Tuesday, December 11, 2012
ini cerita seram
Aku selak sliding door perlahan-lahan dan keluar slow-slow macam penyamun. Saat aku terpijak kepingan papan yang betul-betul sape entah letak depan pintu tu aku cepat-cepat alihkan kaki dan pandang ke dalam rumah. Nasib baik tak kuat sangat keriutnya. Aku mencangkung betul-betul mengadap rimbunan pokok yang persis pokok kelapa sawit di sebelah rumahku. Gelap betul area belakang rumah aku. Kalau ada burung putih terbang mesti aku dah ingat cik pon lalu aku pandang sahaja ke pokok kelapa sawit di tepi rumah. Aku keluarkan sebatang rokok winston merah dan aku nyalakan.
inhale, exhale...Nikmatnyaaaaaaaaa
Belum pun sampai steng aku hisap, peha aku gatal-gatal lalu merebak sampai ke tapak kaki. Ini bukan angkara anak jin, bentak hatiku lalu aku menyuakan api petikan lighter ke kaki dan rupa-rupanya aku sedang memijak pusat operasi semut api. Faaakkkkk. Dengki!
Setan apa yang sedang duduk dalam rokok ni hah?
CUTT !!
Cut !
5:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment