Aku ni bukannya reti nak produk review segala tapi harini aku terpanggil untuk review jenis produk penjagaan muka iaitu moisturiser yang aku pernah gunakan. Moisturiser bermaksud pelembap, bukanlah kalau kulit muka yang berminyak khususnya kat dahi tu tak perlu pakai moisturiser kerana setiap jenis kulit muka pun aku rasa kene bubuh moisturiser untuk perlindungan harian dari sinar UVA/UVB yang boleh menjejaskan kulit muka. Certain orang pakai moisturiser sebab nak putih, nak samarkan noda/bintik hitam yang timbul akibat cuaca dan peningkatan usia, nak kurangkan kedutan dan lain-lain. Walau apa pun tujuan, pemakaian moisturiser ini wajib bagi wanita yang matang, macam aku. Hehe.
packaging yang cool! |
1st moisturiser yang aku tepekkan ke muka iaitu pada umur aku 14 tahun adalah produk Hazeline Snow. Gila ol skool produk ni. Arwah nenek aku yang perkenalkan kat aku katanya bagus dan boleh menghilangkan cela seperti bekas jerawat. Aku pakai tak habis pun 1 botol kecik tu, sebab kulit aku sensitif dan timbul tompok-tompok macam kurap kat muka waktu tu. Bukan salah arwah nenek aku ye tapi mungkin produk tu tak sesuai dengan kulit sebab aku tengok arwah nenek punya muka tu mulus je. Lepas tu aku tak pakai dah sebab kat sekolah aku sibuk bersukan, mana ada masa nak menepek krim entah apa-apa ke wajah ini. Result, kueng dan rentung kulit muka aku waktu zaman sekolah!
Start umur 20 aku gatal untuk berjinak-jinak semula dalam arena penjagaan wajah. Sari Ayu White by Mustika Ratu 1 set dari pencuci muka, toner, pelembap, masker, scrub sponsored by Kak ipar Long yang baik hati dari Teluk Intan, Perak. Dia ni ada butik kat Teluk Intan dan kedai dia ada jual benda-benda jamu dan Mustika Ratu segala tu. Kau bayangkanlah rupa aku yang kureng telah menjadi cerah dan putih dalam masa 3 bulan. Produk tu jenis 10ml pun nak puluhan ringgit mana aku mampu. Kakak tu baik sangat dengan aku dulu, lama tak jumpa apa khabarlah dia sekarang.
Belum pun habis pakai botol-botol Sari Ayu tu aku dah bercadang mencari produk lain, yang lebih fresh untuk usia remaja aku kataku. Lagipun produk tu menjadikan rupa aku putih yang pelik. Putih je macam hantu. Aku nak pegi main hoki petang-petang pun rasa takut nak duduk bawah matahari sebab risau jadi hitam. Jadi aku rasa benda ni merimaskan dan membataskan aktiviti petang-petang aku di kampus kerana perlu ambik masa 1/2 jam untuk bersiap dan last-last sembunyi bawah pokok. Baik aku tak payah pakai dan serahkan nasib pada matahari. Oleh kerana usia yang mentah maka aku telah terpengaruh dengan iklan dan terus membeli sebotol moisturiser berjenama ZA sejurus duit PT masuk ke akaun. Kehkehkeh. Aku tak suka leceh-leceh sebenarnya. Nak layan 3 step wajah tu memang tak laa. aku cari yang compact dan senang kerja. Waktu jadi student mana ada masa nak belek cermin? Tapi toilettries aku full set dan yang wajib ada adalah Johnson's Baby body lotion. Aku kan baby :D
teman setia =D |
Gila produk ZA ni bagus dol, dia punya iklan tu berkesan yang menunjukkan hasil - dewy translucent skin, flawless, moisturised dan aku setia menggunakannya sehingga titisan yang terakhir.
Ok aku dah start boring nak teruskan ni. Entah apahal aku merepek pasal moisturiser ni.
Oleh kerana muka aku dah dimanjakan dengan moisturiser maka setelah habis sebotol ZA tu aku dah meragau dan mulalah melilau mata tu bila singgah kaunter kecantikan dan serata farmasi lalu sekali lagi aku terpesona pada iklan dan tanpa membuang masa terus sahaja aku mendapatkan Loreal Hydrafresh dan pulang ke rumah dengan perasaan riang ria. Aku happy sangat, packaging cantik, botol menawan, bau mewah, texture rich tu boleh rasa bila ditepekkan ke muka. Tapi bila lama-lama pakai tu dia macam jadi kebas, jadi lali, kurang tindak balas ke atas muka aku lalu aku kembali semula ke kaunter ZA!yay! Uik, produk sama, botol tube yang handy tu tapi jenis kaca dia clear berbanding sebelum ini yang frosty sikit. aku tak kira, aku beli dan ternyata hasilnya amat memuaskan seperti yang terdahulu. Lepas tu aku boring aku guna Shiseido pureness, Simple, Clinique, Garnier, Olay total effect...haa itu jelah. Belum pernah lagi guna produk mahal gaban seperti La Mer dan Mary Kay walaupun ramai yang menyatakan kehebatan produk tersebut. Ukur baju di badan sendiri, belum mampu lagi ni dan yang terbaru jeng jeng jeng...
Loreal Revitalift - Pagi semalam dah licin coletan terakhir. Sobs.
Olay Regenerist - Baru nak try. Terpengaruh iklan jugak! agagaga
Itulah sahaja buat kali ni. Ala penatla nak taip panjang sangat. Aku nak kasitau sebenarnya semalam aku masuk watson dan aku tak suka pegi watson atau guardian atau seumpama dengannya kerana ianya sama macam masuk kedai buku, makan jam. Lain kalilah aku share ye, bila habis pakai produk baru ni tengoklah kalau aku rajin share effect nya.
Ada 1 masa tu aku rasa aku ni macam girlish habis, gedik, kejap macam lelaki macho, kejap pejuang keamanan, kejap macam orang tua, kejap macam budak-budak...macam setan.
CUTT !!