Monday, September 12, 2011

all my claws, all my flaws


Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Biarpun aku tak berapa nak kisah sangat kau puas hati ke tak dengan aku ni tapi aku still ade rasa nak kau rasa senang dengan aku. 24 jam sehari memang nampak macam banyak, aku pun ada tanggung jawab lain daripada nak melayan karenah kau sepanjang masa, friends, good friends, mr.whatever.

Hari raya adalah masa yang paling terbizi dalam kalendar 1 tahun. Masa tu macam aku cedok-cedok je sikit-sikit kasi sama rata untuk semua orang tapi maaflah, aku memang serba kurang dan tak dapat nak penuhi permintaan dan kehendak semua. Huihh wantednya..takla, aku tak suka nak hampakan orang-orang penting dalam hidup aku. Kau. Dia. Tolong pesan kat dia sekali.

Apa kaedahnya raya kalau tak bergembira dan menikmati kebebasan sebenar setelah berperang selama sebulan? Betul menangkah aku dalam battle melawan nafsu tu? Indeed, aku rasa tahun ini paling mencabo sekali. Tak payah ceritalah, dugaan macam-macam jenis. Kadang aku tepis, kadang setan dalam badan lagi power. Tapi still aku bergembira dalam tuntutan raya orang-orang kita, iaitu meraikan acara sebulan tak makan siang. Macam budak-budak jugak puasa jenis ni.

Raya masih ada sisa lagi ni. Jangan bazirkan, ziarah dan bermaaf-maafan sesama kita.





CUTT !!