Wednesday, May 22, 2013
lepak dan borak
Ada orang suka buku. Ada orang suka beli buku. Ada orang suka baca buku. Ada orang suka beli dan baca buku. Ada orang suka kumpul buku. Ada orang suka baca, beli dan kumpul buku.
Ada jugak orang suka beli tak suka baca. Jarang dengar orang suka baca buku tapi tak suka beli.
Apa-apa pun yang mereka suka, mereka adalah dikalangan yang suka guna imaginasi.
"You may say i'm a dreamer, but i'm not the only one" - lagu apentah
CUTT !!
Tuesday, May 21, 2013
hanya ada masa sekarang
Aku tak berapa suka jangka masa singkat-singkat ni
sebenarnya. Paling singkat setengah tahun, itu baru cukup kalau nak kenal hati
budi. Paling lama tahap sabar separuh dari iman 2 tahun. Tahap mencabar return
2 kali pun ada. Longer tak pernah. Itu datang masalah lain pulak nanti.
Pertemuan dan perpisahan itu adat. Jodoh memang dah
tertulis lama dah sejak sebelum kita dilahirkan. Biarpun sekejap, ada juga
calitan memori yang terpahat. Itu biasa. Kena biasakan.
Jangka masa panjang pun tak bagus sebenarnya kerana ia
akan menanam benih sayang. Iaitu kelemahan manusia jika ianya dipupuk
berlebih-lebihan. Biarpun payah, aku terima. Takdir itu telah ditentukan. Aku telah
dibawa ke sini. Aku harap akan lebih tabah dan bersemangat. Tak mungkin akan
aku lupakan kenangan manis yang dibina bersama. Aku semakin selesa dan biasa,
umpama gula yang tak mampu melarutkan ketulannya lagi. Sebab itu ianya
ditakdirkan sampai di sini.
Mungkin kita akan bertemu lagi? Ya, seperti selalunya. Mungkin
bukan di sini, mungkin lebih dekat. Dekat di hati untuk diingati J
Tak. Apahal yang ko pikir aku cakap soal hati segala ni?
CUTT !!
Sunday, May 19, 2013
pink floyd
Dalam dunia yang serba pantas ni kita kadang kala seiring
masa. Kita terlupa untuk berehat sebentar, untuk benar-benar mendengar.
Kita bergerak laju untuk sentiasa ke hadapan. Beriringan setidak-tidaknya.
Kita terlupa, ada yang tidak berupaya atau tidak berdaya, terlupa ada yang
memerlukan tangan untuk berpaut. Kalaulah ada perhentian rehat dan rawat
diperjalanan kita yang laju itu, berhentilah berehat sebentar. Kita hirup udara
segar, nikmati, hadiahkan diri secawan kopi, berbual-bual dengan si penjual
buah-buah potong……
.....manalah tahu kalau dia ada anak lelaki yang kacak dan
baik hati. Kah kah. Bye gua nak tido.
Padahal gua lapar gile tapi malas nak pegi makan. Teman boleh?
CUTT !!
Wednesday, May 15, 2013
rindu betul dekat aku nampaknya.ni duduk depan laptop pun aku rasa macam naik lif.
Untuk menguatkan memori dan sentiasa dalam keadaan
bersedia, aku suka letak kunci kereta contohnya merata-rata. Bukan maksudnya
main campak je, tapi tidak di tempat yang sama setiap kali. First time aku
lupa, aku maybe akan cari sambil sakit hati dan kata-kata maki. Lagila bila aku
betul-betul nak cepat. Second time, saat aku nak placing kunci je aku akan fokus
kat mana aku letak tu, barang apa yang terdekat dengan kunci kereta tu
contohnya sebelah tv atau celah katil. Bila time nak guna maka aku akan guna
sikit kepala otak dan ingat.
Sebab bila aku jadikan habit balik rumah, gantung kunci
kereta; balik rumah, gantung kunci kereta; balik rumah, gantung kunci kereta;
aku akan rasa selesa, momen hanya ibarat cahaya-cahaya spektrum yang bertali
arus di kiri dan kanan, aku akan jadi objek pegun yang amat aku takuti, aku
akan jadi selesa.dan keselesaan itu yang akan membunuh aku, biarpun
aku.telah.lama.mati.
Tapi balik rumah dan terus slam atas katil adalah yang
paling selesa dalam dunia….zzzzzz…..
CUTT !!
Tuesday, May 14, 2013
Wednesday, May 8, 2013
oh cerianya hari-hariku =D
Aku baru ada masa balik kerja ni tengok-tengok jengah-jengah kat youtube hal-hal perihal sekitar PRU-13 kelmarin.
Ketahuilah bahawa aku sedang bersabar :)
BIGFUCKBIGFUCKBIGFUCK
CUTT !!
Ketahuilah bahawa aku sedang bersabar :)
BIGFUCKBIGFUCKBIGFUCK
CUTT !!
Thursday, April 25, 2013
-n-
Wednesday, April 24, 2013
perati je yang kau label tu sape suruh
Lupakan pasal Johnny Rotten, lupakan pasal Greg Graffin atau
anarkis di kuala lumpur atau di johor bahru, lupakan penentangan melawan
kapitalis atau menjatuhkan kerajaan, letakkan rambut tercacak kau biar belah
tepi sekalipun, kau tak payah cari makna dalam kamus, dalam Wikipedia mahupun
dalam jiwa-jiwa punk serata dunia, cari dalam diri kau. Ada aku tak dalam diri
kau? Kakaka
Ok-ok, siapa pernah tengok cerita ni? Maut. Maut. Ini baru
real. Bye lagi.
CUTT !!
Monday, April 22, 2013
keje aku tak siap jugak,duduk melangok je laa
Aku rasa dunia ni dah gila. Bila kau tak boleh nak percaya
sumber berita yang kau baca, kau menolak semua yang kau lihat, kau folo kata
hati kau. Semestinya folo kata hati itu bukan yang berasaskan membabi buta, it
should be followed by stack of experience, event-event sebelum ini, hipotesis
yang diyakini, wajah-wajah kepalsuan, suara-suara sumbang yang memudaratkan. Beruntunglah
bagi yang dapat membezakan, kalau tak, jadi mangsa pembodohan je la.
Serious shit dowh, meluat, jengkel dan rasa nak muntah. Dia fikir
dia apa? Heh.
![]() |
CUTT !!
Sunday, April 21, 2013
2 kuning - cikgu vatinah, fahmi,azura dan kumpulan gagak hitam
“Yanti, jomla kita main petang ni. Awak dah lama tak
datang rumah saya”
“Mak saya tak kasi kawan dengan awak”
“Kenapa?”
“Sebab awak banyak kutu”
“Saya minta maaf cikgu, saya tak makan gula-gula lagi
dalam kelas”
“Saya cakap dengan mak awak”
“Saya cakap dengan mak awak”
“Saya cakap dengan mak awak”
“Jangan kawan dengan dia”
“Jangan kawan dengan dia”
Berulang-ulang.
Aku menghulurkan 20 sen kepada pakcik yang menjual nasi
lemak di luar pagar sekolah. Waktu rehat singkat dan aku tak suka makan di
kantin sekolah, terpaksa berebut-rebut dan bakal terjumpa dengan mereka-mereka
yang memberi muka cuka kepadaku. Lagipun nasi lemak di kantin berharga 30 sen
tapi tak sedap.
Aku duduk makan di belakang bangunan perpustakaan. Di hujung
bangunan aku lihat ada juga 2 orang murid yang aku tak kenal sedang makan. Aku memang
sudah biasa berseorangan. Aku tak ambil pusing sangat dengan kata-kata mereka
yang cuba menjauhi dan menyakiti hati aku. Pada aku biarlah aku berseorangan
dari ditemani kawan-kawan yang tak ikhlas.
Habis makan aku teguk air susu yang dibekalkan mak. Rasa nak muntah.
Aku tak suka minum susu walau berapa banyak pun khasiat yang cikgu cerita.
“Hey”
Aku mendongak. Tercegat di hadapan berdiri 2 orang budak
lelaki sekelas denganku. Nazri, lebih tinggi dariku dan yang paling tinggi di
kelasku, datang bersama Kecik yang berketinggian paras dada Nazri dan separas
bahu aku.
“Kenapa?” soalku.
“Naik kelas nanti jumpa kat bilik air lelaki bawah”
Aku menoleh ke arah Kecik yang tersengih-sengih sambil
menggigit-gigit daun pokok puding yang baru dipetiknya.
“Buat ape?”
“Naik kelas nanti turun kejap. Aku dengan Kecik tunggu
sana”
“Yelah tengokla nanti”
Mereka berlalu sambil Kecik melompat-lompat lagak kurang
siuman. Aku merengus sambil membuang sampah bungkusan nasi lemak ke dalam tong
sampah yang disediakan di tepi perpustakaan. Aku membasuh tangan di paip yang
ada di sebelah bangunan lama sekolah dan mengatur langkah semula ke pintu masuk
perpustakaan. Buku Rapunzel aku tak habis baca lagi.
***
Fahmi terhiriskan pehanya dengan pisau lipat besi sewaktu
cuba menunjukkan aksi silap mata kepadaku. Suasana gembira tadi bertukar
menjadi cemas di kelas pendidikan seni. Aku berkejar ke bilik air untuk
mengambil segayung air bersih. Sedang aku berlari tiba-tiba aku ditahan. Aku imbangi
air yang aku bawa di dalam gayung, nasib baik tak tumpah ke baju.
“Kau hisap rokok?” tiba-tiba terpacul soalan itu lantas
aku tekupkan mulut sendiri.
Aku menoleh ke kiri dan kanan. Aku ditarik masuk ke bilik
air lelaki. Pintu ditutup. Nazri merapatkan badan ke arahku lantas
menghembuskan asap rokok ke mukaku.
“Kenapa penolong ketua darjah, kau nak tangkap aku?”
Aku geleng kepala.
“Aku tahu kau takkan buat macam tu” katanya lagi. Kecik
di luar bilik air, jaga pintu.
“Kenapa kau tak masuk kelas? Fahmi luka peha dia tu aku
nak cepat ni” aku separa berbisik dan menggesa.
Nazri senyum.
“Kau pulak, kenapa tak datang lepas rehat tadi?”
“Aku lupalah. Aku ke perpustakaan. Cepatlah apa kau nak?”
“Nah, ambik ni”
Nazri meletakkan sesuatu di dalam genggamanku. Aku membuka
genggaman, seperti lidi pencungkil gigi tetapi ada warna merah di hujungnya. Aku
terpinga-pinga kehairanan sambil memandang wajahnya.
“Masuk kumpulan aku. Kumpulan gagak hitam. Kitorang jadi kawan kau”
Aku memasukkan ke dalam poket pinafore dan terus meluru
ke kelas yang terletak di bangunan lama sebelah bilik air tersebut, yang
terletak di bangunan baru. Sebelum masuk ke kelas aku menoleh kea rah Nazri dan
Kecik dalam jarak 10 meter. Nazri hanya memandang dan Kecik melambai-lambai
tangan kepadaku.
Shit. Azura, budak sebelah meja aku berak cair di
kerusinya sambil menangis.
Aku suruh Kamalia punggah 2 baldi air. Kamalia jeling
aku.
Aku harap jalan cerita ni makin lama takde mengarut aku jadi power rangers menyelamatkan dunia pulak. Kakaka
CUTT !!
Friday, April 19, 2013
makan beso bersama orang2 kampung...eh entri tapi macam status fb.kekeke
Sekampung der...takkan tak kenal kot...funny.
CUTT !!
Thursday, April 18, 2013
johorrr aku datanggg
How does it feel like to be your girlfriend..
Ok la, it’s just a crush I know. Mana bleh date sama
selebriti kan..memang dalam mimpi je la. But to be honest, lakonan dia dalam
Rock Oo tak power mana. Mungkin folo skrip. Maybe. Tapi boleh discuss ape
dengan director untuk tentukan hala tuju karektor tu agar tak nampak canggung,
atau lebih buruk lagi; tenggelam. Yeap, tenggelam langsung watak Slash tu.
Rockstar tak boleh jiwang brader. Boleh, tapi not in
front of peeps yang ‘ada misi’. Bukan rockers ok, Slash adalah rockstar. Tapi mungkin
dia cuma watak watak yang terlalu menggilai watak Slash itu sendiri sehinggakan
luarannya ‘Slash habis’. Nasib baik ada kursus goreng gitar. But still, tak
kena betul. More, awalnya nampak macam stereotaip dingin, cold. It’s good,
patut teruskan karekter cold shoulder tu, bukannya jadi mamat blur atau just
another follower. Kena strong. Slash should lead, kalau tak membazir la
hidupkan karekter ala diva just hanya untuk supporting act.
Watak banyak mana pun ke depan, Khir Rahman tetap number
1. Ailevyu lahhh!
Kita tengok watak Tonto Johnny Depp pulak. Overshadow main
act ke tidak. Yeehu!
CUTT !!
Sunday, April 14, 2013
hit meter
Harini takde ape aku nak share melainkan link ini dan ini. Ape entah aku google-google pasal aura dia boleh keluar pulak benda ni. Takde, aku bukan apela...aku dok bersembang dengan kawan aku tadi dan dia bukak pasal aura. Eh, nak tau anak ada berapa future nanti pun boleh predict melalui aura ke ape? Bingung kejap aku tadi.
Eh ok la itu je nak share. Good nite :)
Kalau aku create 1 akaun twitter pun dah betul. Kepoh sangat ni.
CUTT !!
Friday, April 12, 2013
buat teristimewa,yang teristimewa
hiburan malam sabtu. jangan berangan, esok tetap keje.anggap jela aku yang nyanyi ni ok.
CUTT !!
Wednesday, April 10, 2013
It is spring time and I need sunblock!
Mmmm wangiiiiii
Terasa macam puteri raja betul bila mandi manda guna
shower gel yang baru ni. Dia punya feel betul-betul macam gadis desa yang lepak
dengan mak tiri dia dalam kotej. Bukak tingkap je haruman ros berlumba masuk. Lepas
mandi tu kau spray pulak haruman Daisy ke udara..pehh. Kau dapat tak feel tu? Ah
kau apa tau.
| watsons' shower gel rm4.59 je untuk 1000ml yeahhh |
Keluar pagi macam burung, sampai petang aku memang takde pikir
ape dah. Semua aku langgar. Apatah lagi nak melayan karenah cerewet dan
mendesak perempuan-perempuan yang tak reti erti sabar, aku jeling sipi je. Mintak
maap, aku bukan pakwe kau. Sehinggalah petang itu aku singgah kaunter Watsons sebab
nak cari sunblock.
Sunblock aku tak beli, dok belek barang-barang 40 minit,
20 minit interview sikit budak kaunter tu lalu aku telah sah menjadi ahli. Nasib baik dah dekat maghrib, kalau tak penat jugak budak tu melayan aku berbual. Hey, sesekali datang gila je aku bleh berbual meleret camni tahu?
Ah biarla hitam sikit barula Naomi Campbell..
Cilake jugak post ni kalau kengkawan aku baca.
CUTT !!
Sunday, April 7, 2013
jula juli bintang tujuh
Petang-petang lepas basuh kereta dan mandi memang saat paling menyegarkan dalam dunia. Rasa macam hari Jumaat, kau tau, weekend dah dekat. Tapi realitinya esok hari Isnin. Pedulikla esok Isnin ke ape ke, aku ada satu buku nak share kat sini. Sebenarnya ni buku lama pun tapi buku ni adalah yang paling aku suka jalan cerita dia, orang kata inspiring tu. Ok sebenarnya agak lambat jugak kerana buku ni dah rilis dalam versi bahasa melayu sejak 2011. Yang ada pada aku versi inggeris. 5 ke 6 ke 7 tahun lepas aku beli tak ingat dah ke 8 tahun ape-ape jelah tapi yang aku bengang english version rm30++ kenapa versi melayu baru rm16.90???
| bestbestbestbest |
Dia penulis kegemaran aku. Korang bagaimana?
Ah sebenarnya buku dia aku baru baca 2 je...
CUTT !!
Subscribe to:
Posts (Atom)


