Wednesday, May 22, 2013

lepak dan borak


Ada orang suka buku. Ada orang suka beli buku. Ada orang suka baca buku. Ada orang suka beli dan baca buku. Ada orang suka kumpul buku. Ada orang suka baca, beli dan kumpul buku.

Ada jugak orang suka beli tak suka baca. Jarang dengar orang suka baca buku tapi tak suka beli.

Apa-apa pun yang mereka suka, mereka adalah dikalangan yang suka guna imaginasi.







"You may say i'm a dreamer, but i'm not the only one" - lagu apentah






CUTT !!

Tuesday, May 21, 2013

hanya ada masa sekarang


Aku tak berapa suka jangka masa singkat-singkat ni sebenarnya. Paling singkat setengah tahun, itu baru cukup kalau nak kenal hati budi. Paling lama tahap sabar separuh dari iman 2 tahun. Tahap mencabar return 2 kali pun ada. Longer tak pernah. Itu datang masalah lain pulak nanti.

Pertemuan dan perpisahan itu adat. Jodoh memang dah tertulis lama dah sejak sebelum kita dilahirkan. Biarpun sekejap, ada juga calitan memori yang terpahat. Itu biasa. Kena biasakan.

Jangka masa panjang pun tak bagus sebenarnya kerana ia akan menanam benih sayang. Iaitu kelemahan manusia jika ianya dipupuk berlebih-lebihan. Biarpun payah, aku terima. Takdir itu telah ditentukan. Aku telah dibawa ke sini. Aku harap akan lebih tabah dan bersemangat. Tak mungkin akan aku lupakan kenangan manis yang dibina bersama. Aku semakin selesa dan biasa, umpama gula yang tak mampu melarutkan ketulannya lagi. Sebab itu ianya ditakdirkan sampai di sini.

Mungkin kita akan bertemu lagi? Ya, seperti selalunya. Mungkin bukan di sini, mungkin lebih dekat. Dekat di hati untuk diingati J




Tak. Apahal yang ko pikir aku cakap soal hati segala ni?

               






CUTT !!

Sunday, May 19, 2013

pink floyd


Dalam dunia yang serba pantas ni kita kadang kala seiring masa. Kita terlupa untuk berehat sebentar, untuk benar-benar mendengar.

Kita bergerak laju untuk sentiasa ke hadapan. Beriringan setidak-tidaknya. Kita terlupa, ada yang tidak berupaya atau tidak berdaya, terlupa ada yang memerlukan tangan untuk berpaut. Kalaulah ada perhentian rehat dan rawat diperjalanan kita yang laju itu, berhentilah berehat sebentar. Kita hirup udara segar, nikmati, hadiahkan diri secawan kopi, berbual-bual dengan si penjual buah-buah potong……

.....manalah tahu kalau dia ada anak lelaki yang kacak dan baik hati. Kah kah. Bye gua nak tido.





Padahal gua lapar gile tapi malas nak pegi makan. Teman boleh?








CUTT !! 

Wednesday, May 15, 2013

rindu betul dekat aku nampaknya.ni duduk depan laptop pun aku rasa macam naik lif.


Untuk menguatkan memori dan sentiasa dalam keadaan bersedia, aku suka letak kunci kereta contohnya merata-rata. Bukan maksudnya main campak je, tapi tidak di tempat yang sama setiap kali. First time aku lupa, aku maybe akan cari sambil sakit hati dan kata-kata maki. Lagila bila aku betul-betul nak cepat. Second time, saat aku nak placing kunci je aku akan fokus kat mana aku letak tu, barang apa yang terdekat dengan kunci kereta tu contohnya sebelah tv atau celah katil. Bila time nak guna maka aku akan guna sikit kepala otak dan ingat.

Sebab bila aku jadikan habit balik rumah, gantung kunci kereta; balik rumah, gantung kunci kereta; balik rumah, gantung kunci kereta; aku akan rasa selesa, momen hanya ibarat cahaya-cahaya spektrum yang bertali arus di kiri dan kanan, aku akan jadi objek pegun yang amat aku takuti, aku akan jadi selesa.dan keselesaan itu yang akan membunuh aku, biarpun aku.telah.lama.mati.

Tapi balik rumah dan terus slam atas katil adalah yang paling selesa dalam dunia….zzzzzz…..







CUTT !!

Tuesday, May 14, 2013

dalam hati

"Nak mampos ape korang ni?" aku cakap dalam hati.





CUTT !!

Wednesday, May 8, 2013

oh cerianya hari-hariku =D

Aku baru ada masa balik kerja ni tengok-tengok jengah-jengah kat youtube hal-hal perihal sekitar PRU-13 kelmarin.

Ketahuilah bahawa aku sedang bersabar :)





BIGFUCKBIGFUCKBIGFUCK




CUTT !!