Semai benih, siram.
Tumbuh anak, siram.
Keluar daun, siram.
Putik bunga, putik bunga!
Putik bunga baru nak keluar. Aku bajet nak siram lagi esok. Tapi petang ni, petang ni...dimakan kambing.
Penat juga pikir-pikir balik. Mungkin tak ada rezeki atau belum rezeki aku.
take back what u left here mister, i dont need it. after all these years u still dont get me. u still dont know me. take back what u left here and try to search in the cold markets near you, or in the luxury supermarkets if youre lucky. do the trade in concept.just consider mines sold.
what's broken, considered sold.
I may sounds cliche, yes im just like rest.
Hello :)
CUTT !!
Wednesday, October 2, 2013
Monday, September 2, 2013
jangan tengok afc tlc dan chef wan
Aku rasa itu dipanggil ‘passion
for sensation’.
‘Sepandai mana perempuan
akhirnya ke dapur juga’. Aku tak rasa ada skeptical meaning behind kata-kata
tu. Ianya memang benar.
‘Cara menambat hati
lelaki adalah melalui perutnya’. Aku rasa
ini berbaur seksis kerana well… perempuan juga begitu!
Suatu hari kau akan berangan
untuk menjadi suri rumah dan pada waktu itu dapur adalah milik kau dari dapur
kering ke dapur basah! Kau mencuba
resipi Italian, African, Thailand, a bit of Japanese, Chinese, rich Malaysian, mixed of
American foods! Yay!
Damn I love good food, tapi
tak pasti rajin tak masak nanti hehe.
Dah 2 tahun berangan nak beli
oven sendiri. Tapi tumpang kat dapur orang ni tak berapa syiok nak eksperimen. I
wanna make pretzels.and cakes.bake cute cupcakes.and.and.now I understand mana
letaknya nafsu sendiri.
Aku tak pasti aku ni suka
masak atau suka makan sebenarnya :9
CUTT !!
Wednesday, July 17, 2013
benda yang tak tau bila dibualkan, ianya akan jadi bebual.
Kamalia menjeling
aku dengan jelingan yang paling ngeri. Di sisinya Ros, tak henti-henti menangis
teresak-esak sejak dari bilik guru tadi. Aku buat muka tak tahu lalu terus
memberikan tumpuan kepada kelas Puan Selamah biarpun tumpuan aku menerawang
akan hal yang bakal berlaku balik rumah nanti.
"Tunggu nasib
kau Kamalia". getus aku di dalam hati.
“Siapa yang
cakap dengan mak aku hah? Baik kau cakap”. Aku menolak Ros ke dinding kuat.
“Aku tak
cakap, bukan aku” Ros terus-terusan menangis.
“Habis tu
kalau bukan kau, siapa?!”
“Kamalia”
Ros menekup
muka dengan kedua-dua belah tangannya. Tangisan semakin kuat.
Aku menarik
lengan Ros menuju ke kelas 3 Kuning. Sebaik merentasi kelas 3 Hijau semua mata
memandang ke arah kami.
“Diamlah. Kau
tak malu ke menangis depan ramai-ramai budak ni?”
Tangisan Ros
tidak reda.
Sebaik sampai
ke kelas aku mendorong Ros ke tempatnya dan aku terus menuju ke tempat dudukku.
Aku memandang Nazri dan Kecik tanpa bicara lalu mengeluarkan buku teks Bahasa
Malaysia dari dalam beg. Kamalia dan Zalina meluru ke tempat duduk Ros. Zalina
memandang aku dengan wajah seperti seorang pesalah.
“Apa
terjadi?” soal Azura kepadaku.
“Tak ada apa”
Azura senyap
lantas terdengar derap langkah kasut tumit tinggi yang sangat aku kenali masuk
ke kelas. Aku hanya memandang rotan berdiameter jari telunjukku di tangan Puan
Selamah. Puan Selamah memandang ke arahku.
“Kelas, buka
muka surat 23 dan jawab soalan. Penolong ketua darjah dan Roslina, ikut saya.”
Aku menelan
liur.
“Sekarang!”
p/s : Puan Selamah suka matching baju kurung biru dan tudung biru. Lipstik merah, tapi dia baik.
Oh hai selamat berpuasa dan jaga anal masing -masing ye! =D
Thursday, June 20, 2013
kuasa beli
Siapa kata pink untuk lelaki dan biru untuk perempuan hah? Siapa kata hah?
Tengokla beza barang-barang belian pilihan lelaki dan perempuan ni.
Tak tahu apa yang difikir lelaki. Sangat tak fun. Beli barang entah ape-ape entah. Bandingkan dengan pilihan perempuan sangaaaattt kawaiiiii okayyy!
Comeinye....okay sangat comellll >,<!
CUTT !!
Tengokla beza barang-barang belian pilihan lelaki dan perempuan ni.
![]() |
| lelaki punya |
![]() |
| perempuan punya |
Tak tahu apa yang difikir lelaki. Sangat tak fun. Beli barang entah ape-ape entah. Bandingkan dengan pilihan perempuan sangaaaattt kawaiiiii okayyy!
Comeinye....okay sangat comellll >,<!
CUTT !!
Sunday, June 16, 2013
bicara muzika
Skala menyusun ritma
Mengadun irama membentuk nota
Dikirim
2, 3 dan 4 biar senada se-ia sekata
Dihantar
Tidak difahami tidak dimengerti
Rasa
Sentuhan melodi
Resapi
Tiupan bayu bermelodi rindu
Sejuk kau rasa
Itu aku.
Waktu malam tepi laut mengadap bulan, kau baca ni pelan-pelan sambil bayangkan ade iringan bunyi seruling dan bunyi batang-batang buluh tirus berlaga. Tiba-tiba kau toleh kanan dalam jarak 50 meter kau ternampak ikan duyung kat atas batu. Cerita kartun Little Mermaid tu. Potong betul.
macam hantu berbual.meremang pulak bulu roma aku.
CUTT !!
Thursday, June 6, 2013
girl with guns
I was playing barbie when i was your age.and when u were in my age, you will be holding guns.
Wheres the fun in that huh?
CUTT !!
Wednesday, May 22, 2013
lepak dan borak
Ada orang suka buku. Ada orang suka beli buku. Ada orang suka baca buku. Ada orang suka beli dan baca buku. Ada orang suka kumpul buku. Ada orang suka baca, beli dan kumpul buku.
Ada jugak orang suka beli tak suka baca. Jarang dengar orang suka baca buku tapi tak suka beli.
Apa-apa pun yang mereka suka, mereka adalah dikalangan yang suka guna imaginasi.
"You may say i'm a dreamer, but i'm not the only one" - lagu apentah
CUTT !!
Tuesday, May 21, 2013
hanya ada masa sekarang
Aku tak berapa suka jangka masa singkat-singkat ni
sebenarnya. Paling singkat setengah tahun, itu baru cukup kalau nak kenal hati
budi. Paling lama tahap sabar separuh dari iman 2 tahun. Tahap mencabar return
2 kali pun ada. Longer tak pernah. Itu datang masalah lain pulak nanti.
Pertemuan dan perpisahan itu adat. Jodoh memang dah
tertulis lama dah sejak sebelum kita dilahirkan. Biarpun sekejap, ada juga
calitan memori yang terpahat. Itu biasa. Kena biasakan.
Jangka masa panjang pun tak bagus sebenarnya kerana ia
akan menanam benih sayang. Iaitu kelemahan manusia jika ianya dipupuk
berlebih-lebihan. Biarpun payah, aku terima. Takdir itu telah ditentukan. Aku telah
dibawa ke sini. Aku harap akan lebih tabah dan bersemangat. Tak mungkin akan
aku lupakan kenangan manis yang dibina bersama. Aku semakin selesa dan biasa,
umpama gula yang tak mampu melarutkan ketulannya lagi. Sebab itu ianya
ditakdirkan sampai di sini.
Mungkin kita akan bertemu lagi? Ya, seperti selalunya. Mungkin
bukan di sini, mungkin lebih dekat. Dekat di hati untuk diingati J
Tak. Apahal yang ko pikir aku cakap soal hati segala ni?
CUTT !!
Sunday, May 19, 2013
pink floyd
Dalam dunia yang serba pantas ni kita kadang kala seiring
masa. Kita terlupa untuk berehat sebentar, untuk benar-benar mendengar.
Kita bergerak laju untuk sentiasa ke hadapan. Beriringan setidak-tidaknya.
Kita terlupa, ada yang tidak berupaya atau tidak berdaya, terlupa ada yang
memerlukan tangan untuk berpaut. Kalaulah ada perhentian rehat dan rawat
diperjalanan kita yang laju itu, berhentilah berehat sebentar. Kita hirup udara
segar, nikmati, hadiahkan diri secawan kopi, berbual-bual dengan si penjual
buah-buah potong……
.....manalah tahu kalau dia ada anak lelaki yang kacak dan
baik hati. Kah kah. Bye gua nak tido.
Padahal gua lapar gile tapi malas nak pegi makan. Teman boleh?
CUTT !!
Wednesday, May 15, 2013
rindu betul dekat aku nampaknya.ni duduk depan laptop pun aku rasa macam naik lif.
Untuk menguatkan memori dan sentiasa dalam keadaan
bersedia, aku suka letak kunci kereta contohnya merata-rata. Bukan maksudnya
main campak je, tapi tidak di tempat yang sama setiap kali. First time aku
lupa, aku maybe akan cari sambil sakit hati dan kata-kata maki. Lagila bila aku
betul-betul nak cepat. Second time, saat aku nak placing kunci je aku akan fokus
kat mana aku letak tu, barang apa yang terdekat dengan kunci kereta tu
contohnya sebelah tv atau celah katil. Bila time nak guna maka aku akan guna
sikit kepala otak dan ingat.
Sebab bila aku jadikan habit balik rumah, gantung kunci
kereta; balik rumah, gantung kunci kereta; balik rumah, gantung kunci kereta;
aku akan rasa selesa, momen hanya ibarat cahaya-cahaya spektrum yang bertali
arus di kiri dan kanan, aku akan jadi objek pegun yang amat aku takuti, aku
akan jadi selesa.dan keselesaan itu yang akan membunuh aku, biarpun
aku.telah.lama.mati.
Tapi balik rumah dan terus slam atas katil adalah yang
paling selesa dalam dunia….zzzzzz…..
CUTT !!
Tuesday, May 14, 2013
Wednesday, May 8, 2013
oh cerianya hari-hariku =D
Aku baru ada masa balik kerja ni tengok-tengok jengah-jengah kat youtube hal-hal perihal sekitar PRU-13 kelmarin.
Ketahuilah bahawa aku sedang bersabar :)
BIGFUCKBIGFUCKBIGFUCK
CUTT !!
Ketahuilah bahawa aku sedang bersabar :)
BIGFUCKBIGFUCKBIGFUCK
CUTT !!
Thursday, April 25, 2013
-n-
Wednesday, April 24, 2013
perati je yang kau label tu sape suruh
Lupakan pasal Johnny Rotten, lupakan pasal Greg Graffin atau
anarkis di kuala lumpur atau di johor bahru, lupakan penentangan melawan
kapitalis atau menjatuhkan kerajaan, letakkan rambut tercacak kau biar belah
tepi sekalipun, kau tak payah cari makna dalam kamus, dalam Wikipedia mahupun
dalam jiwa-jiwa punk serata dunia, cari dalam diri kau. Ada aku tak dalam diri
kau? Kakaka
Ok-ok, siapa pernah tengok cerita ni? Maut. Maut. Ini baru
real. Bye lagi.
CUTT !!
Monday, April 22, 2013
keje aku tak siap jugak,duduk melangok je laa
Aku rasa dunia ni dah gila. Bila kau tak boleh nak percaya
sumber berita yang kau baca, kau menolak semua yang kau lihat, kau folo kata
hati kau. Semestinya folo kata hati itu bukan yang berasaskan membabi buta, it
should be followed by stack of experience, event-event sebelum ini, hipotesis
yang diyakini, wajah-wajah kepalsuan, suara-suara sumbang yang memudaratkan. Beruntunglah
bagi yang dapat membezakan, kalau tak, jadi mangsa pembodohan je la.
Serious shit dowh, meluat, jengkel dan rasa nak muntah. Dia fikir
dia apa? Heh.
![]() |
CUTT !!
Sunday, April 21, 2013
2 kuning - cikgu vatinah, fahmi,azura dan kumpulan gagak hitam
“Yanti, jomla kita main petang ni. Awak dah lama tak
datang rumah saya”
“Mak saya tak kasi kawan dengan awak”
“Kenapa?”
“Sebab awak banyak kutu”
“Saya minta maaf cikgu, saya tak makan gula-gula lagi
dalam kelas”
“Saya cakap dengan mak awak”
“Saya cakap dengan mak awak”
“Saya cakap dengan mak awak”
“Jangan kawan dengan dia”
“Jangan kawan dengan dia”
Berulang-ulang.
Aku menghulurkan 20 sen kepada pakcik yang menjual nasi
lemak di luar pagar sekolah. Waktu rehat singkat dan aku tak suka makan di
kantin sekolah, terpaksa berebut-rebut dan bakal terjumpa dengan mereka-mereka
yang memberi muka cuka kepadaku. Lagipun nasi lemak di kantin berharga 30 sen
tapi tak sedap.
Aku duduk makan di belakang bangunan perpustakaan. Di hujung
bangunan aku lihat ada juga 2 orang murid yang aku tak kenal sedang makan. Aku memang
sudah biasa berseorangan. Aku tak ambil pusing sangat dengan kata-kata mereka
yang cuba menjauhi dan menyakiti hati aku. Pada aku biarlah aku berseorangan
dari ditemani kawan-kawan yang tak ikhlas.
Habis makan aku teguk air susu yang dibekalkan mak. Rasa nak muntah.
Aku tak suka minum susu walau berapa banyak pun khasiat yang cikgu cerita.
“Hey”
Aku mendongak. Tercegat di hadapan berdiri 2 orang budak
lelaki sekelas denganku. Nazri, lebih tinggi dariku dan yang paling tinggi di
kelasku, datang bersama Kecik yang berketinggian paras dada Nazri dan separas
bahu aku.
“Kenapa?” soalku.
“Naik kelas nanti jumpa kat bilik air lelaki bawah”
Aku menoleh ke arah Kecik yang tersengih-sengih sambil
menggigit-gigit daun pokok puding yang baru dipetiknya.
“Buat ape?”
“Naik kelas nanti turun kejap. Aku dengan Kecik tunggu
sana”
“Yelah tengokla nanti”
Mereka berlalu sambil Kecik melompat-lompat lagak kurang
siuman. Aku merengus sambil membuang sampah bungkusan nasi lemak ke dalam tong
sampah yang disediakan di tepi perpustakaan. Aku membasuh tangan di paip yang
ada di sebelah bangunan lama sekolah dan mengatur langkah semula ke pintu masuk
perpustakaan. Buku Rapunzel aku tak habis baca lagi.
***
Fahmi terhiriskan pehanya dengan pisau lipat besi sewaktu
cuba menunjukkan aksi silap mata kepadaku. Suasana gembira tadi bertukar
menjadi cemas di kelas pendidikan seni. Aku berkejar ke bilik air untuk
mengambil segayung air bersih. Sedang aku berlari tiba-tiba aku ditahan. Aku imbangi
air yang aku bawa di dalam gayung, nasib baik tak tumpah ke baju.
“Kau hisap rokok?” tiba-tiba terpacul soalan itu lantas
aku tekupkan mulut sendiri.
Aku menoleh ke kiri dan kanan. Aku ditarik masuk ke bilik
air lelaki. Pintu ditutup. Nazri merapatkan badan ke arahku lantas
menghembuskan asap rokok ke mukaku.
“Kenapa penolong ketua darjah, kau nak tangkap aku?”
Aku geleng kepala.
“Aku tahu kau takkan buat macam tu” katanya lagi. Kecik
di luar bilik air, jaga pintu.
“Kenapa kau tak masuk kelas? Fahmi luka peha dia tu aku
nak cepat ni” aku separa berbisik dan menggesa.
Nazri senyum.
“Kau pulak, kenapa tak datang lepas rehat tadi?”
“Aku lupalah. Aku ke perpustakaan. Cepatlah apa kau nak?”
“Nah, ambik ni”
Nazri meletakkan sesuatu di dalam genggamanku. Aku membuka
genggaman, seperti lidi pencungkil gigi tetapi ada warna merah di hujungnya. Aku
terpinga-pinga kehairanan sambil memandang wajahnya.
“Masuk kumpulan aku. Kumpulan gagak hitam. Kitorang jadi kawan kau”
Aku memasukkan ke dalam poket pinafore dan terus meluru
ke kelas yang terletak di bangunan lama sebelah bilik air tersebut, yang
terletak di bangunan baru. Sebelum masuk ke kelas aku menoleh kea rah Nazri dan
Kecik dalam jarak 10 meter. Nazri hanya memandang dan Kecik melambai-lambai
tangan kepadaku.
Shit. Azura, budak sebelah meja aku berak cair di
kerusinya sambil menangis.
Aku suruh Kamalia punggah 2 baldi air. Kamalia jeling
aku.
Aku harap jalan cerita ni makin lama takde mengarut aku jadi power rangers menyelamatkan dunia pulak. Kakaka
CUTT !!
Subscribe to:
Posts (Atom)




