Saturday, November 2, 2013

perjuangan


Kalau dah namanya perjuangan tu manalah boleh selesai. Bila entah akan selesai? Never. Waktu sekarang ni ada orang sedang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara, ada orang berjuang untuk bangsa, ada orang berjuang untuk bahasa, ada yang berjuang demi kebenaran, ada yang berjuang demi keadilan, ada yang berjuang demi sesuap nasi, ada yang berjuang demi keegoan, ada orang berjuang untuk menghabiskan cuti panjang dengan holiday, ada orang berjuang untuk duduk di rumah layan wrestling, ada yang berjuang malam minggu pergi culik awek bawak berdating, ada yang berjuang menaip thesis, ada yang berjuang menghabiskan membaca buku yang segunung, ada yang berjuang kat medan perang, ada yang berjuang pergi rakam lagu, ada yang berjuang untuk berhenti menggunakan dadah, ada yang berjuang berenti isap rokok, ada yang berjuang tidur awal untuk bangun pagi ahad, ada yang berjuang kerja disaat yang lain seronok bercuti, ada yang berjuang “eh, kedai nasik goreng tu malam ni bukak tak?”, ada yang berjuang segala macam jenis perjuangan yang aku pun tak tahu apa yang masing-masing perjuangkan tetapi, dalam diri masing-masing tahu apa yang mereka sendiri perjuangkan.

Aku berjuang mencuri masa layan tengok muvi KIL yang diorang kata heroin dia serupa aku tu kikiki. Malam minggu, lupakan semua, aku layan kopi sambil bermalas-malasan J



Fuck cerita ni dah lapuk baru aku nak layan kahkah.







CUTT !!

Wednesday, October 2, 2013

sari kata,bukan aku kata

Semai benih, siram.
Tumbuh anak, siram.
Keluar daun, siram.
Putik bunga, putik bunga!

Putik bunga baru nak keluar. Aku bajet nak siram lagi esok. Tapi petang ni, petang ni...dimakan kambing.
Penat juga pikir-pikir balik. Mungkin tak ada rezeki atau belum rezeki aku.



take back what u left here mister, i dont need it. after all these years u still dont get me. u still dont know me. take back what u left here and try to search in the cold markets near you, or in the luxury supermarkets if youre lucky. do the trade in concept.just consider mines sold.

what's broken, considered sold.

I may sounds cliche, yes im just like rest.




Hello :)







CUTT !!

Monday, September 2, 2013

jangan tengok afc tlc dan chef wan

Aku rasa itu dipanggil ‘passion for sensation’.

‘Sepandai mana perempuan akhirnya ke dapur juga’. Aku tak rasa ada skeptical meaning behind kata-kata tu. Ianya memang benar.

‘Cara menambat hati lelaki  adalah melalui perutnya’. Aku rasa ini berbaur seksis kerana well… perempuan juga begitu!

Suatu hari kau akan berangan untuk menjadi suri rumah dan pada waktu itu dapur adalah milik kau dari dapur kering ke dapur basah! Kau  mencuba resipi Italian, African, Thailand, a bit of Japanese, Chinese, rich Malaysian, mixed of American foods! Yay!

Damn I love good food, tapi tak pasti rajin tak masak nanti hehe.

Dah 2 tahun berangan nak beli oven sendiri. Tapi tumpang kat dapur orang ni tak berapa syiok nak eksperimen. I wanna make pretzels.and cakes.bake cute cupcakes.and.and.now I understand mana letaknya nafsu sendiri.







Aku tak pasti aku ni suka masak atau suka makan sebenarnya :9



CUTT !!

Wednesday, July 17, 2013

benda yang tak tau bila dibualkan, ianya akan jadi bebual.

Kamalia menjeling aku dengan jelingan yang paling ngeri. Di sisinya Ros, tak henti-henti menangis teresak-esak sejak dari bilik guru tadi. Aku buat muka tak tahu lalu terus memberikan tumpuan kepada kelas Puan Selamah biarpun tumpuan aku menerawang akan hal yang bakal berlaku balik rumah nanti.

"Tunggu nasib kau Kamalia". getus aku di dalam hati.

“Siapa yang cakap dengan mak aku hah? Baik kau cakap”. Aku menolak Ros ke dinding kuat.

“Aku tak cakap, bukan aku” Ros terus-terusan menangis.

“Habis tu kalau bukan kau, siapa?!”

“Kamalia”

Ros menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Tangisan semakin kuat.

Aku menarik lengan Ros menuju ke kelas 3 Kuning. Sebaik merentasi kelas 3 Hijau semua mata memandang ke arah kami.

“Diamlah. Kau tak malu ke menangis depan ramai-ramai budak ni?”

Tangisan Ros tidak reda.

Sebaik sampai ke kelas aku mendorong Ros ke tempatnya dan aku terus menuju ke tempat dudukku. Aku memandang Nazri dan Kecik tanpa bicara lalu mengeluarkan buku teks Bahasa Malaysia dari dalam beg. Kamalia dan Zalina meluru ke tempat duduk Ros. Zalina memandang aku dengan wajah seperti seorang pesalah.

“Apa terjadi?” soal Azura kepadaku.

“Tak ada apa”

Azura senyap lantas terdengar derap langkah kasut tumit tinggi yang sangat aku kenali masuk ke kelas. Aku hanya memandang rotan berdiameter jari telunjukku di tangan Puan Selamah. Puan Selamah memandang ke arahku.

“Kelas, buka muka surat 23 dan jawab soalan. Penolong ketua darjah dan Roslina, ikut saya.”

Aku menelan liur.

“Sekarang!”












p/s : Puan Selamah suka matching baju kurung biru dan tudung biru. Lipstik merah, tapi dia baik.



Oh hai selamat berpuasa dan jaga anal masing -masing ye! =D






CUTT !!

Thursday, June 20, 2013

kuasa beli

Siapa kata pink untuk lelaki dan biru untuk perempuan hah? Siapa kata hah?
Tengokla beza barang-barang belian pilihan lelaki dan perempuan ni.

lelaki punya

perempuan punya

Tak tahu apa yang difikir lelaki. Sangat tak fun. Beli barang entah ape-ape entah. Bandingkan dengan pilihan perempuan sangaaaattt kawaiiiii okayyy!


Comeinye....okay sangat comellll >,<!





CUTT !!

Sunday, June 16, 2013

bicara muzika

Skala menyusun ritma
Mengadun irama membentuk nota
Dikirim

2, 3 dan 4 biar senada se-ia sekata
Dihantar

Tidak difahami tidak dimengerti
Rasa

Sentuhan melodi
Resapi

Tiupan bayu bermelodi rindu
Sejuk kau rasa

Itu aku.





Waktu malam tepi laut mengadap bulan, kau baca ni pelan-pelan sambil bayangkan ade iringan bunyi seruling dan bunyi batang-batang buluh tirus berlaga. Tiba-tiba kau toleh kanan dalam jarak 50 meter kau ternampak ikan duyung kat atas batu. Cerita kartun Little Mermaid tu. Potong betul.

macam hantu berbual.meremang pulak bulu roma aku.







CUTT !!



Thursday, June 6, 2013

girl with guns



I was playing barbie when i was your age.and when u were in my age, you will be holding guns.




Wheres the fun in that huh?






CUTT !!

Wednesday, May 22, 2013

lepak dan borak


Ada orang suka buku. Ada orang suka beli buku. Ada orang suka baca buku. Ada orang suka beli dan baca buku. Ada orang suka kumpul buku. Ada orang suka baca, beli dan kumpul buku.

Ada jugak orang suka beli tak suka baca. Jarang dengar orang suka baca buku tapi tak suka beli.

Apa-apa pun yang mereka suka, mereka adalah dikalangan yang suka guna imaginasi.







"You may say i'm a dreamer, but i'm not the only one" - lagu apentah






CUTT !!

Tuesday, May 21, 2013

hanya ada masa sekarang


Aku tak berapa suka jangka masa singkat-singkat ni sebenarnya. Paling singkat setengah tahun, itu baru cukup kalau nak kenal hati budi. Paling lama tahap sabar separuh dari iman 2 tahun. Tahap mencabar return 2 kali pun ada. Longer tak pernah. Itu datang masalah lain pulak nanti.

Pertemuan dan perpisahan itu adat. Jodoh memang dah tertulis lama dah sejak sebelum kita dilahirkan. Biarpun sekejap, ada juga calitan memori yang terpahat. Itu biasa. Kena biasakan.

Jangka masa panjang pun tak bagus sebenarnya kerana ia akan menanam benih sayang. Iaitu kelemahan manusia jika ianya dipupuk berlebih-lebihan. Biarpun payah, aku terima. Takdir itu telah ditentukan. Aku telah dibawa ke sini. Aku harap akan lebih tabah dan bersemangat. Tak mungkin akan aku lupakan kenangan manis yang dibina bersama. Aku semakin selesa dan biasa, umpama gula yang tak mampu melarutkan ketulannya lagi. Sebab itu ianya ditakdirkan sampai di sini.

Mungkin kita akan bertemu lagi? Ya, seperti selalunya. Mungkin bukan di sini, mungkin lebih dekat. Dekat di hati untuk diingati J




Tak. Apahal yang ko pikir aku cakap soal hati segala ni?

               






CUTT !!

Sunday, May 19, 2013

pink floyd


Dalam dunia yang serba pantas ni kita kadang kala seiring masa. Kita terlupa untuk berehat sebentar, untuk benar-benar mendengar.

Kita bergerak laju untuk sentiasa ke hadapan. Beriringan setidak-tidaknya. Kita terlupa, ada yang tidak berupaya atau tidak berdaya, terlupa ada yang memerlukan tangan untuk berpaut. Kalaulah ada perhentian rehat dan rawat diperjalanan kita yang laju itu, berhentilah berehat sebentar. Kita hirup udara segar, nikmati, hadiahkan diri secawan kopi, berbual-bual dengan si penjual buah-buah potong……

.....manalah tahu kalau dia ada anak lelaki yang kacak dan baik hati. Kah kah. Bye gua nak tido.





Padahal gua lapar gile tapi malas nak pegi makan. Teman boleh?








CUTT !! 

Wednesday, May 15, 2013

rindu betul dekat aku nampaknya.ni duduk depan laptop pun aku rasa macam naik lif.


Untuk menguatkan memori dan sentiasa dalam keadaan bersedia, aku suka letak kunci kereta contohnya merata-rata. Bukan maksudnya main campak je, tapi tidak di tempat yang sama setiap kali. First time aku lupa, aku maybe akan cari sambil sakit hati dan kata-kata maki. Lagila bila aku betul-betul nak cepat. Second time, saat aku nak placing kunci je aku akan fokus kat mana aku letak tu, barang apa yang terdekat dengan kunci kereta tu contohnya sebelah tv atau celah katil. Bila time nak guna maka aku akan guna sikit kepala otak dan ingat.

Sebab bila aku jadikan habit balik rumah, gantung kunci kereta; balik rumah, gantung kunci kereta; balik rumah, gantung kunci kereta; aku akan rasa selesa, momen hanya ibarat cahaya-cahaya spektrum yang bertali arus di kiri dan kanan, aku akan jadi objek pegun yang amat aku takuti, aku akan jadi selesa.dan keselesaan itu yang akan membunuh aku, biarpun aku.telah.lama.mati.

Tapi balik rumah dan terus slam atas katil adalah yang paling selesa dalam dunia….zzzzzz…..







CUTT !!

Tuesday, May 14, 2013

dalam hati

"Nak mampos ape korang ni?" aku cakap dalam hati.





CUTT !!

Wednesday, May 8, 2013

oh cerianya hari-hariku =D

Aku baru ada masa balik kerja ni tengok-tengok jengah-jengah kat youtube hal-hal perihal sekitar PRU-13 kelmarin.

Ketahuilah bahawa aku sedang bersabar :)





BIGFUCKBIGFUCKBIGFUCK




CUTT !!

Saturday, April 27, 2013

dear you









CUTT !!

Thursday, April 25, 2013

-n-

"Takut aku menjadi tua di depan kaca tv sambil senyum sendiri. Ngeri"


tapi gambar ni sweet macam babi



Maksud aku sweet gile. Dahlah. Gila jugak aku kalau melayan petak warna warni ni banyak-banyak.




Aku nak pergi bercuti hoiiiiiiiiii rimas aku niiiiiiiiiii






CUTT !!

Wednesday, April 24, 2013

perati je yang kau label tu sape suruh



Lupakan pasal Johnny Rotten, lupakan pasal Greg Graffin atau anarkis di kuala lumpur atau di johor bahru, lupakan penentangan melawan kapitalis atau menjatuhkan kerajaan, letakkan rambut tercacak kau biar belah tepi sekalipun, kau tak payah cari makna dalam kamus, dalam Wikipedia mahupun dalam jiwa-jiwa punk serata dunia, cari dalam diri kau. Ada aku tak dalam diri kau? Kakaka





Ok-ok, siapa pernah tengok cerita ni? Maut. Maut. Ini baru real. Bye lagi.






CUTT !!

Monday, April 22, 2013

keje aku tak siap jugak,duduk melangok je laa


Aku rasa dunia ni dah gila. Bila kau tak boleh nak percaya sumber berita yang kau baca, kau menolak semua yang kau lihat, kau folo kata hati kau. Semestinya folo kata hati itu bukan yang berasaskan membabi buta, it should be followed by stack of experience, event-event sebelum ini, hipotesis yang diyakini, wajah-wajah kepalsuan, suara-suara sumbang yang memudaratkan. Beruntunglah bagi yang dapat membezakan, kalau tak, jadi mangsa pembodohan je la.



Serious shit dowh, meluat, jengkel dan rasa nak muntah. Dia fikir dia apa? Heh. 










CUTT !!