Friday, June 29, 2012

dewa


Kata-katamu
Tersusun indah
Selalu jadi madah
Dalam hatiku
Aku bermimpi
Siang tak pasti




^bunga_kejora^





Kadang tu gua teringin jugak nak susun ayat..diamlah.

 




CUTT !!

Friday, June 15, 2012

space and time (part 2)


“Negative space”, first crit (critique) dari lecturer kacak aku. (refer tulisan merah ‘avoid’).

“How do u want to make use of this space” dia tanya lagi. Mana aku tau? aku diamla.

“Macam mana nak buat construction? Struktur pun tak capai piawaian?” aku diam lagi.

Space pun ada negative positif aku fikir. Ingatkan dah tak perlu fikir pasal ion-ion lagi. Aku mengeluh. Aku tak berapa faham sebenarnya.

Negative space dalam interior design sebenarnya adalah ruang yang sepatutnya boleh digunakan tetapi kita bazirkan. Maka, jadilah ia negative space. Seorang interior designer yang bijak mahupun suri rumah yang mengatur ruang kediaman haruslah menitik beratkan tentang isu ‘negative space’ ini. Contoh negative space yang digunakan dengan betul adalah seperti kat bawah :



ruang terhad bawah cermin tingkap guna sebagai storage
 
Ruang yang kita harus hati-hati adalah ruang yang bersegi dan inilah kaitannya dengan masalah negative space aku yang kat kokpit tu. Tengok gambar kat bawah ni.



 
Syok ah? Tak dapat kawal jet pejuang pun aku dah dapat feel tu. Kat work space aku kawal cctv, baca buku, minum teh, mengadap komputer, melukis, menyanyi, lepak layan movie? Then terpacul, what was this woman do for a living eh?

Heh. I live my life, that’s what I do.






Banyak-banyak soalan itu yang kau tanya? Ape benda kau?









CUTT !!

space and time (part 1)


Ok, kemasukan aku ke maktab tentera sg. Besi ditolak dengan alasan yang agak munasabah, keputusan PMR yang tak cemerlang. 8A diperlukan untuk melayakkan diri sebagai calon-calon pemandu jet pejuang. Dengan 6A 2B dan aku ditawarkan untuk belajar di asrama penuh serata Malaysia. Aku menolak untuk ke mana-mana. Orang tua yang paling hampa. Tapi aku memang keras, aku mahu belajar di sg. Besi. Aku bentak di dalam hati. Cita-cita aku.. Biarpun kecewa, aku akhirnya redha dengan ketentuan Illahi.

 “Bukan rezeki aku”.

Sepi.

Projek pertama di alam universiti : Personal Living Space (according to your interest)
Apa beza diantara personal dan privacy? Mestilah ada beza. Personal adalah lebih intimate dari privacy. Contoh : Ruang privacy adalah bilik tidur, manakala ruang personal adalah bilik air. Aku taknak bercerita pasal ruang sebenarnya ni, aku cuma nak korang lebih jelas maksud ruang personal.

Wait,wait..aku sebenarnya nak cerita pasal projek aircraft living space aku. Selalu tersasar.

Minat aku waktu itu, anything challenging physically, mentally dan ia adalah pemandu jet pejuang. Livin a life as tentera means ko takde masa lapang, aktiviti penuh from dusk to dawn. Kau sentiasa bergerak aktif sama ada dari segi fizikal atau mental. Ye la, kau tentera udara kan? Menjaga keselamatan ruang udara adalah tugas kau. Again, it was only a dream. Aku tak layak dan sekarang yang aku boleh buat adalah personal living space yang macam dalam aircraft! Aku betul excited. Kokpit aku adalah working area aku. Bolehlah aku buat kerja sambil berangan nanti hehe. So kat bawah adalah lakaran pelan lantai ruang impian aku (semasa itu).

amacam?


Sebenarnya boleh tahan juga idea aku ni. Hehe.


Jangan suka sangat.


 




CUTT !!

Sunday, June 10, 2012

monday muhasabah


Bahawasanya, hari ini aku belajar bahawa fitnah yang tertuju ke arah kita adalah disebabkan sikap kita sendiri.





CUTT !!

Sunday, June 3, 2012

terlupa nak post

Pagi tadi aku berniat mewujudkan komunikasi. Niat disalah tafsir. Aku pernah melalui usia remaja. Memang susah mengendalikan komunikasi dengan remaja. Padahal aku biasa dalam hal ini. Tetapi ini di dalam rumah. Situasinya berbeza dengan mereka yang tidak kita kenali sejak kecil. Aku jadi berang, kata-kata kasar aku hamburkan. Biarpun masih bijak mengawal emosi, hati aku tetap bergetar. Aku lawan.

Tidak seperti pagi biasa, aku memandu ke tempat kerja dalam keadaan resah dan jiwa yang tidak tenteram. 1 cara  yang aku fikirkan adalah hantar sms maaf. Aku lega. Biarpun tidak mendapat balasan aku tetap lega. Nikmat meminta maaf dan memberi maaf itu amat besar nilainya. Aku bersyukur. Tidak ada salahnya meminta maaf kepada yang lebih muda jika kita rasa patut, demi kebaikan semua.

Aku ambil masa buat kerja. Oh, tambah masa. Aku bimbang sebenarnya tentang keterlanjuran bicaraku pagi tadi. Tapi ini nyata, aku harus terima hakikat dan hadapi. Aku berkemas pulang. Terus ke bilik. Dia masuk, ceria, pura-pura tersalah masuk bilik dan keluar semula. Di luar riuh bergembira. Aku lega lagi. Senyum dan bersyukur. Aku capai buku Pengurusan Konflik. Tak ada salahnya mengulang kaji.






Esok aku nak ambik cuti panjang sikit. 




CUTT !!