Sunday, February 26, 2012

Bila kau difitnah dan dinafikan oleh orang-orang di sekeliling kau, senyap je.



Itu adalah tindakan yang paling baik aku rasa. Jika kau bersuara sekalipun, tak mungkin akan dapat nak menjernihkan keadaan. Mahkamah sesyen mahupun syariah tak dapat membantu. Ini benda paling bahaya dalam dunia. Lagi bahaya dari mata pedang setiawan. Siapa yang ada di belakang kau, itu yang kau jaga. Yang lain itu cuma angin lalu. Anggap je bagai angin lalu yang membawa debu-debu bersama. Bila cuaca kembali cerah, ia akan hilang. Balasan Tuhan itu ada, tetap ada. Doa orang-orang teraniaya akan makbul, percayalah. Yang hak itu akan tetap muncul biar lambat, biar makan tahun. Mereka-mereka yang cuba mengambil kesempatan itu akan dapat jugak bahagian masing-masing nanti. Aku doakan kalian bahagia, sebarkanlah benih-benih kebencian itu jika itu sahaja pilihan yang kalian ada, berjenakalah sesama-sendiri.





I’m with this old feeling. I’m still me.








CUTT !!

Tuesday, February 21, 2012

the dude


Kau tahu, aku ada 5 lagu yang belum put on records dan 3 lagu baru yang aku compose sendiri. Kau tahu, aku nak beli drumset dan letak kat rumah untuk memekak bersama orang-orang di dalam rumahku but it might ganggu jiran berhampiran dan aku sepatutnya lebih memikirkan untuk mendapatkan sepucuk gitar yang lebih power. Ya, pemain gitar perlu gitar yang bagus biarpun permainan tak berapa bagus, kepoweran gitar itu boleh add value kepada jenis bunyi dan kepada semangat main seseorang.

Kau tahu, semalam aku mengelamun sendiri memikirkan das-das percakapan yang lahir daripada my colleague tentang kehidupan ini. Ada 2 jenis life katanya, satu yang tak tahu apa itu erti hu-ha dan menikmati hidup muda dengan kawan-kawan tetapi berusaha keras untuk berjaya (berjaya tang mana tak pula dinyatakan tapi aku pasti segalanya tentang duit) dan akan menikmanti kesenangan dan hu-ha di waktu tuanya. Life yang ke dua itu katanya merujuk kepada kami, di mana enjoi tak ingat tanpa kira usia (aku pun tak paham ape yang dia paham pasal life aku) dan akan stop di mana sekarang, dua atau tiga tahun lagi dan berusaha keras untuk sustain life sampai tua insyaAllah dan melupakan kawan-kawan, hu ha dan segalanya yang telah kita kecapi sejak dari young age, sejak zaman rebel-rebel, sejak zaman tau beli rokok sendiri, etc..etc..

“Untuk capai sesuatu perlu ada pengorbanan”

Omg katanya kami berada di life yang ke-2 tu. Apa aku perlu membanting tulang sampai usiaku tua? Cari apa? Harta? Duit? Tak ada hutang pun aku dah bersyukur, bebas hutang adalah kebebasan mutlak sebelum aku melangkah ke cabang lain. But, last-last sama jugak. Duit. Kau tahu,  mungkin aku dah malas nak folo mereka mengail start bulan depan, maybe aku dah taknak pegang instruments start esok, Tak mustahil aku tak lepak minum berbual tentang dunia dan penipuan lagi, berporak peranda tentang idea-idea yang cuma teori, angan-angan menakluk pentas dan berpesta sampai pagi, bermimpi bertemu dengan pujaan hati.. Kau rasa semua itu apa? Kau tahu itu semua apa?

Kau tahu, kadang-kadang aku harap kuda putih itu memang wujud, mungkin bukan menyelamatkan tetapi cukup untuk buat aku percaya yang ‘there must be a way’.


“Whattcu gonna do punk? Lifes a mess, u wanna ride with a white horse?”


Kau tahu, aku sepatutnya keluar dari semua ini. Aku hampir tak tahu apa.





“Untuk capai sesuatu perlu ada pengorbanan” – the dude










Kejamkah aku?





CUTT !!



Sunday, February 12, 2012

gua memang hati kering, kau puas hati?


Kata orang, perempuan kalau gossip dengan bff dia suka cerita pasal bff dia yang lagi 1 siap kutuk-kutuk padahal cemburu. Bila pegi dekat bff dia yang lagi 1 kutuk yang ni pulak, bila hang-out sesama memasing pura-pura ok..bff-lah katakan…
            Bagi gua, kalau (konon bff) gua tu bercerita pasal gua, buruk atau tidak iaitu sengaja mengumpat, sumpah jangan harap gua nak berbaik-baik dengan dia lagi macam first time jumpa gua or kenal gua dalam erti kata lain sewaktu gua ‘trust’ dia as a friend. Sama ada tindakan gua atau tindak tanduk gua yang annoying atau ignore dia tu sebagai amaran terakhir atau memang itu kali terakhir dia kenal gua as a friend. Memang gua berlagak, gua pedulik apa. Sebab bagi gua, kata-kata itu lebih tajam dari papercut. Nasibla...Perempuanla biasanya yang dapat nasib gini. Ambik kau.
            Okey, ada time gua memang emo tapi gua tak suka nak tayang depan kawan-kawan apatah lagi nak mengamuk tak tentu pasal dengan kawan-kawan gua pasal ‘boyfriend’? Fuck. Itu masalah personal kot dan gua memang tak nak masuk campur apatah lagi nak ambik tau. Kau gadoh, kau ada problem, kau sembur kat kawan-kawan? WTH.
            Ambikla hati aku, puji, bodek, kasi hadiah, semua gua takkan layan. Katalah gua macam-macam. Thanx sebab pernah jadi bff gua. Eh, bff bunyinya macam celaka…gua sebenarnya anti perempuan, yang perangai lebih kurang lu, mulut lebih kurang lu. Lu nak anti polis ke, anti rasuah ke, anti politicians ke, anti dadah ke, anti mat gian mat rempit ke, gua anti perempuan. Pegi jahanam semua.






p/s : Entri teenage-angst. Ko hado? -____-












CUTT !!