Wednesday, September 26, 2012

lempang aje sekali sekala



Awak,
Perempuan ni bodoh tau, awak tak tau ke?
Awak,
Hati perempuan ni macam tisu tau, 1 ply tissue tu, hati-hati
Awak,
Kalau senyum kat perempuan tu nak kena fikir 2 kali, apatah lagi kalau berkata-kata
Awak,
Sedar tak awak tu pelindung kami?
Bakal pemimpin-pemimpin kami yang dungu ni?
Yang mudah terhasut dengan kata-kata dan janji-janji palsu,
Yang mudah cair dengan pujuk rayu,
Yang sentiasa terumbang-ambing dalam mencari makna hidup ini?
Maka awak,
Ajarkan kami ilmu-ilmu yang bermanfaat,
Tunjukkan pada kami ciri-ciri pemimpin sebenar,
Hasut kami dengan kata-kata yang membawa ke arah kebaikan,
Beri nasihat dengan cara terbaik agar kami tidak terasa hati.
Kerana awak,
Ada satu kuasa yang lagi hebat dari kuasa darth vader boleh merasuk ubun-ubun kami,
Bila terasa diri dipermainkan kerana kebodohan kami,
Bila terasa hati dipecah-pecah menjadi cebisan-cebisan kertas minyak,
Bila awak bertindak tanpa awak fikirkan kesannya..
dan menceritakan perihal bodoh kami kepada kawan-kawan awak..
Tu yang jadi makan ubat tidur,
Tu yang jadi tunggu kat TBS lepas tu ambik bas patah balik,
Tu yang jadi kelar-kelar tangan dengan pisau,
Tu yang jadi pms tak tentu pasal.
Lagi sekali saya ulangi, perempuan ni bodoh. Awak yang bijak pandai ada 9 akal tu tolonglah tunjukkan.

Awak, saya kasitau awak ni. Awak sedar tak? Awak faham ke?





Ngeri siak jadi perempuan ni…







CUTT !!

No comments: