Aku kelihatan seperti seorang pembenci kah? Aku takkan pernah hendak membenci sesama manusia. Aku cukup yakin bahawa tujuan penghidupanku ke dunia ini adalah untuk menabur cinta, memberi kasih dan menghulur sayang walau manusia-manusia itu tidak pernah perasan akan kehadiranku yang sebenarnya melebar kasih sesama manusia. Jangan pernah menganggap aku ini sebagai ancaman sahabat, kalaulah aku mempunyai kuasa untuk menyama ratakan bangsa manusia, sudah tentu aku melapik hati kita-kita dengan lapisan cinta agar tidak terjadinya benci-membenci, iri hati dan berburuk sangka agar semuanya hidup harmoni, rukun dan aman. Itu semestinya lah mustahil.. cuma aku dapat canangkan bahawa kehadiranku sebagai kenalanmu adalah untuk memanjangkan ikatan kasih sesama manusia.
Aku tidak hairan lagi pada manusia yang suka memandang silap daripada mencari kebaikan dalam diri seseorang. Aku anggap itu sudah suratan dan aku sedikit kesal seandainya mereka tidak mencari penawar untuk sakit yang mereka hidapi sendiri. Sejujurnya aku memberitahu bahawa aku ini tiada apa yang hendak ditawarkan melainkan seorang kenalanmu yang suka hidup dalam keamanan, bergembira bersama orang-orang yang tersayang dan seorang yang mempunyai sekeping hati yang sukar ditafsirkan oleh mata-mata busuk. Aku cuma berdoa mereka semua menemui ubat untuk penyakit mereka..
Penilaian terhadap luaran jelas menampakkan betapa tipikalnya mereka ini dalam melaungkan kata-kata hipokrit yang kononnya mereka adalah bangsa manusia baru, bangsa manusia moden. Wajarkah kebaikan hati seseorang itu dinilai dari sudut latar belakang keluarganya? Ya. Wajarkah penilaian hati manusia dinilai dari sudut latar belakang pendidikannya? Ya. Jika mereka itu orang jalanan maka dia jahat? Ya. Jika ke kelab malam hanya berbuat maksiat? Ya. Kesemua soalan tadi akan selalu kita usulkan kepada diri sendiri. Ya kan? Aku juga berpendapat begitu. Jawapan memang tepat tetapi harus diingat bahawa itu ada leraiannya, pro dan kontra dan akhirnya akan berbalik semula soalan itu kepada diri kita sendiri. Maka, mereka adalah apa yang kita nilai berdasarkan latar belakang keluarga dan taraf pendidikan kita dan cara kita membuat rumusan. Fikirkan hubung kaitnya dan belajarlah menuding diri sendiri dahulu sebelum memandang manusia lain dengan sebelah mata. Sedarlah kita saling menyokong dalam rantaian hidup ini dan tegaslah dalam keputusan untuk mengamalkan 'kesamarataan'. Untuk menilai hati seseorang memerlukan 4 mata dari 4 penjuru dan 4 dimensi dan juga 4 sudut berbeza. Cubalah menjadi adil.
Aku bukanlah seorang yang baik yang wajar kau lihat kepadaku sambil menghulur pena dan kertas. Aku juga manusia biasa yang selalu membuat kesilapan. Bezanya cuma aku memiliki sejuta kasih sayang yang kau takkan terfikirkan apabila kau melihat aku. Memang aku aneh.
“Sebarkan kasih sayang, bukan benci”
CUTT !!
No comments:
Post a Comment