Saturday, June 26, 2010


THIS IS RESPECT.




They're so clever that they don't understand my final stage of dumbness”




Masksudnya:




Depa ni 'pandai sangat' sampai tak faham ayat gua yang cuma tingkat pertama gua tunjuk pandai”



Maksud bahasa melayu memang panjang kalau diterjemahkan. Sebab tu lah depa suka meleret. Tak kiralah dalam masa atau perbuatan maupun dalam melontarkan maksud hati. Nak berjanji meleret, 5 minit lambat pon kira meleretlah. Jalan lambat terhegeh-hegeh, konon jaga adab sopan? Zaman Hang Tuah kah sekarang ni? Dalam meluahkan ketidak puashatian pun meleret bab yang takde kena mengena. Lagi jengkel bila bentang mesyuarat kerja tapi sentuh hal peribadi. Memang agak tak professional walaupun dari luarannya kelihatan 'macam' professional. Out terus.




Cakap tak guna, nak tembak aim dulu subjek tu. Kalau subjek tu ada rupa bentuk macam aku.. baik kau cipta strategi yang paling canggih. Tak perlu teknologi terbaru, aku bukan robot. Aku rasa kau patut tonton 'The Mentalist' untuk cuci otak kau dulu sebelum berhadapan dengan pembunuh semacam aku. Kau nampak takut denganku. Aku tangan kosong, mengapa kau takut sangat? Tentera pun aku tak bawa. Malahan kau..hahaha..aku rasa kau kangkangkan nasi untuk pemikiran mereka-mereka yang agak dungu seperti kau. Aku berterima kasih kepada otakku yang 'kalis kangkang' ini. Jangan harap aku akan tunduk. Jangan kau minta aku untuk hormati manusia seperti kau yang tidak belajar mengenal jenis-jenis manusia yang kau perlu gauli. Bagi aku kau sangat 'biasa' dan memang wajar kau terus berada di sini.




Aku cuba untuk terus bergaul dengan kau dengan cara tidak menjilat tongkeng tapi kuberikan hati. Malangnya, kau bukan orang yang tepat untuk aku menabur benih. Tiada kepentingan buatku, tiada mendatangkan kebaikan buat jiwaku, kau tidak perlu ada dalam senarai taulanku. Tidak layak dan aku tidak menyesal kerana mengecilkan jumlah. Biar kecil kelompokku tapi semua boleh pakai. Pegi mati sana.






Psst. Jangan marah. Ha ha ha.







CUTT !!

Thursday, June 24, 2010

Sang Pencinta Cinta



Aku kelihatan seperti seorang pembenci kah? Aku takkan pernah hendak membenci sesama manusia. Aku cukup yakin bahawa tujuan penghidupanku ke dunia ini adalah untuk menabur cinta, memberi kasih dan menghulur sayang walau manusia-manusia itu tidak pernah perasan akan kehadiranku yang sebenarnya melebar kasih sesama manusia. Jangan pernah menganggap aku ini sebagai ancaman sahabat, kalaulah aku mempunyai kuasa untuk menyama ratakan bangsa manusia, sudah tentu aku melapik hati kita-kita dengan lapisan cinta agar tidak terjadinya benci-membenci, iri hati dan berburuk sangka agar semuanya hidup harmoni, rukun dan aman. Itu semestinya lah mustahil.. cuma aku dapat canangkan bahawa kehadiranku sebagai kenalanmu adalah untuk memanjangkan ikatan kasih sesama manusia.


Aku tidak hairan lagi pada manusia yang suka memandang silap daripada mencari kebaikan dalam diri seseorang. Aku anggap itu sudah suratan dan aku sedikit kesal seandainya mereka tidak mencari penawar untuk sakit yang mereka hidapi sendiri. Sejujurnya aku memberitahu bahawa aku ini tiada apa yang hendak ditawarkan melainkan seorang kenalanmu yang suka hidup dalam keamanan, bergembira bersama orang-orang yang tersayang dan seorang yang mempunyai sekeping hati yang sukar ditafsirkan oleh mata-mata busuk. Aku cuma berdoa mereka semua menemui ubat untuk penyakit mereka..


Penilaian terhadap luaran jelas menampakkan betapa tipikalnya mereka ini dalam melaungkan kata-kata hipokrit yang kononnya mereka adalah bangsa manusia baru, bangsa manusia moden. Wajarkah kebaikan hati seseorang itu dinilai dari sudut latar belakang keluarganya? Ya. Wajarkah penilaian hati manusia dinilai dari sudut latar belakang pendidikannya? Ya. Jika mereka itu orang jalanan maka dia jahat? Ya. Jika ke kelab malam hanya berbuat maksiat? Ya. Kesemua soalan tadi akan selalu kita usulkan kepada diri sendiri. Ya kan? Aku juga berpendapat begitu. Jawapan memang tepat tetapi harus diingat bahawa itu ada leraiannya, pro dan kontra dan akhirnya akan berbalik semula soalan itu kepada diri kita sendiri. Maka, mereka adalah apa yang kita nilai berdasarkan latar belakang keluarga dan taraf pendidikan kita dan cara kita membuat rumusan. Fikirkan hubung kaitnya dan belajarlah menuding diri sendiri dahulu sebelum memandang manusia lain dengan sebelah mata. Sedarlah kita saling menyokong dalam rantaian hidup ini dan tegaslah dalam keputusan untuk mengamalkan 'kesamarataan'. Untuk menilai hati seseorang memerlukan 4 mata dari 4 penjuru dan 4 dimensi dan juga 4 sudut berbeza. Cubalah menjadi adil.


Aku bukanlah seorang yang baik yang wajar kau lihat kepadaku sambil menghulur pena dan kertas. Aku juga manusia biasa yang selalu membuat kesilapan. Bezanya cuma aku memiliki sejuta kasih sayang yang kau takkan terfikirkan apabila kau melihat aku. Memang aku aneh.




“Sebarkan kasih sayang, bukan benci”





CUTT !!

Monday, June 21, 2010

Tak apa, saya maafkan.

Saya pernah terbaca sepotong ayat yang berbunyi :
"Jika ada orang suka atau sayangkan kita, ucapkan terima kasih dan alhamdulillah"

Orang yang suka kita mestilah berkata yang baik-baik tentang kita di hadapan teman-teman; jika dia benar sayangkan kita. Dia mestilah tidak cuba membuka aib orang yang disukainya malahan lagi membela walaupun orang yang tidak disukai itu berbuat salah dan yang paling penting dia takkan sesekali menebar fitnah. Yang sebenarnya fitnah itu dengan tujuan yang tidak lain dan tidak bukan demi untuk menunjukkan kehebatan diri.

Tidak, saya rasa tidak perlulah saya menuding jari kepada siapa-siapa 'siapakah gerangan orang' yang saya sebutkan tadi. Saya sayang semua yang menyayangi saya, kasih, rindu ingin berjumpa, bergurau senda dan membuat perkara-perkara yang menyeronokkan bersama. Saya gemar berbabeku.

Saya sebenarnya agak sedih dan terkilan dengan pulangan yang saya dapat. Rasa-rasanya saya tidak pernah memberi tuba malahan saya selalu membela dan memberi perangsang kepadanya untuk maju. Mungkin ini yang dikatakan "jangan mengharap balasan daripada manusia" - saya tak pernah mengharap balasan yang indah-indah, cuma sekadar menjadi setia dan jujur kepada saya itu sudah memadai. Rasanya saya tidak keseorangan menghadapi situasi ini?

Saya tak suka untuk memanjangkan cerita. Bagi saya, apa yang dah berlaku saya jadikan pengalaman dan saya anggap ini sebuah eksperimen dalam menilai hati budi seseorang. Yang pastinya, tiada peluang kedua untuk saya percaya mereka yang sejenis ini walaupun saya sudah memaafkan.




"Sorry.."

"Tak apa, saya maafkan.."

:)



CUTT !!

Tuesday, June 15, 2010

the Thing

Ok, u love this thing.
Everybody in the room knows u love this thing.
U always wanted to do this thing.
U always find time to do this thing, the things that makes u alive, the things that makes your blood rushin backwards,ups and down, u love the rush feelin that makes your eyes brighter than the bluey skies. The feelin of heartbeat like the love at the first sight.

But suddenly...

The things u loved forced u to do them.
The things u loved demand for your adrenaline rush.
The things u loved feels more like an overtime duty that u have to finish before dawn.

Then u wonder why...


U missed the old feeling..


U try to find where u have lost.


Sit.


In quiet...hoping that everything will be normal just like before.

U dont like to be in this 'love without lust'.u will lost.
Let loose. Let loose.



“i guess its normal.if u are not tired of what u always do, then u are not human” - William McGrath

I smiled back



CUTTT !!