Tuesday, June 28, 2011

brader bob marley punya bilik

Ada masa aku rasa aku patut layan berdengung dengan depa..biasalah, bila dah melepek bersama acara yang mencambah idea adalah bong. Tapi aku rasa macam dah terlambat. Kata Ajib "jangan rasa tua beb, layan je dan nikmati hidup ini". Aku sengih je. It's not about aku fikir aku dah tua, it's not about semua benda aku nak kena layan. Aku suka melayan manusia yang pelbagai, belajar cara hidup mereka yang aku rasa aku tak dapat nak jalani atau buat. Demmit. Sometimes aku rasa aku patut 'minum'. Well..semua acara pun ada cara untuk meraikan sesuatu yang pastinya minuman-minuman beralkohol mendapat tempat. It's not sebab aku poyo pasal tak minum, it's not about faktor ageing. Aku cuma rasa aku dah terlalu lambat untuk memulakan something yang aku patut lakukan semasa usia masih mentah, benda yang aku rasa kalau aku buat time ni mesti susah nak tinggalkan. Bukan sebab umur meningkat maka patut tinggalkan, bukan sebab bajet dah baik harus tinggalkan..bukan. Aku tak pekena bong dan air pasal aku taknak, bukan juga pasal aku anti-sosial. Jangan kau merepek. Haha.

Serious shit aku rasa sedikit kesal pasal dulu-dulu aku tak ambik. Sama juga dengan tattoo yang aku berangan nak acah tu. Kenapa oh kenapa.

Ini kerja Tuhan, gerak hati dan naluri adalah kurniaan Tuhan. Aku terus-terang memang berserah je. Aku memang tak layak untuk diri aku sendiri.

orang tua yang banyak pengalaman hidup







Ok aku pening sebenarnya nak buat mana dulu ni.kanan,kiri,kanan,o-som! 





CUTT !!

Wednesday, June 15, 2011

jangan nak pikir cinta jelah

Kalau parut tu dah hilang, baru aku boleh lupakan. Dari riak wajah kau menyatakan kesal, sedih dengan apa yang telah berlaku. Penawar tu mungkin berkesan jika diberikan dari awal tapi kau lebih rela biarkan melarat demi mengiyakan adanya penyakit yang perlu diubati. Jangan salahkan aku juga, aku cuba mencari kau. Tapi kau tetap mahu mendengar dia yang kau baru kenali daripada mendengar penjelasan aku.

Hari ini kau datang menyatakan kesal, membawa riak wajah ceria untuk membiasakan suasana yang aku rasa sudah kekok untuk aku bertepuk-tampar dan menyapa bahu. Sungguh bukan ini yang aku mahukan, bukan begini yang aku harapkan. 15 tahun itu yang aku harapkan kau letak rasa percaya itu pada aku, kau singkirkan rasa was-was itu dari bercambah dalam perhubungan kita.

Memang aku kecewa. Aku sangat kecewa. Kalaulah waktu ini aku bercerita kepada kau nescaya aku tak tertahan untuk bercerita sambil teresak-esak lalu keputusan untuk meluahkan isi hati terpaksa aku pendam dan lupakan biar kita berbicara dalam hati dan menangis sendiri. Mungkin aku terlalu cinta, mungkin hati aku ini penuh dengan bunga-bunga sehinggakan malam-malamku asing, berada di bumi sendiri berasa runsing, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Kau tuduh aku bangsa tempatan yang selalu mudah terasa hati. Jika orang lain menangis kerana kekasih, mungkin kau patut samakan rasanya dengan perasaan aku yang bergundah-gulana kerana kau.

Kadang-kadang aku rasa bodoh sendiri.





*bosan dengan kawan, aku nak cari kekasih. Tarik, ajak kawen terus. Bai.





CUTT !!