Wednesday, September 26, 2012

aku suka taip benda-benda random dan berangan bila free sikit

How many of you, would dare :)

Aku memandangi Hatimah, dia tolehan ke kiri tembus ke luar. Jelak mungkin diperhatian begitu. Aku cuba mencari maksud kata-katanya 10 minit sudah. Rupanya aku telah menonton Hatimah lebih daripada 5 minit! Ya Tuhan, mungkin aku kehilangan akal memandang gadis ini dengan penuh dalam selama 10 minit. Hatimah seperti marah, aku menongkat dagu terus memandanginya. Aku senyum sendiri. Wajah Hatimah menyinga, tu warna merah di kedua tulang pipinya yang aku suka. Hatimah, oh Hatimah, kau buat aku jadi gila!
...dan koc B meluncur laju membelah malam.


Try me.
I don't think you'll even noticing. Except for the 'noticing' 'thing'.

Biasa la tu.. Jangan marah :)






CUTT !!

lempang aje sekali sekala



Awak,
Perempuan ni bodoh tau, awak tak tau ke?
Awak,
Hati perempuan ni macam tisu tau, 1 ply tissue tu, hati-hati
Awak,
Kalau senyum kat perempuan tu nak kena fikir 2 kali, apatah lagi kalau berkata-kata
Awak,
Sedar tak awak tu pelindung kami?
Bakal pemimpin-pemimpin kami yang dungu ni?
Yang mudah terhasut dengan kata-kata dan janji-janji palsu,
Yang mudah cair dengan pujuk rayu,
Yang sentiasa terumbang-ambing dalam mencari makna hidup ini?
Maka awak,
Ajarkan kami ilmu-ilmu yang bermanfaat,
Tunjukkan pada kami ciri-ciri pemimpin sebenar,
Hasut kami dengan kata-kata yang membawa ke arah kebaikan,
Beri nasihat dengan cara terbaik agar kami tidak terasa hati.
Kerana awak,
Ada satu kuasa yang lagi hebat dari kuasa darth vader boleh merasuk ubun-ubun kami,
Bila terasa diri dipermainkan kerana kebodohan kami,
Bila terasa hati dipecah-pecah menjadi cebisan-cebisan kertas minyak,
Bila awak bertindak tanpa awak fikirkan kesannya..
dan menceritakan perihal bodoh kami kepada kawan-kawan awak..
Tu yang jadi makan ubat tidur,
Tu yang jadi tunggu kat TBS lepas tu ambik bas patah balik,
Tu yang jadi kelar-kelar tangan dengan pisau,
Tu yang jadi pms tak tentu pasal.
Lagi sekali saya ulangi, perempuan ni bodoh. Awak yang bijak pandai ada 9 akal tu tolonglah tunjukkan.

Awak, saya kasitau awak ni. Awak sedar tak? Awak faham ke?





Ngeri siak jadi perempuan ni…







CUTT !!

Tuesday, September 25, 2012

jejak merdeka

Objek-objek tumpat yang terdampar
Bicara angin dan batu-batan
Lekas-lekas pulang
Jamahkan sebiji kurma
Buat penguat langkahmu,
Demi panji yang dijanji
Membenar cahaya dalam sukma bisu

Tiadalah malam tanpa bintang langitku
Tiadalah pudar cahaya pagiku
Tebas keringat lelah
Saat menyerah warkah,
Kala bumi dan ufuk saling menongkat
Aku di kaki bukit sana
Asing tapi megah dan gagah



wth aku taip ni...





CUTT !!

Saturday, September 22, 2012

there's no such thing as kuda putih.



Ade sampai satu tahap tu kau akan rasa penat untuk menjelaskan, persetan sama perhitungan, pegi mampus sama telahan semua. Kau rasa tak perlu menegakkan benang yang basah, takde makna untuk bertelagah, kau bosan dan letih dengan semua yang berlaku lalu kau jalani sahaja hidup ini, meniti dengan senyuman, hadapi dengan kesabaran, tanpa perlu memberat-beratkan fikiran dengan hal-hal duniawi yang remeh temeh, hal-hal berbangkit yang sifar, kau cuma berjalan, senyum pada dunia.

Itu yang penting sebenarnya, senyum pada dunia. Kerana dari situ kau dinilai, apa halnya yang kau rasa di dalam itu tidak penting bagi mereka. Tidak penting juga bagi aku kerana segalanya telah mati semenjak aku mula senyum pada dunia.

=)



With 90s alternative rock, me and my 2 other girls and a guy friend will travel the world. We don't aim for the fame and money, just for the passion in performing and seeing culture. Honey, honestly I guess this is my destiny.


whateva







CUTT !!

Monday, September 10, 2012

tu misai ke tanglung?

Hye, inilah kasut raya saya. 

pinjam style abam mm

Comel kan? ^^.v

Kepantangan saya adalah melihat benda-benda comel kerana serta merta saya akan menjadi gedik nauzubillah. Kalau kasut ini boleh dimakan atau dibawa tidur sudah tentu saya akan melakukan sedemikian rupa terhadapnya. 

Saya sayang nak pakai kasut ni selalu jadi saya parking dalam kereta. Lihat tu, 1 tanglung telah hilang gara-gara kelasakan saya mengguna pakainya seperti kasut sukan bak kata orang jawa 'sembrono'. Next time kasut ini dan seumpamanya adalah untuk jalan-jalan di tempat mahal dan buat plesing aje.

Sekian sahaja cerita perihal kasut comel saya. Terhibur tak? Hiks. Muacxhhhxxoxo!



Comelllllllll! Ta-ta ^^.v






CUTT!!

Sunday, September 9, 2012

bersulam emas

Badan kurus tulang besi tau, kau tau apa? Tapi batu bata aku tak terbelah dua, retak dan berkecai. Itu je satu point yang aku gagal. KaTa, terbaik keseluruhan, sparing 4/5. Aku tak capai standard. Aku frust sangat.

       "Distraction. U tak fokus. I told u to leave your problems at the front door, find your inner peace"

"..and cut down your smoking habits"

        "Master". Angguk, aku tunduk hormat.

Aku tak dapat join tournament yang bakal disertai pelatih-pelatih dan peserta-peserta terbaik dari Jepun. Goshin-Ryu & Shorin-Ryu unites. Aku sedikit stress. Even aku dah cuba sedaya upaya, even aku keluarkan segala yang aku ada, selagi tak diizinkanNya, aku tetap tak dapat apa yang aku mahukan. Aku cuba berfikiran positif dan menganggap bukan rezeki aku kali ini. Cuba kaji dan cermin semula diri dan terus tingkatkan prestasi. Dalam 10 orang, 4 orang yang tidak layak itu termasuk aku. Kami ditugaskan menjaga hq dan menguruskan hal-hal di sini.



Pagi ni batang-batang pisang belakang rumah jadi mangsa. Jantung pisang masak lemak cili padi pun sedap. Dammit.







CUTT !!




Wednesday, September 5, 2012

seteru dalam gebor


Gua sengaja tekan minyak kat satu minah ni. Dalam benda-benda random. Case study? 2 in 1 la. Gua nak kenal hati budi dia. Frankly speaking, gua tak pernah berkenan nak kenal dia. Dia yang terhegeh-hegeh. Why not? Gua fikir. Gua juga insist nak ada kawan rapat wanita selain tenuk parsi. Pung-pang-pung gua rasa 3 kali gua dah kasi can dan gua kasi hint supaya beliau tidak berperangai gampang. Lama juga gua sabar dengan dia. Tak boleh pakai. Suka bawak mulut. Tak jujur. Tak loyal. Muka-muka. Bagi side gua, jenis gini gua takkan pegang lama. Enough is enough.


Kalau benda pasal maruah, memang boleh bawak bergaduh. Imma proud lil monk. Benda fitnah ni selalu je melanda hidup gua. Gua tak kacau pun life orang, tapi memang Tuhan tu nak tunjuk minah jenis gini supaya gua takde intention lagi untuk cuba berkawan dengan wanita. Yang tak memberi manfaat, yang tidak membawa kebaikan, attention whore, jenis ego, bodoh sombong dan..ahh..gua tak salahkan minah ni, gua pun bukan betul sangat, gua tau gua yang bersalah kerana cuba menjadi diri yang bukan gua. Sebelum gua keluarkan perangai gampang gua pula, gua decide sampai situ sahaja, gua taknak kenal dia lagi. 



I am what u think i'm not. Do you fuckin care? Me neither :)






CUTT !!

Sunday, September 2, 2012

cari apa? nak sangat aku nulis? ambik.

Boneka

Mungkin aku ini kau anggap patung bernyawa,
Senyuman aku bisa buat kau bahagia,
Gembira duka aku drama-drama yang berwarna,
Kau terpesona,
Biar aib tetap menjadi bahan ketawa.
Kau mencoret jalan cerita,
Demi hati kamu, jenis sesama sendiri.

Mungkin benar telahan itu,
Jasad kaku, kau yang menggerakkan aku,
Tingkah laku perbuatan aku penuh pura-pura,
Tapi sayang, aku tiada berjiwa,
Aku tidak berkelana,
Kau yang bakal rasa pahitnya,
Kau yang bakal rasa pahitnya.




Hari raya bulan kemaafan my ass. Puihh.





CUTT !!