dia kata Ijan. Ijan mana? Tapi deftones. Aku baru tukar nombor telefon, mana dia tau eh? Oh,kawan-kawan mestilah ambil tahu kan..So aku call semula. Yerp, Ijan. Kawan dari zaman tuisyen masa sekolah sampaila ke zaman ape semua kami redah. Sampai satu tahap kami bawa haluan masing-masing. Dia juga menyepikan diri sehinggalah muncul sekarang ni dengan wajah baru dan gaya seorang yang berjaya dalam bidangnya. Aku senyum bangga.

2003 dia berhijrah ke KL membawa rm50 menaiki motosikal, sekarang boleh berbangga dengan apa yang dia usahakan. Sedangkan aku, 2003 aku pulang ke tanah ini dan menolak tawaran Signature Kitchen kerana aku sudah muak di kota raya besar itu dengan rm50 yang kadang-kala short setiap bulan. Persamaannya adalah kami nekad. Nekad itu kadang kala bawa kesenangan dan kadang kala sebaliknya.


Kau tak buat keputusan sekarang, kau akan hilang segalanya”

Nak hilang apa lagi?aku dah hilang semua. Aku nak balik kampung, nak rest sebulan dua sebelum aku jalan lagi.”

Ok, aku doakan kau berjaya”

Thanx dude, kau tau aku bangga dengan kau.”

Kami sama-sama tersenyum dan menikmati malam sehingga kedai itu tutup dan kami membawa haluan masing-masing.



"bukan selalu ni,dah 10 tahun terperap.hehe." - komen ijan

*moral of the story-kalau kawan lama, sekampung yang dah betul lama tak jumpa mesti pergi jumpa. Anda akan belajar sesuatu.


"Sori tak dapat carikan kau t-shirt deftones tuh."
"Alaa..silk screen jelah tak pun block, sempat lagi nih sebelum 14 Februari."

:)






CUTT !!

Wednesday, February 9, 2011

the Night

Tougher than u think
Stronger than u can imagine

Parental advisory,
"don't mess with the night"

Use your glove,it might burn
Use your head inside your heart

Transparency over translucency

You might love
You might hate
The answer is yours
It's for u to take

I am real,
I am revolution.




CUTT !!

sejuk

Malam semalam kami bercerita tentang masa hadapan.
Bulan depan saya akan makan seorang
Siapa nak basuh toilet dan kemas dapur dengan saya?


"janganlah macam tu.." katanya

kali ini raut wajahku tak boleh tipu.perasaan jelas kelihatan.


Dengan siapa saya nak berebut hanger baju dan giliran membasuh baju?
Ampaian baju itu akan kosong
Tiada alasan untuk tersenyum mendengar suara kamu memberi salam.


Sepatutnya aku turut gembira menyambut berita ini. Kenapa semuanya harus berakhir apabila aku sudah bersedia untuk bermula?




call me sometimes ok?

















CUTT !!

Monday, February 7, 2011

nak pelempang ke nak lempeng?

Apa yang aku rasa ni kadang-kadang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Nak kata aku benci tidak, marah tidak, tak suka juga tidak, suka adalah sikit. Kasi terang sikitlah ye, dari sekolah sampai sekarang aku memang sensitif bab-bab telefon ni.

1- aku tak jawab nombor yang tak dikenali melainkan depa kasi intro seperti sms dahulu kenalkan diri. Tapi kadang-kadang aku terlupa save no telefon,kalau nombor yang familiar aku angkatla. Tapi don't worila, kebanyakan nombor kawan aku mesti
save punya.

2- kalau call sekali aku tak angkat maknanya aku betul-betul sibuk ataupun aku silent handphone. Tak payah nak misscall sampai 12 kali. Baik-baik aku nak return call terus datang meluat pulak.


Itu je aku nak kasitau. Memang menyampahla bila baca ni kan? Truth hurts isn't it? Lagi bagus daripada aku buat muka manis tapi dalam hati sumpah seranah kan? Korang sebagai kawan-kawan kena fahamla kan, setiap orang pun nak waktu peribadi yang berkualiti kadang-kadang. Cakapla aku dah kakak-kakak skang kan?

Sumpah aku sayang kawan-kawan aku, aku lagi sayang bila mereka berfikiran dewasa sikit. Takkan pasal aku tak jawab phone pun merajuk kan? Kasi can la okeh sayang? Senyum sikit..ha,camtulah :)

Sayang-sayang gua, sekarang bukan macam dulu lagi (kot?). Kita masing-masing ada tanggung jawab masing-masing. Mentang-mentang aku belum kawen, ko ingat life aku kau yang punya seperti waktu dahulu? Aku fikir sekarang baik aku buat projek solo la. Aku peningla kalau ramai mengharap kat aku yang tak ada apa-apa ni. Aku tak pernah janjikan apa-apa juga. Kalau betul ada projek best kita collaborate lah. Cerita dewasa-dewasa sikit.


Tapi aku salute my good frens. Ol good frens, my homeboys. Depa memahami gua yang sedikit kalut ni. True friends will wait. Thats why I love them.


Ya, cerita di atas adalah tentang kawan-kawan yang tak kenal gua tapi cakap dah kenal. Pernah alami ke? : Jangka masa perkenalan bukanlah penentu kita kenali hati budi seseorang, luar dan dalam. 14 tahun berkawan bagaikan 4 hari, 4 hari kadang kala bagaikan sudah 4 purnama. Ada kau fikir?



Life is magic.and I love u my friends.

(confirm kalau depa baca ni handphone aku senyap terus.brr.)




*kena pujuk lagi ! aih !




CUTT !!

Tuesday, February 1, 2011

cempaka di rembulan


Cempaka nama kami, bekerja setiap hari”


...lagu group Cempaka masa zaman sekolah rendah dulu. Tunas Puteri memang sebuah badan beruniform yang best. Setiap hari Sabtu kami akan berkumpul di sekolah membuat aktiviti-aktiviti riadah seperti permainan dan belajar nilai-nilai moral. Aku mengharapkan adanya aktiviti perkhemahan sewaktu awal-awal join group ni dulu. Berharap agar ada badan beruniform pengakap ataupun karate-do setidak-tidaknya untuk aku berperisai menumpaskan budak-budak lelaki gatal yang selalu main tarik tudung sekolah. Tunas Puteri ni agak 'cheesy' bagi aku. Ahehe. Tapi jangan risau, naik je sekolah menengah aku dah pegang belt yang boleh jadi instructor punya kalau aku mahu. Budak-budak lelaki sekolah menengah semua kalau lalu kena senyum kalau tak nak aku sadung kaki mereka. Ye ke? Nakalnya.. Ok, itu cerita lain.


Kalau tak kerja, duit tak masuk. Makan gaji buta, istilah itu dah tak relevan. Kalau kerja ada duit, tak kerja tiada duit. Aku rasa anthem Cempaka tu memang terbawa-bawa sampai sekarang. Atau aku patut tubuhkan group muzik bernama 'Cempaka' ? 





Tapi macam cool juga ada band nama 'Cempaka' ni.






CUTT !!